CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keith Foo Jadi 'Alarm' Riena Diana Solat Subuh

1-3-2025 10:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4897| Komen: 8|Original author: tatod

2793018.jpg


Dibatasi beza agama selain berjarak usia 14 tahun bukan isu buat Riena Diana dan Keith Foo untuk saling melengkapi dan menerima segala kekurangan mahupun kelebihan antara satu sama lain.

Riena turut menyedari ramai tertanya-tanya sama ada mereka bakal disatukan dalam tempoh terdekat memandangkan sehingga saat ini kekasihnya itu belum memeluk Islam.

Cuma kata aktres itu, agama Islam bukan sesuatu yang asing buat lelaki berdarah kacukan Cina dan India itu kerana ada dalam kalangan adik-beradik Keith juga berkahwin campur.

“Doakan yang baik-baik, masanya (kahwin) akan tiba tetapi bukan tahun ini.

“Dia memang dalam fasa mendekati Islam sejak sebelum rapat dengan saya lagi dan kini banyak belajar dan mendengar ceramah tentang Islam.

“Kalau berkunjung ke rumah keluarganya pun ada ramai ipar duai Keith yang beragama Islam bahkan orang tuanya juga akan tanya jika masuk waktu solat.

“Saya nampak dia turut bersemangat untuk belajar. Macam sebelum ini, kadangkala dia yang bawa saya ke masjid dan sanggup tunggu saya selesai sembahyang.

“Subuh pun Keith yang jadi ‘alarm clock’ hubungi saya untuk kejutkan bangun solat,” katanya.


Sumber: Kosmo Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aribaariba 1-3-2025 08:29 PM
Cam sweet je couple ni
Quote LadyCarefree 1-3-2025 08:56 PM
POOH  the bear
KEY holder
Quote MisXoXo 2-3-2025 06:05 PM
Ok aja dedua ni.semoga berjodohan
Quote tasha 2-3-2025 06:37 PM
Dua org ni xadalah over...riena tu klu live dgn keith behave je... xada nk memegang keith atau buat aksi sundal....
Quote anony-mous 2-3-2025 06:41 PM
Dejavu hans isaac dlu
Quote suri33 2-3-2025 09:13 PM
Entahlah. Aku kalau org tua2 lebih sedekad dh baligh tp tak reti2 bangun subuh sendiri ni nk kena hantar ke kem jati diri.
Quote Hoola 2-3-2025 09:30 PM
baguslah..
kjut sahur sekali
also praktis posa sekali
Quote gideoncross 2-3-2025 11:38 PM
suri33 replied at 2-3-2025 09:13 PM
Entahlah. Aku kalau org tua2 lebih sedekad dh baligh tp tak reti2 bangun subuh sendiri ni nk kena ha ...

Yg ni lawak hahahaha

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.192535 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top