SELEPAS dua tahun berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti awam di Kelantan, pelakon Arja Lee mendedahkan dia kini sudah menamatkan perkhidmatannya sebagai tenaga pengajar sejak Februari ini.
Meskipun berat membuat keputusan itu, Arja atau Azharudin Ramli, 42, berkata dia mempunyai perancangan lain dan berhasrat membuka akademi seni iaitu Arja Art Academy di Kota Bharu, Kelantan pada tahun ini.
“Keputusan untuk tidak menyambung kontrak sebagai pensyarah atas alasan saya sendiri yang tidak mahu menyambung kerana ada sebab yang tak boleh dikongsikan tapi perjalanan saya akan lebih mencabar bila di luar.
“Saya gembira dengan keputusan ini sebab menjadi pensyarah jadual saya agak padat.
“Tapi perjuangan saya tidak terhenti begitu saja sebab saya akan membuka akademi sendiri iaitu Arja Art Academy dibawah Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) yang dijangka dirasmikan pada tahun ini,” katanya.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|