CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura Teruja Fatimah Mula Belajar Puasa

5-3-2025 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33316| Komen: 32|Original author: tatod

fazura-fatima.jpg


KUALA LUMPUR: Aktres Nur Fazura meluahkan rasa teruja apabila anak perempuannya, Nur Fatima Aisya Abdul Fattah akan mula belajar berpuasa pada Ramadan ini.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin memberitahu dia sudah mula mendidik anaknya itu mengenai kewajipan berpuasa sejak tahun lalu.

"Fatima semakin membesar dan mula faham apa itu puasa. Tahun lalu, kami sudah terapkan dan didiknya mengenai kewajipan berpuasa.

"Tapi, masa tu Fatima baru berusia tiga tahun. Jadi, tahun ini dia lebih memahami dan beritahu nak cuba berpuasa," katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, sebagai ibu, Fazura turut berasa bangga dengan semangat yang ditunjukkan Fatima, 5, untuk menunaikan rukun Islam keempat itu pada usia masih kecil.

"Fatima pun sudah bersekolah sekarang. Jadi, bila balik sekolah mungkin penat.

"Kalau dapat puasa separuh hari pun saya sudah bersyukur," ujar pelakon filem Dendam Pontianak ini.

WhatsApp-Image-2023-04-26-at-7.08.25-PM.jpeg


Beralih kepada perkembangan kerjaya lakonannya, Fazura berkata, buat masa ini, dia masih lagi berehat.

"Setakat ini tiada sebarang perancangan untuk berlakon. Selain sibuk dengan urusan bisnes, Fatima pun memang tak boleh nak berenggang dengan saya.

"Jadi untuk tinggalkan Fatima lama-lama, sebulan dua ke luar negara, memang agak sukarlah.

"Tempoh paling lama saya pernah berpisah dengan Fatima adalah tiga malam. Itu pun atas urusan kerja," ujar Fazura.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 5-3-2025 12:24 PM
Edited by doubleA at 5-3-2025 12:26 PM

Tak sanggup iols nak suruh anak 5 tahun puasa lagi, walaupun separuh hari, pergi sekolah pulak tu. Tadika anak iols pun galakkan bawa bekal sendiri tapi tadika sedia la biskut dan air. Apa yg dorang paham selain lapar, dahaga dan dapat pahala? Dalam islam pun disuruh ajar solat dulu sebelum puasa. Dah la anak iols kurus je disuruh puasa pada iols umo  5 tahun masih terlalu awal. Dia aware kami puasa tapi kami tak suruh la dia puasa. Dgn cuaca panas, risau dehydrated.

Anak org lain biar kome lah
Quote nolya 5-3-2025 01:12 PM
Memagang kpd prinsip melentur ketika rebung, OK je kalau ada yg melatih anak2 bertatih2 puasa, mungkin sampai 11 pg. je.  Tengok keadaan, kesaggupan dn ketahanan si anaklah berpuasa. Jgn dipaksa.  Jgn lupa anak harus diajak bersahur dn terapkan makna sahur.  Ajak juga solat berjemaah.  Kalau anak tak pandai baca lagi, ikut je pergerakan: qiam, rukok, sujud dn memberi salam. Hari ini pun sudah ada telekong kanak2, so tak ada isu untuk kanak2 blj solat. Hanya terserah kpd inisiatif makayah menyegerakan didikan Islam kpd anak2.   
Quote marchikobonzo 5-3-2025 01:56 PM
Good job nyamma..mula2 ni kita puasa yang yok dulu, dah besar nanti puasa penuh ok?
Quote Myhappyending 5-3-2025 02:03 PM
Sedihla xdpt tgk mereka bertiga beraya bersama sedondon lg[em:9:]
Quote sharlenetexas 5-3-2025 02:18 PM
Nmpk comel pulak tudung bawal tu.


