CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Suami Aktres Hantar Sihir Kerana Dengki

5-3-2025 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28954| Komen: 31|Original author: tatod

25227887.jpg


Sudah kahwin pun iya, sudah bercerai pun iya. Tak faham juga Cik Bunga konsep mereka yang sudah berpisah tetapi masih ada rasa tidak puas hati dengan bekas pasangan.

Semuanya gara-gara dengki dan hati dipenuhi dengan sifat dendam. Perkara ini diakui sendiri oleh pelakon wanita ini kepada seorang rakan Cik Bunga yang baru-baru ini sempat bertemu muka dengannya.

Dalam pada melihat karektornya yang bersahaja dan suka berceloteh meskipun sesekali gemar mencetuskan kontroversi di media sosial, aktres ini rupa-rupanya pernah terkena sihir.

Akui aktres ini, setelah berubat atau mendapatkan rawatan dengan ustaz, dikhabarkan orang yang menghantar sihir itu tidak lain tidak bukan, bekas suaminya sendiri.

Menurut aktres ini, bekas suaminya itu bukannya nak meraih cinta atau perhatiannya, sebaliknya, matlamat utamanya adalah untuk menghancurkan kehidupan wanita itu.

Dalam erti kata lain, dia tak boleh tengok aktres ini hidup senang, ada pasangan lain atau maju dalam kerjaya yang digalas dalam dunia seni.

Dakwa si aktres tersebut, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa beratnya sakit yang ditanggung sewaktu melalui siri atau episod sihir yang dialami pada setiap kali kejadian itu berlaku sebelum ini.

Malah, pelakon ini juga mengakui sejak dah terkena sendiri, dia yang pada mulanya tak percaya pada perkara-perkara sihir akhirnya yakin bahawa ia bukan satu hal yang mustahil.

Tak perlulah Cik Bunga dedahkan siapa dia. Sebab kata si aktres, dia tak mahu bekas suaminya itu gigih hantar sihir lagi. Dia pun dah pergi dapatkan rawatan.

Pelik juga Cik Bunga dengan orang begini. ‘Gigih’ buat amalan kurafat, tak takut dosakah? Bawa-bawalah bertaubat.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 2-3-2025 10:53 PM
Siapa itu?


Quote missHaidiD 2-3-2025 11:04 PM
syapa tuuuuuu

Quote shalalat 2-3-2025 11:09 PM
Entah entah
Quote _kelly 2-3-2025 11:10 PM
jengjengjeng

marilah kita senaraikan retis2 yang sudah bercerai
Quote Potc 2-3-2025 11:13 PM
Siapa niiii?

Cik bunga tak tulis pulak dah lama ke aktress ni bercerai, anda anak tak.
Quote missHaidiD 2-3-2025 11:33 PM
Menurut aktres ini, bekas suaminya itu bukannya nak meraih cinta atau perhatiannya, sebaliknya, matlamat utamanya adalah untuk menghancurkan kehidupan wanita itu.


Allah itu Maha Melihat
Quote Seenia 2-3-2025 11:37 PM
noni kah. ada terbaca dia kena sihir.
Quote _kelly 2-3-2025 11:45 PM
Seenia replied at 2-3-2025 11:37 PM
noni kah. ada terbaca dia kena sihir.

noni tak kawen lagi kan
Quote Lampuled 2-3-2025 11:48 PM
Cikk bunga punya gossip satu pun tak pernah berjaya decode
Quote hokeypokey 3-3-2025 12:35 AM
Fatin pipah ke? dia pelakon kan
Quote miss_strangers 3-3-2025 04:57 AM
Bagi gosip pon lahai . Lain Kali bagi hint yg terang satu.
Quote shida81 3-3-2025 06:13 AM
Anju Kah
Quote hunters 3-3-2025 06:50 AM
_kelly replied at 2-3-2025 11:45 PM
noni tak kawen lagi kan

Noni pernah kawen...lepas bercerai couple dgn niezam zaidi pastu putus
Quote Acik2kepam 3-3-2025 07:28 AM
Noni tak mcm sesekali cetuskan kontroversi huhuhu
Tp dia antara yg mengaku penah kena sihir dan masih duk cite pasal tu

Sapa lagi artis yg penah ngaku penah kena sihir?
Quote lightheaded67 3-3-2025 08:15 AM
kalau dh buas tu, buas jelah dek
takleh buas cara zahir dia buas cara batin
ade ke org baik baik nk geng jin setan?
ape ape alasan tu smua point nk tunggang aje
dia pon boleh perhati kita ni buas ke tidak, dia nmpk kita punya peratusan/kemungkinan nak buas tu ade, tu dia saiko kita join dia.
tu kata, kena buang/atur/susun buas sndiri dulu bru sebok bnde lain.  
aku pon same jela bnyk kerja dgn diri sndiri, tp mmg pangkah siap siap jelah dri layan org buas.  taknak atur buas sndiri nyusahkan kita pulak nk atur susun buas dia. biol
#donecapub
Quote DeLuna85 3-3-2025 09:09 PM
Tak mungkin Emma sebab bekas laki nampak baik2 saja.
Quote Pujangga22 3-3-2025 10:09 PM
Edited by Pujangga22 at 3-3-2025 10:18 PM

1.Pelakon wanita
2.bercerai dah kawen baru
3.sesekali gemar mencetuskan kontroversi di media sosial (ada insta?facebook?twitter?tiktok)
Okg - Natasha hudson
       -Jue aziz
        -balqis semundur
Quote brunesss 4-3-2025 09:35 AM
siti saleha kahhhhhhhhh
Quote A-Are 4-3-2025 10:01 AM
I ols baru tgk jangan pandang belakang...yg bg sihir tu mmg xdisangka, dr psikiatri rupanya...luaran nampak macam jenis xpercaya..tp bila dendam sanggup buat perkara shikin...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.067793 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top