CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedih melampau kena reject awek, lelaki nekad terjun Sungai Kuantan

5-3-2025 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9970| Komen: 89|Original author: Raline

aw.PNG


KUANTAN – Dipercayai tidak dapat menerima hakikat putus cinta seorang lelaki disyaki bertindak nekad terjun ke dalam Sungai Kuantan daripada atas Jambatan Putra di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, lelaki berusia 22 tahun yang memberhentikan motosikal di atas jambatan membuat panggilan video dengan seorang wanita yang dikatakan bekas kekasihnya.

Difahamkan mangsa dengan teman wanitanya menjalinkan hubungan selama setahun sebelum putus pada Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, polis menerima maklumat mengenai sebuah motosikal ditinggalkan di atas jambatan dalam keadaan enjin hidup malam semalam telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan, saksi terjumpa sebuah telefon bimbit di atas motosikal sedang membuat panggilan video dengan seorang perempuan.

“Saksi terus bercakap dengan perempuan tersebut yang memberitahu pemilik telefon bimbit mahu terjun ke sungai sebelum saksi terus menghubungi talian 999 untuk memaklumkan kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, susulan itu operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan bermula pukul 11.30 tengah malam dengan bantuan agensi penyelamat daerah Kuantan.

Katanya, Op mencari dan menyelamat yang melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) memulakan pencarian di sepanjang Sungai Kuantan.

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 4-3-2025 12:52 PM
Aku faham perasaan pompuan tu.
Quote Skuau 4-3-2025 01:03 PM
nyah memang faham perasaan orang pompuan....
Quote Cassieopeia 4-3-2025 01:40 PM
alahai dik nak masuk ramadan ni ko pi terjun kenapa, iols syak muslimla sbb de perempuan bertudung kt situ..
Quote kakikuDibibirmu 4-3-2025 01:48 PM
Baguslah bunuh diri bulan Romadon, tak ada siksa kubur
Quote MarryPottet 4-3-2025 02:22 PM
Mmg bebetul dia terjun ke? Ada saksi yg nampak?
Atau dia sebenarnya acah2 je then lari menyorok kat memana
Kalau bebetul terjun alamatnya dah selamat dikenduri dek buayalah tu
Ankerlah pulak jambatan ni nnt
Penyewa rumah aku kerja komplek LKIM Kemunting tiap pagi sebelum pukul 5 dah lalu sini bawak moto utk ke tempat kerja
Kang tetiba berat pulak moto dia sebab ada makhluk menumpang
Quote sara_thrash 4-3-2025 02:25 PM
kalau terjun bagus la kurang seorang manusia tak cerdik
Quote copy_paste 4-3-2025 03:12 PM
Decaffeinated replied at 4-3-2025 12:52 PM
Aku faham perasaan pompuan tu.

rasa kecewa kan,sbb kalah bet dengan pakwe baru hehhehe,
Quote Skuau 4-3-2025 03:23 PM
try daftar ngn Persekutuan Renang Msia le dek...nt depa latih la nk terjun papan anjal atau platform.
Quote cmf_PariS 4-3-2025 03:58 PM
ingat bulan puasa setan dh kene ikat... aduhai ikut hati..
Quote Decaffeinated 4-3-2025 04:59 PM
copy_paste replied at 4-3-2025 03:12 PM
rasa kecewa kan,sbb kalah bet dengan pakwe baru hehhehe,

Bukan. Rimas tau orang ugut2 nak bunuh diri ni.

Quote Kitty_catz 4-3-2025 05:16 PM
ayoyo2.. hawat dhekkk oii.. sia2 mak ko beranakkan ko nak
Quote Jitu 4-3-2025 10:55 PM
ruginya amik jalan singkat bunuh diri sbb awek



Quote _kelly 4-3-2025 11:20 PM
Decaffeinated replied at 4-3-2025 12:52 PM
Aku faham perasaan pompuan tu.

perasaan lega kan
Quote sukacactus 5-3-2025 05:56 AM
Elokla jadi gak dia terjun
Kurang sorang laki lemahhh
Quote lightheaded67 5-3-2025 07:21 AM
seiring naik umor, kite akan blajar utk terima atau bolayan atau move on thadap situasi di reject/ tidak disukai dlm ape shj hubungan. smua org akan lalui. budak ni takde sape pedulik agaknya, bila dpt gelpren sayam sayam habis hati. org kawen pon boleh serai dek ni kan pulak kapel huhu
nasib baik dia punya extreme tu tak pergi pulak bunoh bekas aweks
Quote venom1 5-3-2025 08:48 AM
Pernah mengalami situasi kena reject dengan awek dulu walaupun dah couple setahun..pokcik faham perasaan budak lelaki tu
Quote kotakbaju 5-3-2025 08:54 AM
venom1 replied at 5-3-2025 08:48 AM
Pernah mengalami situasi kena reject dengan awek dulu walaupun dah couple setahun..pokcik faham pera ...

Nasib la pokcik tak pi terjun sungai kan
Quote syamzana 5-3-2025 09:06 AM
bagus la dia tak menyusahkan org lain kecuali diri sendiri+fmly+abam bomba
jrg org laki peel camni, biasa kene reject dia p hempuk x-gf biasa sama2 sakit kekdahnya
Quote copy_paste 5-3-2025 09:27 AM
Decaffeinated replied at 4-3-2025 04:59 PM
Bukan. Rimas tau orang ugut2 nak bunuh diri ni.

buat live la ajak ramai2 tengok

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.049583 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top