CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raih 52,000 pengikut, buka akaun palsu menyamar keluarga Diraja Johor

25-2-2025 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28005| Komen: 3|Original author: Raline



Royal-Press-Office.jpeg


PETALING JAYA – Terdapat akaun X dengan lebih 52,000 pengikut yang menyamar sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan menggunakan gambar keluarga Diraja Johor tanpa kebenaran.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh ‘scammer’ untuk tujuan penipuan terutamanya di Facebook dan platform media sosial yang lain.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh,” kata kenyataan tersebut yang dimuat naik di Facebok, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam masa sama, Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” tegasnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipes2 24-2-2025 05:55 AM
loorrrrrr ade ke.. takde orang check ke semasa buka accounts?
Quote ezacbee 24-2-2025 09:03 AM
Teringat dulu acc Twitter x silap, ada budak menyamar jadi tmj. Yg kelakar post tu cam xkena tengok.. Tiber post pasal jiwang.. Post lagu leman.. Yg komen lak kemain.. Aku baca cam pelik takan tmj tulis camni. Ayat budak2 bbnu. Rupanya betul budak tu menyamar. Xpasal masuk ke dalam. Tah hapa jadi budak tu sekarang..
Quote gouravrawat34 24-2-2025 03:32 PM
dcsasadsadfscfxds

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.142638 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top