CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mungkin faktor umur menyebabkan wajah saya berubah – Fatiya Latiff

27-2-2025 09:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15449| Komen: 153|Original author: Raline

WhatsApp-Image-2025-02-26-at-19.23.56-e1740569410978-1536x895.jpeg


Pelakon sensasi Fatiya Latiff tidak kisah perubahan wajahnya menjadi bualan ramai terutamanya dalam media sosial.

Fatiya atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata, penambahan usia menjadi faktor utama akan perubahan wajahnya.

“Itu pendapat masing-masing, bagi saya sama sahaja (wajah). Mungkin faktor umur menyebabkan wajah saya berubah.

“Saya tidak marah pun kepada orang yang bercakap tentang wajah saya sebab itu pendapat masing-masing. Saya terima sahaja,” ujar Fatiya.

Meskipun begitu, lumrah menjadi selebriti Fatiya mengaku melakukan rawatan wajah untuk mengekalkan kejelitaannya.


“Saya ada ‘eye bags’ dan ada buat rawatan untuk hilangkannya, selain itu saya ada buat rawatan licinkan kulit. Rawatan yang ekstrem saya tidak buat,” ujar Fatiya.

Dalam pada itu, bintang drama Ariana Rose mengaku jarang memuat naik ‘posting’ dan membaca komen dalam media sosial untuk menjaga kesihatan mentalnya.


“Saya hanya memuat naik posting berkenaan kerja sahaja, selain daripada itu saya jarang guna media sosial. Ini adalah cara saya menjaga mental,” tutur Fatiya yang ditemui pada majlis sidang media drama Bidaah sebentar tadi.

Selain Fatiya drama Bidaah yang mengisahkan tentang ajaran sesat turut dibintangi oleh Faizal Hussein, Riena Diana, Fattah Amin, Vanida Imran, Fazlina Ahmad Daud, Hasnul Rahmat dan Malia Baby.

Drama 15 episod itu akan mula ditayangkan di laman penstriman popular, Viu bermula 6 Mac ini.


Sumber – KOSMO!ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 27-2-2025 03:16 PM
Faktor barang


Quote sharlenetexas 27-2-2025 03:16 PM
Dr subash ko dah watpe kt muka tiya?


Quote sharlenetexas 27-2-2025 03:17 PM
Rambut pun tak terjaga
Quote youell 27-2-2025 03:19 PM
Tu la.. Dulu ngata org mcm bibik.. Udah berbalik pd diri sendiri la pulak.
Quote TTun_Teja 27-2-2025 03:20 PM
Sayangnya...
Quote apedehal 27-2-2025 03:20 PM
Wat hepen to u tekya???sayangnya dah azali cantik jd rupa podan xsiap je ni
Quote bambimo 27-2-2025 03:26 PM
Dulu aku mengkagumi ko FL..tak berkelip mata aku tgk citer AR tu..
Why FL why
Quote doubleA 27-2-2025 03:26 PM
Cucuk went wrong? Tapi iols doakan tekya baik2 dan lebih semangat utk hidup. Selagi masih bernyawa..
Quote cikperiukkera 27-2-2025 03:28 PM
Tergamakkkk acik2 fb ckp muka sheols dh mcm The Undertaker
Quote shernazz 27-2-2025 03:34 PM
Ini kalau jadi hantu kak limah pung okay
Takyah solek teruk dah
Quote IzzahF 27-2-2025 03:36 PM
kenapalahhhhh apa la tak puas hati lg kat muka nak dicucuk2 lg. udha mcm undertaker dah. cukup laaaa
Quote lasagna 27-2-2025 03:36 PM
cikperiukkera replied at 27-2-2025 03:28 PM
Tergamakkkk acik2 fb ckp muka sheols dh mcm The Undertaker

hahhaa tak baek tau acik fb ni, tak teragak2 tp dgn celak hitam tu, mcm sama juga laa..
Quote jihyomelly 27-2-2025 03:42 PM
dulu masa zaman AR tekya sgt cantik..skarang maybe iols kena stuju dgn acik2 fb
Quote bungalisa 27-2-2025 03:42 PM
sebenarnya badan die da berisi tu yang nampak tua... dia mcm naik 20kg dari berat asal die dulu... mmg la nampak tua..ini pengalaman aku sendiri... naik sampai 20 kg.. gemuk muke auto jadi tua... now da trun 10kg.. better sikit.. puasa ni nak turun lagi 10 kg.. harap2 orang tak panggil makcik da... sedihhhhh
Quote MistrezHermanaz 27-2-2025 03:46 PM
muka dia dh mcm amanda bynes sekrg
Quote cm_vungtau 27-2-2025 03:52 PM
Siannya awak ni.
Quote ekselen 27-2-2025 03:53 PM
TTun_Teja replied at 27-2-2025 03:20 PM
Sayangnya...

kan..dulu kemain lawa muka sheols... masa ariana rose tu sheols lawa natural beauty..
Quote HelgaPataki 27-2-2025 04:16 PM
Ini nak menguntungkan ke nak menjatuhkan Dr Subash ek
Quote abadi84 27-2-2025 04:18 PM
Melakukan rawatan untuk mengekalkan kejelitaan.

Ni lebih kpd memusnahkan kejelitaan.

Lihat semua komen(153)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.056179 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top