CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Akui Jika Caj Diperkenalkan Untuk Tangani Kesesakan Lalu Lintas Di KL, Akan Beri Impak Jangka Pendek Kepada Ekonomi

27-2-2025 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6524| Komen: 9

 


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengakui sekiranya caj diperkenalkan bagi menangani isu kesesakan lalu lintas di ibu kota, akan memberi impak kepada sektor ekonomi dalam masa dua hingga tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata situasi itu bagaimanapun tidak akan memberi kesan bagi jangka m panjang.

"Saya difahamkan, kesan kepada ekonomi selepas caj kesesakan dilaksanakan (melihat kepada) negara lain, memang ada sedikit daripada sudut ekonomi dalam masa dua hingga tiga tahun. Selepas itu akan kembali pulih seperti diharapkan.

"Pada masa sama, pelaksanaan caj ini juga ada kesan positif terutama dari segi ekonomi bagi peniaga kecil.

"Kajian antarabangsa yang dibuat menunjukkan pengurangan kesesakan beri manfaat jangka panjang dapat tingkatkan kebolehcapaian kawasan perniagaan, selain galak aktiviti berjalan kaki juga (galakkan) pengguna pengangkutan awam untuk berkunjung ke kawasan komersial," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang ingin tahu apakah impak ekonomi khususnya kepada peniaga kecil sekiranya caj kesesakan dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata kerajaan turut mempertimbangkan supaya pengecualian bagi caj kesesakan di ibu kota diberikan membabitkan sektor tertentu.

"(Misalnya) bagi sektor logistik dan penghantaran, kita boleh pertimbangkan beberapa perkara. Antaranya mungkin zon pengecualian bagi waktu tertentu antaranya kenderaan logistik tidak dikenakan caj di luar waktu puncak.

"Selain itu, kenderaan seperti e-hailing, teksi atau kenderaan persendirian oleh pemilik bangunan atau penginap hotel juga diberikan diskaun atau insentif tertentu seperti pengecualian dari caj keesakan.

"Begitu juga bagi sektor pelancongan, bas dan van pelancong juga mungkin boleh diberi pertimbangan untuk diskaun dan pengecualian," katanya.

Dr Zaliha berkata pihaknya akan meneruskan beberapa sesi libat urus bersama wakil industri termasuk golongan peniaga dan pihak berkepentingan lain untuk mendapatkan pandangan serta merangka pelaksanaan lebih adil, saksama dan berkesan kepada semua.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Apoo 28-2-2025 04:08 AM
Lagi satu, tolong ensure duit yg dikutip dilaburkan kembali dgn memperelok & memperbanyakkan pengangkutan awam yg murah & boleh diharap. Juga utk kesejahteraan penduduk ibukota, perbanyakkan lagi ruang utk pejalan kaki yg selesa & berbumbung.
Quote FOTHER-MUCKER 28-2-2025 04:24 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-2-2025 12:28 PM

Mungkin nanti KL secara perlahan akan mati
Quote Tinot7 28-2-2025 06:48 AM
FOTHER-MUCKER replied at 28-2-2025 04:24 AM
Mungkin nanti KL secara perlahan akan mati

Tak rasa akan jadi ghost town
Quote kemaruk 28-2-2025 10:20 AM
Jalan bukit bintang patut dibuka untuk pejalan kaki sahaja

Termasuk la jalan imbi dari trafic light time square hingga trafic light menara aia sentral tu
Quote n3ar 28-2-2025 12:13 PM
kau buat la secara berperingkat, tapi pada masa sama perkasakan pengangkutan awam....

ini pengangkutan awam cam haram, pastu nak caj plak orang masuk bandar
Quote gangerina 28-2-2025 12:16 PM
Apoo replied at 28-2-2025 04:08 AM
Lagi satu, tolong ensure duit yg dikutip dilaburkan kembali dgn memperelok & memperbanyakkan pengang ...

yes I agree....betul u cakap...
Quote pinkpunk 28-2-2025 05:29 PM
betulkan dulu public transport tu. laluan pun berterabur.. jgn kawasan tertentu je ada kemudahan.. yg pinggir takde.
Quote Skuau 28-2-2025 05:30 PM
syukur...kita ASING WORANG KASI SESAK INI NIGARA...tada kina caj.
Quote anony-mous 28-2-2025 05:38 PM
Dpt projek public transport pergi cut sana sini. Lps tu expect apa??? Najib dlu dah elok ramcang stesen itu stesen ini. Dpt ke PH cut byk stesen

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.051293 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top