Pelawak Shuib Sepahtu memuat naik ucapan istimewa buat Watie Hanafiah sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta pada 8 Februari lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib berkata tarikh tersebut istimewa kerana Watie mula bertudung atas permintaannya meskipun ketika itu mereka sedang berkawan.
“Bila tiba tarikh 2 Februari, itulah tarikh keramat yang akan saya ingat sampai bila-bila, di mana awak mula pakai tudung atas permintaan saya walaupun masa tu kita baru berkawan.
“Bila awak boleh ikut cakap saya dan tak membantah, di situlah saya tahu yang awak adalah sangat ‘sesuatu’,” tulisnya.
Sementara itu, Shuib turut mengucapkan terima kasih buat isterinya kerana setia berada disisinya ketika susah mahupun senang.
“Mungkin dulu orang berkata yang awak bersama dengan saya sebab saya ada itu dan ini, tetapi hakikatnya sekarang bila saya ditimpa masalah, awaklah orang yang sanggup berkorban apa saja untuk saya.
“Awaklah orang yang sediakan berapa saja yang diperlukan untuk ikat jamin saya di mahkamah. Beri apa saja yang awak ada untuk selesaikan segala masalah yang saya sedang hadap. Terima kasih sayang,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shuib tidak dapat membayangkan seandainya Watie pergi dulu sebelumnya kerana dia pasti akan rasa sakit seperti mana pemergian arwah isterinya, Siti Sarah.
“Pernah kita borak-borak, kalau boleh janganlah awak pergi dahulu macam mana Sarah tinggalkan saya, sakit sangat. Kali ni biarlah saya yang pergi duhulu, saya tak sanggup.
“Saya tak tahu kalau saya hilang awak adakah saya boleh jumpa orang sebaik awak. Tapi semua Allah telah tetapkan dan aturkan untuk kita. Kita hanya menikmati apa yang bakal Allah sajikan,” katanya.
SUMBER: Rotikaya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|