CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raja Maghribi Seru Rakyat Tidak Menyembelih Biri-biri pada Aidiladha Disebabkan Kekurangan Ternakan

27-2-2025 02:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6017| Komen: 2

 

RABAT – Raja Mohammed VI dari Maghribi telah meminta rakyatnya untuk tidak menyembelih biri-biri pada Hari Raya Aidiladha tahun ini, berikutan penurunan jumlah haiwan ternakan akibat kemarau yang berpanjangan, lapor portal berita Arab News semalam.

Raja Mohammed VI menjelaskan bahawa pelaksanaan ibadah korban dalam keadaan yang sukar ini akan memberi kesan buruk kepada banyak golongan rakyat, terutama mereka yang bergantung pada pendapatan terhad.

“Melaksanakannya (ibadah korban) dalam keadaan sukar ini akan membawa kemudaratan besar, terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan,” ujar baginda.

Hari Raya Aidiladha dijangka berlangsung pada Jun depan, di mana umat Islam di seluruh dunia menyembelih haiwan ternakan seperti kambing atau biri-biri, dan dagingnya diagihkan antara keluarga serta disedekahkan kepada golongan fakir miskin.

Bilangan lembu dan biri-biri di Maghribi dilaporkan berkurangan sebanyak 38 peratus menjelang 2025 akibat kemarau yang berlarutan, menurut angka rasmi. Pada tahun ini, hujan mencatatkan pengurangan sebanyak 53 peratus berbanding 30 tahun lalu, menyebabkan padang ragut semakin tandus.


Kekurangan ternakan ini juga mengakibatkan penurunan dalam pengeluaran daging, yang turut menyebabkan harga daging melonjak tinggi di pasaran tempatan. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 27-2-2025 04:48 PM
Kereta 4wd ada rumput bersisa sambil  duduk kat pintu bucket tu dah serupa macam aku
Quote ninja boy 27-2-2025 06:45 PM
Edited by ninja boy at 27-2-2025 06:47 PM

Kalau kambing x tahan kemarau, unta boleh buat sembelih2 masak kari

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.083824 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top