CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dikhianati keluarga sendiri, 2 kucing kesayangan dibuang tanpa izin

20-2-2025 09:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4470| Komen: 0|Original author: Raline

kc.PNG


Seorang individu meluahkan kekecewaan di media sosial selepas mendakwa dia dikhianati oleh keluarganya sendiri.

Menerusi hantaran di X, pengadu berkata dua ekor kucing miliknya dibuang oleh ahli keluarga ketika dia keluar bekerja.

Lebih menyedihkan, dia berkata kedua-dua kucing itu merupakan haiwan jalanan yang pernah diselamatkannya sebelum ini.

"Saya nak minta tolong. Saya tak ada Facebook nak hebahkan tentang kucing saya ni. Ada dua ekor kena buang dengan keluarga saya.

"Waktu tu saya tengah kerja, saya tak dapat selamatkan. Mereka adalah kucing jalanan yang saya selamatkankan. Dua-dua betina," tulisnya.

Menurut individu itu, dia percaya keluarganya membuang dua kucing itu kerana tidak tahan dengan gangguan yang berlaku di kediaman mereka.

Dalam hantaran sama, dia turut merayu kepada orang sekeliling agar tampil membantu jika mereka ternampak dua ekor haiwan berkenaan di kawasan Klang, Selangor.

"Sebab dibuang, yang putih tu suka panjat-panjat atap rumah. Yang seekor lagi pula suka memekak sebab tengah nak mengawan.

"Mereka kena buang di kawasan Klang. Saya risaukan mereka. Tolong kalau ada pencinta kucing atau sesiapa, kalau nampak tolong beritahu atau jagakan.

"Maaf menyusahkan semua. Saya betul-betul penat dari segi mental selepas dikhianati begini," rayu individu itu lagi.

Rata-rata pelayar X meluahkan rasa simpati kepada pengadu, malah mereka turut bimbang dengan nasib dua ekor kucing itu.

A cat were seen looking for food at the empty Jalan Masjid India near the Selangor Mansion and Malayan Mansion apartment building which was cordoned off after cases of individuals infected with the Covid-19. IZZRAFIQ ALIAS/ The Star. April 9, 2020.

"Saya doakan pemilik jumpa balik kucing-kucingnya dan diberikan rezeki lebih untuk pindah keluar duduk sendiri.

"Kesiannya dapat keluarga benak ubi macam ni. Semoga pemilik jumpa balik kucing-kucing dia dalam keadaan selamat.

"Dikhianati keluarga sendiri ni lain macam dia punya patah hati tau," antara komen netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.050964 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top