CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ganjaran RM44 juta untuk tangkap bekas atlet Olimpik

10-3-2025 01:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16136| Komen: 1|Original author: tatod

images (2).jpg


Washington: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran sebanyak AS$10 juta (kira-kira RM44.2 juta) untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan bekas atlet snowboard Olimpik Kanada itu yang kini menjadi ketua pengedar dadah antarabangsa.

The Guardian melaporkan, polis di Los Angeles pada Khamis berkata, Ryan Wedding yang juga dikenali sebagai "El Jefe", "Giant" dan "Public Enemy" dikehendaki kerana peranannya dalam operasi penyeludupan dadah bernilai berbilion dolar merentasi sempadan serta beberapa kes pembunuhan yang dikaitkan dengan rangkaian pengedarannya.

Wedding, yang menurut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) adalah seorang daripada 10 penjenayah paling dikehendaki di AS, dipercayai bersembunyi di Mexico di bawah perlindungan kartel dadah Sinaloa, kata pihak berkuasa.

"Peningkatan ganjaran ini seharusnya menunjukkan dengan jelas: tiada tempat yang selamat untuk Wedding bersembunyi," kata Timbalan Ketua Polis Los Angeles (LAPD) Alan Hamilton kepada pemberita.

Pemain snowboard berusia 43 tahun itu dibesarkan di Thunder Bay, Ontario, dan bertanding untuk pasukan Kanada pada Sukan Olimpik 2002 di Salt Lake City, di mana beliau menduduki tempat ke-24 dalam acara slalom gergasi paralel.

Empat tahun selepas Sukan Olimpik itu, nama Ryan Wedding muncul dalam waran penggeledahan pihak berkuasa yang menyiasat operasi penanaman ganja di British Columbia, namun beliau tidak pernah didakwa.

Pada 2010, Wedding disabitkan dengan kesalahan penyeludupan dadah selepas cuba membeli kokain daripada seorang ejen kerajaan AS dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun.

Pada masa itu, media menggambarkan Wedding sebagai "harapan Olimpik" 2010, namun beliau berusaha untuk membatalkan tuduhan itu dengan mendakwa berlaku "perilaku luar biasa" oleh pihak berkuasa AS, yang didakwa menggunakan "ejen penyamar bekas perisik KGB yang ganas".

Namun, sejak itu, beliau dikatakan menjadi seorang daripada pengedar dadah transnasional yang berkuasa dan kejam.

Tahun lalu, Wedding didakwa oleh Jabatan Kehakiman AS kerana mengetuai kumpulan yang terbabit dalam "penyeludupan kokain dan pembunuhan, termasuk terhadap orang awam yang tidak bersalah".

Wedding didakwa mengawal penghantaran ratusan kilogram kokain dari Colombia, melalui Mexico dan selatan California, menuju ke Kanada.

Polis Los Angeles berkata, operasi membabitkan Wedding kerana didakwa mengedarkan "lima tan metrik fentanyl sebulan" ke bandar-bandar di AS dan Kanada.

Wedding dan rakan seangkatannya, Andrew Clark, juga didakwa mengupah pembunuh upahan untuk membunuh individu yang dianggap sebagai halangan kepada operasinya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 9-3-2025 11:59 PM
Walter White versi coke.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.065737 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top