CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perak Tetapkan Kadar Zakat Fitrah RM10, RM16 dan RM27 Mengikut Jenis Beras

27-2-2025 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11462| Komen: 6

 


Ipoh: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memuktamadkan kadar minimum zakat fitrah di Perak bagi Ramadan tahun ini pada tiga kadar iaitu RM10, RM16 dan RM27 seorang, berdasarkan jenis beras.

Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim berkata, ia diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-236, melalui perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menetapkan tiga kadar zakat fitrah itu.

Kata Zamri, kadar minimum perlu dibayar oleh setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah adalah RM10 iaitu bagi beras Madani, super special tempatan lima peratus dan beras putih super import.

Kadar RM16 pula ditetapkan bagi beras wangi, beras perang dan dan beras rebusan manakala beras basmathi dan beras pulut ditetapkan pada kadar RM27.

"Titah perkenan Sultan Perak sudah dibentangkan dan diterima oleh persidangan MAIPk pada pagi ini. Maka dengan ini diumumkan kadar zakat fitrah yang wajib dibayar oleh orang Islam bagi tahun ini di Perak," katanya.


Zamri mengumumkan kadar zakat itu ketika Majlis Pengumuman Kadar Zakat Fitrah 1446H/2025M dan Peluncuran Awal Aplikasi MAIPk Bestari di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Yang Dipertua MAIPk Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Syamsul Hazeman Md Salleh.

Sementara itu, Syamsul Hazeman menerusi kenyataan berkata, aplikasi MAIPk Bestari adalah inovasi digital dalam sistem kutipan zakat fitrah yang dianggap satu revolusi urusan zakat secara mudah, cepat dan selamat melalui sistem QR digital, sama ada menerusi amil yang dilantik atau bayaran terus kepada MAIPk.

Menurutnya, bukan sekadar zakat fitrah malah sistem itu juga membolehkan pembayar menyertai program wakaf yang menarik dengan lebih mudah hanya serendah RM1 melalui pelbagai projek wakaf di MAIP.

Kata Syamsul Hazeman, 1,938 amil di seluruh Perak akan menggunakan aplikasi itu dalam kutipan zakat fitrah, dengan semua bayaran akan terus dikreditkan ke akaun rasmi MAIPk

manakala resit zakat dihantar terus ke emel pembayar.

"Ia bagi memastikan urusan zakat lebih mudah, moden, dan sistematik. Dengan langkah digital ini, kutipan zakat menjadi lebih efisien, telus dan selamat.

"Hanya dengan imbasan QR, pembayar akan dibawa terus ke platform aplikasi yang menyediakan tiga pilihan pembayaran iaitu secara SenangPay, QR Bank dan Tunai Aplikasi," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dovahkiin 27-2-2025 03:19 PM
Orang miskin pun kena bayar zakat ikut harga beras import sekarang ni. Da beras tempatan xde.
Quote kakikuDibibirmu 27-2-2025 03:34 PM
Mujur Selangor masih lagi 7 hengget
Quote alesandra 27-2-2025 06:40 PM
dah naik zakat fitrah ni
Quote ninja boy 27-2-2025 06:54 PM
Baru nak cakap beras tempatan x byk dijual kena beli beras mahal pulak kemudian kena zakat beras mahal pulak kah
Quote akies 27-2-2025 08:56 PM
Iols guna beras tempatan je.
Yang mana guna beras mahal tu jangan pula bayar ikut
yang murah lak
Quote jejaka_hensem 27-2-2025 09:41 PM
Sebulan simpan seringgit pun dah lepas bayar dah zakat fitrah utk seorang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.205289 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top