CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ia Kemenangan Kecil" - Suami Zahnita Wilson Syukur Bebas Dakwaan Dera Anak

5-3-2025 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32027| Komen: 26|Original author: tatod

3192746.jpg


SUAMI model Zahnita Wilson berkongsi khabar gembira apabila mahkamah membebaskan dirinya daripada dakwaan mendera empat orang anaknya.

Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, berkata, anak-anaknya kini dibenarkan bermalam di rumahnya selain dapat meluangkan masa bersama di hujung minggu.

"Mahkamah telah menolak dakwaan bahawa saya mendera anak-anak saya.

"Sekarang, saya dapat berjumpa mereka setiap hari Sabtu dan mereka boleh bermalam dua kali sebulan.

"Ia kemenangan kecil, tapi saya tetap bersyukur!," katanya.

553 (3).jpg


Zackery berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.

Bagaimanapun Zackery tidak menyatakan secara terperinci mengenai dakwaan berkenaan.
Dalam hantaran tersebut dapat dilihat dia bersama tiga orang anaknya menghabiskan masa dengan beriadah di Sungai Lembing, Pahang.

Kata Zackery dia bersyukur dengan keputusan tersebut memandangkan sebelum ini hanya dapat meluangkan masa selama dua jam setiap kali bertemu.

"Alhamdulillah. Seharian keluar bersama anak-anak (si nombor dua sahaja tak ada, tapi tak mengapa).

"Selepas dua bulan hanya dapat jumpa mereka dua kali sebulan selama dua jam setiap kali," ujarnya.

Sementara itu, usaha mStar untuk bertanya lanjut mengenai keadaan dia dan anak-anak tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

Pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Menerusi temu bual bersama mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri.

Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Pada 4 Disember 2024, Zachery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas dua tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.

Bagaimanapun Zachery mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Untuk rekod, Zackery mendirikan rumah tangga dengan Zahnita pada 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayawifenikmie 2-3-2025 07:30 PM
anak anak semua ikut muka ayah
Quote noor2 2-3-2025 08:07 PM
Anak2 mcm ikut muka mak...yg kecik tu sebijik
Quote Orenn1 2-3-2025 08:16 PM
Pulakkk mmg plot t ist betulll. Zmn skrg ni susah nak percaya 100% watak isteri teraniaya kat socmed ni takut terlebih skrip, mmg kena dgr dr dua2 belah pihak.
Quote Mahathirina 2-3-2025 08:17 PM
noor2 replied at 2-3-2025 08:07 PM
Anak2 mcm ikut muka mak...yg kecik tu sebijik

Dah buang mak ke?
Quote DeLuna85 2-3-2025 08:20 PM
Tapi memang pun zahnita takda cakap dia dera anak kan?
Quote fadz84 2-3-2025 08:28 PM
DeLuna85 replied at 2-3-2025 08:20 PM
Tapi memang pun zahnita takda cakap dia dera anak kan?

Tu la ada ke ek? Dia ckp dia yg kena pukul kan?
Quote ezacbee 2-3-2025 08:35 PM
Bini yg kena dera, bukan anak2.

Mungkin ex dia ni dengan anak2 mmg baik. Dengan bini jadi baran. Ada orang spesis camni. 2 karektor yg berbeza.
Quote primarikey 2-3-2025 11:35 PM
DeLuna85 replied at 2-3-2025 08:20 PM
Tapi memang pun zahnita takda cakap dia dera anak kan?

Tu la...dr awal zani x pernah sebut ex nya ni dera ank...dia cuma ckp dia yg didera kn
Quote LadyCarefree 3-3-2025 12:03 AM
Orenn1 replied at 2-3-2025 07:16 PM
Pulakkk mmg plot t ist betulll. Zmn skrg ni susah nak percaya 100% watak isteri teraniaya kat socmed ...

iols pula setelah tahu betapa tak beradabnya dia minta resepi pai mak mentua pastu buat berniaga, memang dah makin tak suka. Dia pun suka menganjing netizen yg mana komen2 yang dia tak suka. Mengaku diri supermodel. Semua red flag.
Quote Orenn1 3-3-2025 12:11 AM
LadyCarefree replied at 2-3-2025 04:03 PM
iols pula setelah tahu betapa tak beradabnya dia minta resepi pai mak mentua pastu buat berniaga,  ...

