CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majlis Media Malaysia dijangka dapat diwujudkan seawal pertengahan tahun ini - Fahmi Fadzil

27-2-2025 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28215| Komen: 0|Original author: Raline


Screenshot 2025-02-26 232846.png


KUALA LUMPUR: Majlis Media Malaysia (MMM) yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini dijangka dapat diwujudkan dan memainkan peranannya bermula pertengahan tahun ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata selain itu, selepas dikuatkuasakan kelak, lembaga pengasas yang akan mengemudi MMM akan dibentuk.

"Ini saat sangat bersejarah kerana RUU ini mula difikirkan pada 1973, maka apa yang dilaksanakan hari ini boleh dikatakan sudah tertunda 52 tahun. Insya-Allah melangkah ke depan dan langkah seterusnya adalah bawa rang undang-undang (RUU) MMM ini ke Dewan Negara, selepas itu kita jangka akan (tunggu) perkenan Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan.

"Setelah dikuatkuasakan nanti, kita jangka lembaga pengasas akan dibentuk dan (seterusnya) Majlis Media Malaysia. Ini kita harap sekiranya sempat, menjelang pertengahan tahun ini dapat diwujudkan," katanya pada sidang media di Pusat Media Parlimen, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Pro-Tem MMM, Premesh Chandran.

RUU MMM 2024 diluluskan Dewan Rakyat, hari ini selepas lima dekad penubuhan Majlis itu dibincangkan.

RUU yang bertujuan, antara lain menubuhkan badan kawal selia kendiri bagi menjaga kepentingan media dan pengamal media itu mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, selepas dibahas 18 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

RUU MMM 2024 yang mengandungi 23 Fasal dibentangkan Nie Ching untuk bacaan kali pertama pada 12 Disember tahun lalu.

Fahmi berkata, kementeriannya turut mengambil maklum saranan semua pihak termasuk cadangan disuarakan Ahli Parlimen dalam sesi perbahasan RUU sebentar tadi.

"Kita ambil maklum saranan semua pihak dan saya cukup alu-alukan usaha dan sokongan semua MP (Ahli Parlimen) yang telah terbabit dalam perbahasan dan undian tadi," katanya.

Screenshot 2025-02-26 232948.png


Sementara itu, Premesh, berkata usaha mereka selama lima tahun akhirnya membuahkan hasil selepas RUU terbabit diluluskan.

"Mewakili Pro-Tem, saya ingin berterima kasih kepada ahli kami yang bekerja lebih kurang lima tahun tanpa gaji untuk pembentukan akta ini.

"Terima kasih juga kepada pihak Kementerian Komunikasi. Ini memang saat dibanggakan dan kita harap dengan pembentukan MMM, suara untuk perubahan lebih rancak.

"Kalau media jadi kuat, kita harap suara rakyat juga akan bertambah kuat," katanya.


Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.151601 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top