CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berlakon bunuh diri, pelajar mati perut tertusuk gunting

24-2-2025 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24943| Komen: 20|Original author: Raline

mt.PNG


Persembahan lakonan di sebuah sekolah menengah bertukar menjadi tragedi apabila seorang pelajar maut selepas perutnya tertusuk gunting.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Khamis lalu di Padalarang, Bandung.

Memetik laporan media tempatan, mangsa yang berusia 17 tahun memegang watak sebagai gadis hamil dalam persembahan berkenaan.

Menurut polis, mangsa yang melakukan adegan membunuh diri dengan menikam perutnya seperti mana tuntutan skrip, tanpa sengaja tertusuk gunting dengan dalam sehingga menembusi perut.

"Mangsa sepatutnya menikam belon yang dimasukkan dalam bajunya menggunakan gunting mengikut adegan yang dirancang.

"Namun apa yang berlaku, gunting itu seolah-olah menembusi perut mangsa hingga menyebabkan dia meninggal dunia," kata Ketua Polis Cimahi, Pesuruhjaya Kanan Tri Suhartanto.

Ujarnya, mangsa dikejarkan ke hospital namun tidak dapat diselamatkan.

"Kami sedang menyiasat kejadian ini dan meneliti peralatan yang digunakan ketika persembahan. Kami kini telah mengambil keterangan daripada tiga orang saksi," kata Tri.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 23-2-2025 09:20 PM
Lain machiam method acting arwah ni.  Takziah.
Quote Decaffeinated 23-2-2025 09:29 PM
"Mangsa sepatutnya menikam belon yang dimasukkan dalam bajunya menggunakan gunting mengikut adegan yang dirancang."

Kalau ko tikam belon haruslah meletup kantoi lah dek. Pekat nya lah bodoh pengarah drama ni.
Quote Skuau 23-2-2025 10:37 PM
TERNYATA...negara tertangga ketar ketir....
Quote imanda 24-2-2025 12:34 AM
laa, theyall xtau ke prop pisau yg boleh tenggelam dlm hulu tu, apesal guna pisau betol.. kan lakonan je
Quote ipes2 24-2-2025 05:22 AM
hmmm tetapi kenapa guna benda real?
tidak guna props kah?
Quote Belibis 24-2-2025 10:27 AM
Konoha dengan kebodo an berpisah tiada.takziah.
Quote Tinot7 24-2-2025 10:31 AM
Takziah kpd keluarga..
Quote lolipopmanish 24-2-2025 10:34 AM
Tak pasal pasal hmm
Quote zarulnazmi 24-2-2025 10:48 AM
Siapa yang tulis skrip? Kenapa tak sediakan prop tapi guna gunting betul?
Quote prince_marhaen 24-2-2025 10:59 AM
"...Kejadian dilaporkan berlaku pada Khamis lalu di Padalarang, Bandung."

Selayaknya.
Quote batmana 24-2-2025 11:02 AM
cikgu tk pntau
Quote AbukRokok 24-2-2025 11:25 AM
tikam belon?
patutah terbunuh diri sdri

belon??????????
Quote AbukRokok 24-2-2025 11:26 AM
harap ada siasatan jenayah

guna gunting betul utk tikam belon????????
Quote Isninselasarabu 24-2-2025 10:42 PM
Hadoiii..pakai bantal je la buat prop..dkt hujung bntal baru letak belon berisi darah...
Quote SalenaGomez 24-2-2025 10:48 PM
Isninselasarabu replied at 24-2-2025 10:42 PM
Hadoiii..pakai bantal je la buat prop..dkt hujung bntal baru letak belon berisi darah...

SG suspek terlampau menghayati watak kot. X sedar tertusuk kuat kat perut sendiri… gittccheww SG speku
Quote BartholomewKuma 24-2-2025 10:56 PM
Endon bangsa hamba abdi ni kalu tak bodo bukan endon lah baq hang
Quote KamikuP 25-2-2025 08:20 AM
Org lenkali pakai prop bukan guna yg betul.. benak sungoh la puak -b40 konoha neh
Quote pejol 25-2-2025 10:18 AM
sian dia..tapi nanti parent bleh saman sekolah..tu pon kalo kaya ler nak hire lawyer
Quote seri_mawr 25-2-2025 10:56 AM
belon kot...buh la bantal cikgu pun....belon pecah la cerdikkk...mmg tertrusuk perut la jawabnya....belon klu nak pecahkan pakai jarum je laaa

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.125380 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top