Betul, part tu mmg nampak tak elok betul perangaii dia. Mintak resepi mil tapi boleh tak bagitahu nak buat bisnes sedangkan mil dia pun buat jual, mmg tak elok pun perangaii. Mil dia found out dr social media dia kan dia buat beniaga, tak malu betul buat perangai jahat mcm ni. Dia ni pun mmg ada perangaiii tqk elok, taklah kata laki dia betul tapi dia sendiri pun ada tak kena. Anak pompuan yg sulong pun tak side dia, jarang betul anak tak side mak ni. Adalah tu. Seronok lps tu dpt perhatian huh mmg inilah modal retis pompuan smn skrg jual kisah rmhtangga buat duit huh
Quote prince_marhaen 5-3-2025 12:28 PM
Kuatnya genetik karipulei...
Tak dapat anak pun takpe la Zahnita, hari2 nampak muka ex-laki. Haha.
Btw, meols pun suspicious dengan claim-claim Nita... macam banyak lagi yang laki sheols simpan ye.
Tapi laki pun 99% ada ciri-ciri narsis, termasuk anak sulung yang dah macam Aci Kari muka & badan dia tu..
Quote BungaKencana 5-3-2025 12:33 PM
setahu aku, kes dia ni sbb pkul bini.. takde pulak keluar kes dera ank2..
Quote ina_na 5-3-2025 01:00 PM
Bg je anak2 kat x... anak2 pun ikut muka apak nye...mak nye dah boleh free,pasang body,kumpul reta sendiri..x yah nak sengsara dah...npd ni jgn bg muka..dia nak anak,ambik bg... Anak2 nk apak nye pun lantak situ..sudah2 la duk dlm keadaan yg menyakitkN...selamatkN mental Dan bdn sendiri
Quote None68 5-3-2025 01:32 PM
Masa bila plak si suami dera anak2? News ni biar btol, kan Z ckp dia yg kena dera! Anak2 semua muka suami, x sedap mata memandang. Better bg suami jaga, besar nanti tau la budak2 cari mak balik. Sekarang buatlah pie tu byk2, cari duit byk2. Jaga diri, jaga kesihatan.
Quote Orion_Onion 5-3-2025 02:58 PM
Pakcik ni kawen zahnita ada gen omputih pun gen pakcik ni lg kuat..hbs kaler kicap sekor2 ank dia even zahnita claim xcinta laki ni dan byk kali nk cerai n mental sbb laki ni

Why ank pakcik zarina amazon sikit pun xlekat genetic Kelly heshe kat sky...plus slow mental development sebijik plak macam Azad Azil ek.
hihihihihih
Quote BoongaKertas 5-3-2025 03:28 PM
bukan mmg alegasi dia hanya utk pukul wife kan. tak pernah baca lak pukul anak2.
Quote opie5662 5-3-2025 04:27 PM
Kan dia bg kata dua..nk cerai kene gugurkan tuduhan. Maybe la Zahnita tarik balik kot.
Quote Purplehaz 5-3-2025 05:56 PM
Always be easy with father can do anything kan, dgn mak pula always strict disiplin.
Anak yg last boy muka zahnita kulit cerah..tp autism kan according to bapanya.
Quote Piramida 5-3-2025 07:56 PM
"Selepas dua bulan hanya dapat jumpa mereka dua kali sebulan selama dua jam setiap kali," ujarnya.

Kenapa awal tu mahkamah bagi kebenarkan 2 jam je? Mesti ada sbb.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.182499 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top