CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Laporan kimia dah keluar, Along Cham akan beri kerjasama

28-2-2025 08:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19625| Komen: 7|Original author: Raline

Pihak pendakwaan sudah pun memperoleh laporan kimia kes dadah membabitkan pelakon dan pelawak Along Cham.

Perkara itu dimaklumkan Pegawai Pendakwa iaitu Inspektor Sutri Patang pada sebutan kes tersebut di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor pada Jumaat.

Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan menetapkan 7 April depan sebagai sebutan semula kes berkenaan bagi serahan dokumen.

al.PNG


Ia susulan Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, tetap mengulang pendirian tidak bersalah selepas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis seberat 1.49 gram dibacakan jurubahasa mahkamah.

Sementara itu, Along memberitahu bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang prosiding berlangsung kelak.

"Saya akan memberikan kerjasama yang penuh," katanya kepada pemberita.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa pertuduhan memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 1.49 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya di sini, pada jam 3.10 petang, 14 Disember tahun lalu.



Along didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pelawak berkenaan turut berdepan dua lagi kes dadah iaitu didakwa memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 49.61 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.Along juga didakwa memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan disyaki jenis tetra hydrocannibol (THC) di lokasi sama, pada pukul 10 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor.


Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Sesyen Sepang melepas tanpa membebaskannya (DNAA) atas satu pertuduhan dadah jenis kanabis pada 14 Disember lalu.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 28-2-2025 08:23 PM
Satgi salahkan bini jugak kalau ternyata ko amek barang tu
Quote primarikey 1-3-2025 10:27 PM
Cmne dia bole masukkn dadah ke dlm badan masa kt balai polis...tak kn la si along ni bodoh sgt nk buat mcm tu kat balai...dpt stok dr mane..kn stok dadah dh kena rampas ngn polis
Quote sharlenetexas 1-3-2025 10:31 PM
2x kawin. Jantan yg problem.


Quote MisXoXo 2-3-2025 06:08 PM
Kalau dia masuk live angah aku meluat.dia xda bbaru aku ok.menempellll ajalahhh..angah tu steady aja dia..nyah ko along dari industri.semakkk aja
Quote bayan_nuri 2-3-2025 06:25 PM
MisXoXo replied at 2-3-2025 06:08 PM
Kalau dia masuk live angah aku meluat.dia xda bbaru aku ok.menempellll ajalahhh..angah tu steady aja ...

minggu lepas iol masuk live angah, masa tu ada angah dengan harris laki intan ladyana, steady & chill jah diorang 2 orang live, best layan

tak macam kalau yang sekor ni menyemak, dia aje yang nak memekak dalam live padahal live angah
Quote evilcooler80 2-3-2025 07:53 PM
Muka mcm Mawi dah
Quote MisXoXo 3-3-2025 06:27 PM
Kan..Angah chill aja..Harris tu pun matang aja..bersih aja...kalau dia ada dh mcm apa dah ..angah layankan aja..deep down Angah tu tahu aja peel kwn dia ni.tp sbb kawan sekampung kan...tp mmg meluat selama sblm kes ni lagi..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.045117 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top