CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Fatwa suami reka sendiri-izin isteri bekerja tapi kaut semua duit gaji

21-2-2025 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2892| Komen: 15|Original author: Raline

f.PNG


Di TiKTok, tular kisah seorang wanita yang dirampas haknya, malah terpaksa merayu untuk menggunakan wang miliknya sendiri.

Menurut pengadu, dia tidak boleh membelanjakan wang sesuka hati, malah kad bank miliknya juga dipegang si suami.

"Saya bekerja, gaji suami ambil semuanya sebab dia cakap dia dah izinkan saya bekerja.

"Kad bank saya suami pegang. Saya perlu minta dekat suami apabila nak guna duit saya sendiri.

"Suami akan marah kalau saya minta lebih daripada jumlah yang ditetapkan atau nak beli apa-apa yang dia rasa membazir," luah pengadu.

Menurut wanita itu, dia juga sering bergaduh dengan suaminya gara-gara masalah tidak berkesudahan itu.

"Suami juga guna duit saya tanpa beritahu dan minta izin. Apabila saya bertanya dan minta, akan jadi pergaduhan.

"Suami memang berhak ke pegang kad bank saya dan ambil gaji saya sebab dia dah izinkan saya bekerja?" soal wanita itu.

Luahan wanita itu dikongsi menerusi akaun TikTok seorang peguam syariah, Fatimah Majidah sebelum dia menjawab persoalan berkenaan.

"Suami tidak berhak pegang kad bank isteri dan tak boleh ambil satu sen pun duit gaji isteri walaupun suami beri izin isteri bekerja," tulis peguam itu ringkas.

Kisah itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan.

"Kalau suami yang faham agama dia tak akan buat macam tu.

"Lebih baik hidup sendiri daripada dapat suami jenis ambil kesempatan.

"Jadilah perempuan cerdik. Bukan bodoh ikut telunjuk suami macam syaitan, geram aku," tulis netizen.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 21-2-2025 09:32 AM
Laki dia mmg x kerja dan jadi bewak hidop ke?
Quote Akalditipumata 21-2-2025 10:13 AM
Ehhh jadi perempuan isteri jgn bodoh sgt blh? Xphm aku..
Quote prince_marhaen 21-2-2025 10:33 AM
guna je lah online apps senyap2, TAC number send kat nmbr sendiri...
Quote Thunderclouds 21-2-2025 11:16 AM
Pompuan cmni la lobai syg. Ada akal takmau guna. Dok ikot telunjuk suami walau terang2 teraniaya.
Quote kepompong 21-2-2025 01:40 PM
Hahaa… ini pernah berlaku kat biras i . Dia puji suami dia sbb tolong sedarkan dia dari boros [em:11:]
Quote kucingitam 21-2-2025 02:32 PM
mcm laki member aku la ni.. pegang semua takut bini belanja habis katanya.. hari2 bini kena minta duit belanja.. kalau lupa minta, kena la bini puasa..takpun pinjam kat kawan ofis. takut bini boros, dianya boros beli benda tahpape boleh..beli kereta sampai 2-3 biji, tapi semua suruh bini bayar..
Quote matbad 21-2-2025 04:11 PM
kucingitam: mcm laki member aku la ni.. pe ...

Nak maki laki member kan..sabar ja la tgk dorg sama ada salah sorg mati atau ikatan terputus
Quote awanysss 21-2-2025 04:17 PM
aku rela jd surirumah (ke janda ek?hihi) daripada bagi laki aku pegang duit susah payah aku g keje. kalau tolong simpankan mungkin okay lagi, tp kalau dia buat mcm duit dia, g mati sama lo.. hutangku berlambak ada utk dibayar..
Quote seri_mawr 21-2-2025 04:36 PM
mmg bnyk aku rasa jenis laki tak tahu hukum ni....
Quote Dysania@72 21-2-2025 04:38 PM
ada gak pompuan yg tak berapa cerdik gini yer...
Quote kaoru44 21-2-2025 05:01 PM
dh keje tp xreti plak..haihh xphm la ppuan2 mcm ni..
Quote fezy 21-2-2025 05:20 PM
prince_marhaen: guna je lah online apps senyap ...

Aku pun pk sama. Bengap gak la pompuan ni
Unless suami dia mmg control tac pun kat hp laki dia
Quote AKAZ85 21-2-2025 06:54 PM
Jadi bini jangan jadi bangang sangat boleh takkkkk???? Cuba cerdik sikit
Quote Leonclay 21-2-2025 08:27 PM
G je bank kata kad hilang.. dpt card baru..ape susah.. kena la panjang akal skit
Quote lanacondor 21-2-2025 10:05 PM
G bank buat kad baru. Pegi HR mtk tukar no acc utk gaji dekat acc baru. Beli no Dan Fon baru yg murah2 je letak kt opis. Bia je jantan tu pegang kad lama. Jadilah isteri yg cerdik. Kalau ada risiko di pukul lepas kantoi ni. Ko tgkp gmb trus buat report polis. Senang naik court nak mtk cerai Pon di mudahkan. Semoga sis kuat ye!!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 08:31 PM GMT+8 , Processed in 1.440011 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top