CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bonda Rozita sah dah kahwin baru dengan lelaki berkumis tebal

6-3-2025 11:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11343| Komen: 125|Original author: Raline

b.PNG


Teka-teki mengenai dakwaan usahawan Rozita Ibrahim sudah bercerai dan kembali bertemu jodoh akhirnya terjawab apabila salah seorang anaknya tampil menjelaskan perkara sebenar.

Nur Ain Sufiah atau mesra disapa Ain mengesahkan Rozita sudah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki berkumis tebal yang muncul dalam video siaran langsungnya sebelum ini.

Ain menyifatkan perkahwinan itu sebagai ketentuan Allah dan rezeki ibunya sekali lagi bertemu jodoh selepas bercerai.



"Ajal, maut dan jodoh ditangan Tuhan. Mereka sudah bernikah secara halal dan perkara itu perlu diraikan.

"Mohon netizen jangan kecam berlebihan. Rezeki mak saya kahwin baru," katanya.

Ain berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok.

Dalam pada itu, Ain menjelaskan mereka sekeluarga menerima perkahwinan tersebut secara terbuka.


Malah jelas Ain mereka menerima kehadiran bapa tiri dengan seadanya dan memandang lelaki tersebut sebasgai kekasih baharu ibunya.

"Kami anak-beranak semua dalam keadaan baik, mummy dan daddy juga okay. Kalian tak perlu risau. Kami sekeluarga okay dengan situasi kami sekarang.

"Kami terima lelaki itu seadanya tapi adik-beradik memandang dia sebagai kekasih baru mummy," ujarnya.

Menjawab mengenai punca penceraian Rozita dengan bekas suami, Ain enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.

Jelas Ain, Rozita juga berdiam diri mengenainya kerana enggan mengeruhkan keadaan selain ia adalah perkara peribadi.

"Punca perpisahan itu kalian tidak perlu tahu kenapa. Itu privasi keluarga kami dan orang luar tidak perlu tahu... Kalau mereka tiada jodoh, kenapa kita nak paksa?

"Ada segelintir tanya mengapa mummy tak mahu beri penjelasan sebab kalau buat akan dikecam, kalau tak buat pun tetap akan kena kecam," katanya.



Bagaimanapun kata Ain, dia tampil membuat penjelasan bagi pihak ibunya kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah tentang Rozita.

Sebelum ini, kecoh di media sosial dakwaan Rozita bertemu cinta baharu selepas sosok seorang Lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.

Telahan semakin rancak apabila pelakon Rebecca Nur Al Islam juga dikatakan turut meninggalkan komen pada sesi siaran langsung tersebut dengan memanggil Rozita sebagai 'kakak iparku'.

Malah lelaki sama juga muncul di Instagram story Rozita sehingga menguatkan lagi dakwaan mereka sudah berkahwin.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 5-3-2025 01:22 PM
Yati juga tenang2 aman2
Sambil tunggu rumah agam sheols siap..
Bagus la si edy tarik yati dari mak yg terpaling toxic ni
Quote Aneem 5-3-2025 01:26 PM
Edited by Aneem at 5-3-2025 01:28 PM

Anak dia mcm serba salah
Nak kongsi luahan hati tp kalau salah ckp tak dpt jadi pewaris
Gitu je bonda kecut ni ugut anak dia
Dari ketebalan kumis jantan tu dh boleh agak jenis kaki kikis reta
Tgk je la brp lama nenek kecut ni bertahan
Skrg ni tgh fasa honeymoon dan still telan makjun
Esok dh takde makjun, goboh le badan kau
(nak carut lebih2 tapi siang lagi)
Quote KBW2 5-3-2025 01:43 PM
"jika ingin menjadi waris"

Acik Rozita pikir masak-masak dah ke sebelum taip dan post di  socmed ni? Lain macam ayat tuh.

Tadi pagi dia ada live. Dia macam terganggu kot dengar komen orang pasal kawen baru ni. Tapi dia macam nak cuba control masalahnya terkeluar gak. Dia punya suara kdang naik kadang turun. Pastuh dia terkeluar cakap pasal apa dia tak sambung tulis blog dia--sebab aku tak sanggup nak tulis keburukan bekas suami aku sampai buat report polis blablablabla." Pastuh tak lama tuh dia tamatkan live. Tak tahulah bekas suami mana satu yang dia buat report polis tapi baru2 ni dia ada kat mahkamah pastuh caption pasal tuntut keadilan.
Quote KBW2 5-3-2025 01:46 PM
zuriey replied at 5-3-2025 01:22 PM
Yati juga tenang2 aman2
Sambil tunggu rumah agam sheols siap..
Bagus la si edy tarik yati dari mak y ...

