KUALA LUMPUR: "Anda bercakap selalu emosional, kita sebagai MP (Ahli Parlimen) kena pakai otak."
Demikian teguran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kepada Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim kerana menyebabkan kekecohan dan pertengkaran panjang dengan RSN Rayer (PH-Jelutong) selepas menyebut DAP sebagai parti anti-Islam.
Johari turut memberi amaran terakhir kepada Awang supaya tidak 'cakap lepas' atau beliau akan mengenakan tindakan lebih tegas jika insiden sama berulang.
"Saya cukup kecewa dengan Pendang, 'what is wrong with you? Jangan emosi.KUALA LUMPUR: "Anda bercakap selalu emosional, kita sebagai MP (Ahli Parlimen) kena pakai otak."
Demikian teguran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kepada Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim kerana menyebabkan kekecohan dan pertengkaran panjang dengan RSN Rayer (PH-Jelutong) selepas menyebut DAP sebagai parti anti-Islam.
Johari turut memberi amaran terakhir kepada Awang supaya tidak 'cakap lepas' atau beliau akan mengenakan tindakan lebih tegas jika insiden sama berulang.
"Saya cukup kecewa dengan Pendang, 'what is wrong with you? Jangan emosi.
"Bercakaplah sebagai seorang intelektual. Anda graduan, bekas pegawai saya, tolong behave (jaga kelakuan)
"Anda pun orang Kedah, malu kita. Bila bercakap, cakap dengan nada baik, nak tekankan 'point' tak apa, tapi jangan emosional.
"Ia tak membantu pun. Ini 'last warning' dari saya," katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.
Awang kemudiannya akur dan meminta izin keluar dewan untuk berehat.
Terdahulu, Dewan Rakyat kecoh selepas ahli Parlimen blok kerajaan, RSN Rayer (PH- Jelutong) meminta Awang menarik balik dakwaannya mengaitkan DAP sebagai parti anti Islam.
Awang enggan mengambil pusing desakan Rayer kerana mendakwa pemimpin DAP sering membuat tuduhan terhadap pembangkang, khususnya ke atas Kerajaan Kelantan.
Keadaan semakin panas selepas Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) turut bangkit mengecam DAP.
Beliau meminta Rayer menarik balik kenyataannya yang menyebut DAP pembela Islam.
Berikutan kekecohan berlarutan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor yang menggantikan sesi perbahasan kemudiannya memberikan teguran tegas kepada semua Ahli Parlimen supaya berbahas secara berhemah.
"Tolong dengar semua. (Kekecohan) timbul kerana tak ikut peraturan. Antaranya perkara 36 (10), perkataan yang boleh menimbulkan sakit hati atau permusuhan antara satu kaum dengan kaum lain atau langgar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan.
"Polemik yang berlaku semua pasal ni. Jadi ambil maklum peraturan 42.
"Saya tak nak lagi berlaku tindakan mempersenda atau perkara tidak sepatutnya semasa bersidang. Jika tidak, saya tak teragak-agak kuatkuasa peraturan 44 secara maksimum," tegasnya.
Sumber : Berita Harian
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|