Quote snowy.winter 5-3-2025 02:18 PM
Myhappyending replied at 5-3-2025 02:03 PM
Sedihla xdpt tgk mereka bertiga beraya bersama sedondon lg[em:9:]

ha'ah, sedih jugak.. tapi kalau gambar diorang berdua je pun tetap cantik kot, insya Allah. nak buat macamana...
Quote BoongaKertas 5-3-2025 03:24 PM
good job nyamma. dia nmpk kecil mcm tu, tp iols rasa dia berjiwa besar. pengaruh org2 sekeliling memainkan peranan. and vocab dia banyakkkkkkkk. iols suka.
Quote jihyomelly 5-3-2025 05:20 PM
nyamma boleh!!! terpulang pada mak pak memasing nak start posa umur brapa..mak pak je paham ketahanan anak memasing..ada ok ada tak ok..yg pasti bila dah akil baligh wajib ber puasa
Quote mrsLucky 5-3-2025 06:38 PM
fazura ni kalau senyum sangat sweet...her eyes pon smile...
Fatima ni i tengok matured for her age...boleh lah puasa setakat mana yang dia boleh..
Quote nolya 5-3-2025 07:17 PM
Myhappyending replied at 5-3-2025 02:03 PM
Sedihla xdpt tgk mereka bertiga beraya bersama sedondon lg[em:9:]



Mawar merah mengharum wangi
Tersusun sejambak dlm jambangan
Suasana nan indah tak wujud lagi
Memori kekal dlm kenangan

Buah asam buah kedondong
Buah salak dari Medan
Bukan salah ibu yg mengandung
Sesuai taqdir permintaan badan
Quote TomyamPuteh 5-3-2025 07:20 PM
Puasa kejap2 pun ok je. Latihan membawa kesempurnaan kata acik2 terpaling.
Quote nolya 5-3-2025 07:26 PM
Edited by nolya at 5-3-2025 07:28 PM
snowy.winter replied at 5-3-2025 02:18 PM
ha'ah, sedih jugak.. tapi kalau gambar diorang berdua je pun tetap cantik kot, insya Allah. nak bu ...

kayu reput mudah patah
di wajah mu Fatimah, ada Fatah
Quote ninyahnoks 6-3-2025 08:20 AM
Nanti mommy baru boleh ajar mengaji.
Quote snowy.winter 6-3-2025 08:51 AM
nolya replied at 5-3-2025 07:26 PM
kayu reput mudah patah
di wajah mu Fatimah, ada Fatah

hehe betul la tu, lagi-lagi anak perempuan cenderung ikut muka ayah kan
Quote snowy.winter 6-3-2025 08:56 AM
mrsLucky replied at 5-3-2025 06:38 PM
fazura ni kalau senyum sangat sweet...her eyes pon smile...
Fatima ni i tengok matured for her age.. ...

iya, wajah dia lembut. ingat lagi dalam satu award show, tokrosyam present dengan dia, puji dia depan-depan cakap pelakon malaysia paling cantik.. masa tu saya takut pelakon perempuan lain jeles..
Quote A-Are 6-3-2025 02:09 PM
fatimah makin besar makin comel lah
Quote Manusiabesa 6-3-2025 02:17 PM
Myhappyending replied at 5-3-2025 02:03 PM
Sedihla xdpt tgk mereka bertiga beraya bersama sedondon lg[em:9:]

Sebuk nk sedih dgn perceraian artis.
Ko jaga je la femili ko leklok aku tkot thun dpn ko pulak xberaya dgn lki ko.
Jaga hal kluarga masing2 sudah.
Mcm la fazura tu kenal ko.
Mmg takk lah fazura nk kenal ppuan jongang busuk kepam bau serai halia..
Bawak2 la sedo diri
Klu allah yg takdirkan marriage depa terlerai hg pulak sapa nk paksa2 soh depa stay? Allah nk dgr arahan hg?
Bodoh mcm sial. Jgn bls aku xkn bls dh komen2 benak mcm ko. Pegi mampos
Quote _kelly 6-3-2025 02:19 PM
doubleA replied at 5-3-2025 12:24 PM
Tak sanggup iols nak suruh anak 5 tahun puasa lagi, walaupun separuh hari, pergi sekolah pulak tu. T ...

aah anak orang lain biar la tapi iols start puasa sebelum tadika jugak..alhamdulillah takde muntah pengsan ke apa tapi faz pon ada mention yang fatima nak puasa, bukan dia suruh pon sooo
Quote Incanto 6-3-2025 03:26 PM
A-Are replied at 6-3-2025 02:09 PM
fatimah makin besar makin comel lah

betul...dia comel sbb gaya dia
seronok tgk dia communicate

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.357358 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top