![]()
Namun, rezeki setiap individu berbeza-beza tetapi sebagai pekerja jangan sesekali membiarkan diri ditindas oleh majikan. Seorang individu yang enggan mendedahkan identiti berkongsi pengalamannya bekerja di sebuah syarikat yang didakwa mempunyai pengurusan terlalu teruk. "Saya tidak terlibat dengan situasi yang dialami rakan sekerja lain tapi rasa bersekongkol dengan majikan sebab saya sebahagian daripada pengurusan. "Antara yang dialami pekerja seperti bos paksa staf bekerja 12 jam tanpa cuti walaupun sehari. Kiranya 12 jam seminggu sampai hari raya nanti. "Jadual kerja ni bermula September lalu," katanya yang menjadi individu bertanggungjawab dalam pengambilan sijil halal syarikat itu. Katanya, disebabkan majikan ingin operasi berjalan dengan pantas, semua staf perlu sentiasa fokus termasuk perlu melakukan kerja orang lain. "Maksudnya bahagian operasi ke buat pembungkusan, kebersihan dan sebagainya. "Ada staf yang cuma diberi gai RM1,200 sahaja, selain ramai staf kena batu karang sebab kena catu air minum dan tak boleh kerap ke tandas," kongsinya. Individu itu berkata dia dalam proses berhenti kerja dengan menghantar notis dua bulan sebelum menamatkan perkhidmatan. "Cuma apa tindakan saya boleh buat ye? Kesian sangatlah tengok," katanya. Sementara itu, netizen mencadangkan individu itu membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kerana ia menyalahi undang-undang. "Lapor ke Kementerian Dalam Negeri untuk isu pemerdagangan manusia. Ke JTK untuk isu kesalahan di bawah akta pekerja. "Ini kesalahan jenayah... buruh secara paksa. "Buruh paksa. Boleh buat laporan polis. Ni majikan musibat ni," demikian antara komen netizen. Dalam pada itu warga maya turut bertanya kenapa pekerja tidak melakukan protes dan individu itu berkata dia sendiri tertanya-tanya soalan sama dan berasa hairan dengan sikap mereka yang masih bertahan. "Dia tau semua pekerja dia perlukan duit. Pelik juga kenapa la staf ikut je. Tiada seorang pun berani buat laporan," katanya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT