CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Its not that deep mak cik Ellie Suriaty,"-Imran Bard

21-2-2025 11:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9737| Komen: 74|Original author: Raline

el.PNG


Selang beberapa jam ibu bapanya diminta berjumpa dan memohon maaf, pempengaruh Imran Bard tampil membalas kenyataan pelakon Ellie Suriaty.

Kini berada di kampung halaman, Imran memberitahu ibunya tidak dapat memenuhi permintaan Elly kerana sedang dirawat di hospital.

"Sampai melibatkan ibu bapa… Mak saya dalam wad, tak boleh nak minta maaf sebab tengah masuk air, banyak wayar, atas katil.

“Jadi saya nak kena buat apa? Minta maaf makcik" katanya.

Imran berkongsi perkara itu dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya pada petang Khamis.


Dalam pada itu, Imran menjelaskan video menyebut nama Ellie tidak menyentuh sebarang isu sensitif sebaliknya hanya gurauan.

Malah kata Imran, dia turut mengagumi Ellie dan artis-artis lain yang disebut dalam video tersebut.


“Kepada mak cik Ellie Suriaty, janganlah fikir begitu. Bukan nama mak cik sahaja saya sebut.

“Nama pelakon veteran lain pun saya sebut. Semua artis yang saya kagum.

"Saya masukkan dalam content bukan sensitif pun. Content konon-konon jadi juri jer,” ujarnya.


Pada petang Khamis, Ellie mengadakan sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan salah satu kandungan dihasilkan Imran yang dianggap telah mencemarkan namanya.

Ketika bercakap kepada pemberita Ellie menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh tersebut.


Dalam kandungan video berkenaan, Imran berseloroh seolah-olah menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian dan menyebut nama Ellie termasuk bercakap kononnya mengambil bahan terlarang.

Ellie juga memaklumkan dia sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acepark 21-2-2025 11:49 AM
kalau pov tak boleh ke?
Quote noor2 21-2-2025 01:31 PM
Muka huduh perangai pun huduh budak ni...
Quote noor2 21-2-2025 01:31 PM
Ko sentuh org buat gurau2 boleh eh..org sentuh ko tau marah
Quote HappyGumbira 21-2-2025 01:48 PM
Mmg biadap n bnyk masalah ye budak ni?..content pun makin cari kontroversi. Biasa org lain kalau nak petik nama ala artis pun akan ubah sebutan ellie suriati jadi ellia suriata ke. Mmg la boleh jd lebih dari sorang ellie suriati dlm malaysia, tp yg plg ramai org kenal opkos acik ellie pelakon. Padan muka budak ni. Bgurau mlebih2 sgt lg
Quote MadameOnion 21-2-2025 01:56 PM
pondan sangkak..muka buruk...kononnya dia gen z tak kisah dgn org tua..benci betul aku tengok mulut luas dia tu
Quote kepompong 21-2-2025 02:10 PM
HappyGumbira replied at 21-2-2025 01:48 PM
Mmg biadap n bnyk masalah ye budak ni?..content pun makin cari kontroversi. Biasa org lain kalau nak ...

Terigt dulu rancangan lawak sebut “Normalas samsudin”
Quote Hoola 21-2-2025 02:34 PM
amboi3x...menjawab ke memerli tu..panggil mkcik
memmang la dh lvl mkcik but respek skit
ko tu kan INFLUNCEr

-pesanan netijem
Quote HappyGumbira 21-2-2025 02:40 PM
kepompong replied at 21-2-2025 02:10 PM
Terigt dulu rancangan lawak sebut “Normalas samsudin”

Haaa kan...normalas dah la watak famous dlm rancangan tu

Quote sharlenetexas 21-2-2025 02:44 PM
Hoola replied at 21-2-2025 02:34 PM
amboi3x...menjawab ke memerli tu..panggil mkcik
memmang la dh lvl mkcik but respek skit
ko tu kan IN ...

Screenshot_2025-02-21-00-15-26-43_1c337646f29875672b5a61192b9010f9.jpg


Quote heythere123 21-2-2025 02:55 PM
walaupun iols tak suka imran sekarang tapi iols setuju yang acik ellie ni over.
Quote KakRumiMenari 21-2-2025 03:21 PM
Kes ni lebih kpd adab.. dedua tersampuk.. imran punye mintak maaf pun xde adab, ellie pulak dah kenape nak kait2 kan mak ayah org tu.. gaduh berdua je tak boleh ke..
Quote jas7512 21-2-2025 03:31 PM
Soalannya siapa mamat ni..why dia kat board gossip
Quote Maximos23 21-2-2025 03:37 PM

hahahaha netijen bias niii
Quote doubleA 21-2-2025 03:44 PM
Memang biadap pun. Bila masa eli tu kawen dgn pakcik ko yg ko panggil dia makcik? Panggil puan la kalau dah bebal sgt. Reason eli libatkan makpak ko sebab ko biadap. Jenis tak rasa diri salah, semua atas tiket lawak (tak lawak pun), or content? Sick
Quote lifeline 21-2-2025 03:57 PM
noor2 replied at 21-2-2025 01:31 PM
Ko sentuh org buat gurau2 boleh eh..org sentuh ko tau marah

THIS !!! tepat sekali
mcm mana nk bagi si budak hauk ni baca fact ni eh?

Quote noor2 21-2-2025 04:13 PM
lifeline replied at 21-2-2025 03:57 PM
THIS !!! tepat sekali
mcm mana nk bagi si budak hauk ni baca fact ni eh?

Ramai je manusia jenis mcm budak ni...play victim...
Quote papadomku 21-2-2025 04:20 PM
Tak salah la aku block budak ni dari TT aku. Acah woke sgt. Lawak la konon. Bila orang sentuh kau, tau pulak menggelupur. Kau sentuh orang lain, ingat orang lain tu takde perasaan?
Quote seri_mawr 21-2-2025 04:58 PM
mmg la panggil mak bapak...sbb hang kurang adab...nampak benor mcm lembab...
mak ayah lupa ajar adab barangkali...
Quote seri_mawr 21-2-2025 04:58 PM
mmg la panggil mak bapak...sbb hang kurang adab...nampak benor mcm lembab...
mak ayah lupa ajar adab barangkali...

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 08:39 PM GMT+8 , Processed in 1.783343 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top