CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Imran Bard biadab, saya mahu ibu bapanya minta maaf’ - Ellie Suriati bengang dituduh hisap batu (dadah),

21-2-2025 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12102| Komen: 130|Original author: Raline


Ellie-Suriaty-4.jpeg


“Saya mahu ibu bapanya datang minta maaf.”

Demikian kata pelakon senior, Ellie Suriati Omar selepas dituduh hisap batu (dadah) dan merendahkan kredibilitinya sebagai anak seni dalam dua video parodi pempengaruh Imran Bard.

Ellie, 54, memberi tempoh seminggu kepada Imran dan orang tuanya membuat permohonan maaf sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya telah bekerja lebih 30 tahun tetapi dalam dua video parodi saya telah diaibkan dengan sengaja. Siapa dia (Imran) untuk saya berjumpa?

“Sebab dia biadab, maka wajarlah saya meminta ibu bapa dia sendiri datang meminta maaf kerana dia tidak faham tentang adab.

“Kalau dia bijak, secepat mungkin dia akan datang kepada saya memohon maaf,” ujar Ellie dalam sidang media menjelaskan isu difitnah seorang Tiktoker di sini, hari ini.

Screenshot 2025-02-20 214213.png


Pelakon filem Memoir Seorang Guru itu juga telah membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang pada 16 Februari lalu.

Tambah Ellie, beliau dan keluarga mengalami tekanan sehingga tidak boleh tidur berhari-hari selepas video yang dimuat naik pada 12 Februari lalu menjadi viral dan meraih jumlah tontonan 1.3 juta.

Selepas berbincang dengan pihak peguam Ellie bagaimanapun tidak meletakkan sebarang nilai andai mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Imran Bard.

“Memang saya boleh saman. Maruah saya dipijak-pijak dan saya menjadi bahan ketawa netizen selepas dikatakan ‘kacip’ dan ‘hisap batu’ dalam video tersebut.

“Namun berapa nilai saman? RM3 juta? Bagi saya tiada nilai dengan bakat yang Allah kurniakan kepada saya.

“Demi Allah saya tidak reda dengan apa yang dilakukan dan semua rezeki yang dia dapat gara-gara video tersebut,” ujar Ellie.

Jelas Ellie, sebagai anak seni beliau bukan tidak memahami maksud video parodi tetapi mahu menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran agar maruah pelaku seni tidak lagi menjadi bahan jenaka.

“Saya faham video parodi tetapi kenapa dengan sengaja memalukan saya dan juga pelakon-pelakon senior lain?

“Besar harapan saya perkara ini tidak akan berulang. Buatlah konten yang cerdik dan memberi manfaat, bukan dengan cara merendahkan-rendahkan, memalukan atau memfitnah orang lain,” kata Ellie.

Terdahulu, sekitar awal Februari lalu Imran memuat naik dua video parodi dalam TikTok dan didakwa dengan sengaja memperlekehkan Ellie selain mengaitkannya dengan bahan terlarang.

Selain Ellie, beberapa nama artis lain turut dipetik antaranya Ajai, Wan Maimunah dan Datuk Fauziah Nawi

Sumber  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adelea 20-2-2025 10:00 PM
Rasanya dia petik nama artis suka hati dia je pon
Dia sebut kacip kannn … tak pon literally tuduh acik elly isap batu ke apa .. adoiii
Quote sukacactus 20-2-2025 10:00 PM
Apa kena dgn mamat ni lately, lps satu, satu
Lps susukan ank khinzir, video masak peluk2, ni skrg, cari pasal dgn ES plak
Mmg cari pasal betul la
Quote asfaz 20-2-2025 10:04 PM
suruh aje la imran tu mintak maaf. dah kenapa babitkan mak bapak? imran tu bukan budak belum tumbuh bulu pun.
Quote keretapilaju 20-2-2025 10:10 PM
Si mamat imran ni dah mintak maaf pun sarcastic je.. patutnya bila orang dah tegur tu, mintak maaf je la.. dah memang petik nama elly suriati pun.. pastu sebut kacip pulak tu.. apa la yg susah sgt nak rendah diri sikit.. tak rugi pun.. memang biadap video mintak maaf tu..
Quote anilanil 20-2-2025 10:11 PM
Memerang dah mintak maaf. Siap cakap mintak maaf, Makcik. Haih, mmg sengaja bakar line. Yg tua pon satu, bole pulak suruh parents memerang dtg mintak maaf buat pe? Memerang tu bukan underage.
Quote dua_chzy 20-2-2025 10:23 PM
anilanil replied at 20-2-2025 02:11 PM
Memerang dah mintak maaf. Siap cakap mintak maaf, Makcik. Haih, mmg sengaja bakar line. Yg tua pon s ...

Konsepnya adalah aku hukum kau dengan susahkan orang yang paling kau sayang.
Quote asfaz 20-2-2025 10:44 PM
1000063979.jpg
Quote amyza 20-2-2025 10:53 PM
Tak berkenan nak tengok video2 dia. Baik tengok video azfarheri dok outfit check
Quote ctnorenjoy 20-2-2025 10:53 PM
dulu2 elok je buat konten masak2 sambil membawang. herlok je. makin lama maki mengarut. start dari susukan b**i lepastu peluk2 ala2 g*y. unfollow terus. now minta maaf ala2 sarcastic, dengan mata melilau. makin naik hantu ellie jap lagi.
Quote ina_na 20-2-2025 11:12 PM
Saman je la... Si Imran tu pun perangai semakin Tah pe2..
Quote JahLupa 20-2-2025 11:31 PM
Elly suriati dia sorang je ke. Bukan ada binti nama balak dia. Boleh jd org lain. Yg mamat separuh suku tu pun content makin merepek. Ramai pulak tukang support tu
Quote tukul 20-2-2025 11:50 PM
amyza replied at 20-2-2025 10:53 PM
Tak berkenan nak tengok video2 dia. Baik tengok video azfarheri dok outfit check

Betul.. tersangat low class.. terpaling bawah la..
Quote DeLuna85 20-2-2025 11:58 PM
Ramai sapot gay ni.
Quote red_velvet 21-2-2025 12:13 AM
Edited by red_velvet at 21-2-2025 12:36 AM

Banyak yang iols tak setuju ngan acik Liberal ni.
Pendapatan sheols pasal kes ni.. Cuols rasa?

1000103993.jpg

1000103995.jpg

https://www.facebook.com/share/p/1BNfjWR1eJ/
Quote red_velvet 21-2-2025 12:22 AM
Salah satu video parody pondan ni.. Konon2 dia jadi juri pertandingan nyanyian n elly suriati tu peserta... . Dalam post berlainan dia ada sebut nama peserta macam ebit lew & zulin aziz.. I tak pandai sangat pasal law, mungkin ada kebiadaban disitu tapi kalau camni nek elly boleh Saman heols ke?

[tiktok]7470210184405585160[/tiktok]
Quote Orix 21-2-2025 12:34 AM
Iols team ellie. Selayaknya la kena saman. Yg ckap mcm ellie sorg je nama ellie suriaty, hello, kamdar pun kalah saman dgan pis midon hurkeh sbb guna nama dia utk kain as if nama pis midon tu dia punya sorang di donia ini, walhal kalo sebut pis midon or ellier suriaty mahupun siti nurhaliza otomatik otak2 org meleis refer to ellie, tokti n pis midon retis..
Quote Orix 21-2-2025 12:35 AM
Lepas tu buat video biadab pggil makcik bagai, moga kena saman dabel triple dek ellie si imran ni
Quote DukunSentet 21-2-2025 12:36 AM
Kau pon merang pie petik nama ES..ko tak tahu ke or buat bodoh dengan ketegasan si ES nie..mendapatlah..

#jangancaripasal
#janganpetiknamaorangsukasuki
#mintamaafdenganrendahhati
#kalausemuasamankautinggalbulumemerangjer

Quote shy79 21-2-2025 12:45 AM
selayaknya la kena pondan ni..
dh makin lama mkin memondan..
sape la dok support influenza bodoh mcm ni

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.194730 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top