CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masuk Thailand kena bayar 300 baht (RM39)

1-3-2025 10:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33266| Komen: 13|Original author: Raline


Geli-cukai21-1-1536x1024.jpg


BANGKOK – Thailand akan  memperkenalkan cukai pelancongan sebanyak 300 baht (RM39) terhadap pelancong asing menjelang akhir 2025, lapor portal berita Thaiger semalam.

Cukai baharu itu dijangka mencetuskan perdebatan mengenai kesannya terhadap industri pelancongan.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Sorawong Thienthong mengesahkan bahawa bayaran itu dijangka berkuat kuasa semasa musim kebanjiran pelancong asing di Thailand, sekiranya  diluluskan dan diterbitkan dalam Warta Diraja menjelang Mac ini.

Cukai itu akan dikenakan kepada semua pelancong asing yang tiba melalui laluan udara. Mereka akan dikenakan bayaran 300 baht setiap seorang.

Pelawat yang masuk melalui jalan darat atau air juga akan dikenakan bayaran tersebut.

Sorawong memberi jaminan bahawa sistem baharu itu akan menawarkan perkhidmatan sehenti bagi menyelaraskan proses pembayaran untuk pengembara asing.

Cukai itu adalah untuk menyediakan insurans hayat dan kemalangan kepada semua pelancong asing yang memasuki Thailand. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 2-3-2025 08:10 AM
Kena cukai 39..kat border dah la hentam duit lagi..tp tu hentam duit pn ok sbb kja pantassss..
Quote misszazaz 2-3-2025 11:24 AM
tak payah g la
Quote B40tastePosh 2-3-2025 11:54 AM
Pandai buat duit,
Quote ezacbee 2-3-2025 12:20 PM
Up 3k baht.

Quote Decaffeinated 2-3-2025 04:03 PM
Cukai itu akan dikenakan kepada semua pelancong asing yang tiba melalui laluan udara. Mereka akan dikenakan bayaran 300 baht setiap seorang.

Pelawat yang masuk melalui jalan darat atau air juga akan dikenakan bayaran tersebut.

Cakap saja lah semua orang kena tak boleh ka? Aku baru nak happy masuk ikut Sadao. Ka ada lagi jalan lain?

Quote green~tea 2-3-2025 04:49 PM
300 bhat je pun.. rega semangkuk tomyam jurr... ikan talapia bakar garam baru 250 bhat sepinggan... lebih kurang
Quote green~tea 2-3-2025 04:49 PM
Tp aku gi last month, takde pun lagi cukai ni...  maybe hujung tahun baru stat kot eh
Quote annehuda 2-3-2025 05:07 PM
Thailand dan jepun mmg tgh curb overtourism ni. Banyak onar daripada faedah. Tu yg diorg perkenalkan tax mcm ni. Meanwhile Malaysia gigih kan nak tarik pelancong China datang kan
Quote kakikuDibibirmu 2-3-2025 08:21 PM
Sawadikap, kawal sikap
Quote SalenaGomez 3-3-2025 05:29 AM
annehuda replied at 2-3-2025 05:07 PM
Thailand dan jepun mmg tgh curb overtourism ni. Banyak onar daripada faedah. Tu yg diorg perkenalkan ...

Telen byk pelancong dr india datang.
Quote Decaffeinated 3-3-2025 07:15 AM
Rindu pula nak pergi Thailand where you can see people being themselves and not be judged.
Quote Samerosie 3-3-2025 07:34 AM
Cukai itu adalah untuk menyediakan insurans hayat dan kemalangan kepada semua pelancong asing yang memasuki Thailand. – AGENSI
----
It makes sense le considering mamat2 minah2 mat salleh sewa motor pastu accident langgar org, atau masuk spital ada la cover.
Quote nisako 3-3-2025 09:05 AM
wow bila kena byr ni

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056032 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top