Tarik jauh mana sangat chuols, sendayu tinggi tuh tetap milik rozita, managed jer by both. Bisnes derang hijab.co dan skin.co. Yati tetap anak rozita. Tak putus air kalo dicincang.
Quote KBW2 5-3-2025 01:49 PM
Yang paling obvious rozita dan alipsokri mmg sama peel, sama kelaku, sama kepala. I rasa both of them ada ADHD yang tak didiagnosed. Sungguhpon acik Rozita pernah cakap dia ada autism.
Quote KBW2 5-3-2025 02:00 PM
Ada orang ingat laki tuh Vincent Tan lol. Tapi betul gak, ada iras.
Quote gorjeous 5-3-2025 02:12 PM
Tahniah la bonda.
Quote prince_marhaen 5-3-2025 02:22 PM
Untung dah tua-tua masih betukar ganti batang.. Hihihi..
Takyah cakap la kawin sebab nak teman hidup sahaja la kan.... kalau baca blog Nekta dulu-dulu pun boleh agak she orang macamana...yang mana untung & boleh senangkan lagi sheols, sheols grab je...senangkan bukan drpd segi harta je, mungkin senangkan cikpet sheols lebih utama... hehehehehe
Quote ainonymous 5-3-2025 02:26 PM
Aneem replied at 5-3-2025 01:26 PM
Anak dia mcm serba salah
Nak kongsi luahan hati tp kalau salah ckp tak dpt jadi pewaris
Gitu je bond ...

dengar cerita sikumis dah minta kereta mahal. untunglah dapat bini kaya
Quote edoraixora 5-3-2025 02:32 PM
yang si rebecca pun sama naik
ada lalu kt ig ke tt, gambar dia dgn abang dia siap kapsyen, ini abang sulung, ini adik bongsu'
nak tunjuk yg dia adik ipar rozita, karang netizen taktahu pulak
Quote KBW2 5-3-2025 02:33 PM
prince_marhaen replied at 5-3-2025 02:22 PM
Untung dah tua-tua masih betukar ganti batang.. Hihihi..   
Takyah cakap la kawin sebab nak t ...

Kalo gituh pilihlah yang lebeh ganteng.
Quote zuriey 5-3-2025 02:33 PM
KBW2 replied at 5-3-2025 01:46 PM
Tarik jauh mana sangat chuols, sendayu tinggi tuh tetap milik rozita, managed jer by both. Bisnes  ...

Yati mana kerja dgn rozita lagi lama dah berhenti
Itu yg keluar tudung dan skincare dia sendiri
Quote KBW2 5-3-2025 02:36 PM
zuriey replied at 5-3-2025 02:33 PM
Yati mana kerja dgn rozita lagi lama dah berhenti
Itu yg keluar tudung dan skincare dia sendiri

Yati tak jaga sendayu tinggi lagi?
Quote cikdilla 5-3-2025 02:40 PM
Sebab tu perkahwinan kene diwar2kan. Taknak jadi fitnah. Smoga acik rozita kekal bahagia hingga ke jannah..
Quote BellaThePrinces 5-3-2025 03:03 PM
masa kes ni belum pecah, ada yati buat live hint2 perkara ni...last tu ada yati sebut "perasaan dia skrng dia dah redha aje sbb kalau benda ni tak jadi pun akan banyak lagi pilihan yang lain...jadi skrng dah boleh stop...". mcm maksudnya kalau maknya tak kawin dgn yg ini..tetap akan ada pilihan yg lain...gitu penangan bonda...

malam td tertengok live Ain...sopan dan tertib budaknya...mesti munurun perangai Daddy kan....yang kelakarnya masa tgh bcerita tu tetiba bonda masuk live Ain....dan2 Ain terus end live
Quote KBW2 5-3-2025 03:05 PM
BellaThePrinces replied at 5-3-2025 03:03 PM
masa kes ni belum pecah, ada yati buat live hint2 perkara ni...last tu ada yati sebut "perasaan dia  ...

Kenapa dia kahwin tak bagitahu Yati eh? Yati tuh bukan macam blur2 dan dapat tahu daripada orang lain? Pelik gak, Yati anak sulung dia.
Quote BellaThePrinces 5-3-2025 03:19 PM
KBW2 replied at 5-3-2025 03:05 PM
Kenapa dia kahwin tak bagitahu Yati eh? Yati tuh bukan macam blur2 dan dapat tahu daripada orang l ...

dari cerita yati mmg dia tau dari org lain...org siap hantar gambar lg...

dan yati kata dia siap pergi majlis bondanya sambil berdoa dia tak meroyan kat majlis tu...

tgk IG bonda....geli pulak dok kalam bonda kalam bonda....perangai tak seiring dgn apa yang di kalam2 tu..




Quote KBW2 5-3-2025 03:30 PM
BellaThePrinces replied at 5-3-2025 03:19 PM
dari cerita yati mmg dia tau dari org lain...org siap hantar gambar lg...

dan yati kata dia siap  ...

Mesti kecewa gak kalau iols jadi Yati, dibelakangkan oleh mak sendiri.
Quote mehmet 5-3-2025 03:35 PM
Too much chemicals infused.

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.188779 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top