CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak ayah tak peduli kena kecam bagi anak gajet masa makan, "kau nak jaga anak aku?"

20-2-2025 09:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4728| Komen: 2|Original author: Raline

k.PNG


Keluar berjalan-jalan di luar, sudah jadi perkara biasa apabila kita melihat golongan dewasa 'melekat' dengan telefon, malah kanak-kanak juga tidak terlepas daripada terus memegang gajet tersebut.

Dalam masa sama, ramai juga yang mengecam tindakan ibu bapa yang membenarkan anak-anak bermain telefon kerana akan memberi kesan terhadap perkembangan mereka.

Bagaimanapun, seorang wanita tampil membidas sikap masyarakat yang hanya tahu menghukum tanpa mengetahui punca sebenar mereka memberikan telefon kepada anak-anak.

"Ramai hukum ibu bapa bagi telefon dekat anak masa makan, lepas tu kau nak jaga anak aku masa aku makan?

"Aku kenal anak aku lebih daripada orang lain, dia cepat bosan dan aku tak kan bagi telefon awal selagi makanan tak sampai," katanya.

Jelas wanita itu, anaknya berusia dua tahun, sangat lasak dan telefon akan diberikan hanya selepas makanan tiba di meja.

"Aku akan main dengan dia sampai makanan atas meja.

"Aku nak elak dia buat perangai dan takut dia ganggu orang lain kat kedai," katanya.

Perkongsian itu disokong ibu bapa lain yang mendakwa turut memberikan telefon kepada anak-anak dalam keadaan tertentu.

"Anak-anak saya, ikut peredaran zaman. Anak yang awal memang tak bagi telefon sebab tak perlu masa tu.

"Tapi anak kelima, terpaksa kalau dia bosan dia akan tantrum masa makan.

"Dulu saya selalu fikir macam tu lah tapi lepas suami cakap 'suatu hari, kita pun mesti buat macam tu kat anak kita sebab ada masa kita tak mampu kawal.

"Terus dah tak hukum. Tapi kena kawal penggunaannya jangan sampai ketagih.

"Aku lantakkan orang hukum janji mental aku stabil bukan menyinga tengah kedai makan dengan suara satu kampung boleh dengar.

"Orang kata anak tak elok main telefon nanti lambat bercakap. Anak saya belajar bercakap melalui telefon la," demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 21-2-2025 07:22 AM
Kita waktu kecik2 dulu memang behave kan...xmcm bebudak skrg, kena dibagi gajet utk suruh duduk diam, kerja nk senang jer, xmau berusaha utk didik anak2.
Quote earlgreyfudge 21-2-2025 09:05 AM
Edited by earlgreyfudge at 21-2-2025 09:09 AM

Actually, gadgets tulah punca budak2 ni cepat bosan sebab asyik consume content macam YT shorts, Reels, main swipe2 je kat screen - itu yang menyebabkan attention span anak2 zaman sekarang ni is worse than a goldfish. Knowledge retention takde. Ajar topik 1 minggu ni, minggu depan tanya balik - tak boleh jawab sebab tak ingat. Kalau device usage is limited to 2 hours daily is ok tapi kalau sambil berjalan in public pun anak2 mereka ni tangan berjahit dengan phone, mana nak alert dengan surroundings, social cues semua. Itu dah teruk. Budak2 normal pun boleh display autistic traits kalau tak bedung device usage. Make a rule, masa meal time - no gadgets, focus on eating & communicating with your family. Be humans, connect with each other in real life. Bukannya korang nak berjam-jam duduk makan kan sampai anak2 punggung terbakar duduk menunggu dari order sampai habis makan.

"Aku kenal anak aku lebih daripada orang lain, dia cepat bosan dan aku tak kan bagi telefon awal selagi makanan tak sampai," katanya.

You established your parenting that relies heavily on devices to soothe your kid to begin with. Take away their devices as punishment for bad behaviours & when they're harassing other people. Orang lain beranak, korang pun FOMO tapi parenting malas nak belajar. If you can't adopt the basics of human behaviour management, you are failing your child. If your child cannot sit still when they're expected to do so & they do not have any disorders or learning difficulties, it's just manners and behaviours. Modify that. You claim you know your own child right, discipline them the way you know them best. Use the rewards & punishment system. There is no straightforward path in parenting. It's always evolving - when the kid grows up into a different age range, behaviours baru pula muncul.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.250856 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top