Seorang pelajar PhD berusia 28 tahun dari China, Zhenhao Zou, didapati bersalah oleh mahkamah di London atas pertuduhan memasukkan dadah dan merogol 10 wanita, antara tahun 2019 hingga 2023.
Pihak berkuasa bimbang bahawa Zou, pelajar peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Phd) jurusan kejuruteraan di University College London (UCL), mungkin mempunyai sehingga lebih 50 mangsa 'tambahan' lain, sekali gus menggesa mereka agar tampil ke hadapan.
Polis percaya Zou, seorang pesalah seks paling prolifik di United Kingdom, bertanggungjawab untuk banyak lagi jenayah.
Zou dikatakan menggunakan alkohol dan dadah untuk 'melumpuhkan' mangsa-mangsanya sebelum melakukan serangan seksual.
Polis turut menemui bukti dalam bentuk video yang menunjukkan tindakan berkenaan.
Kejadian tersebut berlaku di pelbagai lokasi di London dan China, dengan mangsa-mangsa berusia antara 18 hingga 30 tahun.
Pihak berkuasa juga menemui pelbagai barang yang diambil daripada mangsa, termasuk barang kemas dan getah rambut yang dipercayai digunakan sebagai 'cenderahati' oleh Zou.
Bagaimanapun Zou mendakwa bahawa interaksi seksual dengan mangsa adalah secara suka sama suka.
Dia akan dijatuhkan hukuman pada 19 Jun depan.
Perbicaraan kes berkenaan mencuri perhatian masyarakat kerana ia merupakan salah satu kes pelaku seksual terburuk dalam sejarah Britain.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|