CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua anggota polis positif dadah ditahan di pusat hiburan

10-3-2025 01:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13881| Komen: 6|Original author: tatod

tangkap2.jpg


KUALA LUMPUR – Dua anggota polis ditahan selepas didapati positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Pudu, di sini semalam.

Kedua-dua suspek antara 55 individu yang ditahan dalam serbuan dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman berkata, kesemua individu yang ditahan berusia lingkungan 22 hingga 51 tahun.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati 49 individu membabitkan 25 lelaki dan 17 wanita positif dadah.

“Dua anggota masing-masing seorang lelaki dan wanita positif dadah jenis eramin 5 dan ketamin.

“Sembilan lagi yang ditahan negatif dadah dan kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua lagi individu turut ditahan membabitkan seorang lelaki dan wanita tempatan kerana memiliki dadah jenis erimin 5 sebanyak 0.59 gram dan ketamin (12.20 gram).

“Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan Tatacara Jenayah dan Seksyen 12(2) serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kertas siasatan tatatertib juga akan dibuka terhadap penjawat awam berkenaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misszazaz 10-3-2025 11:28 AM
pulak
Quote pestol 10-3-2025 11:53 AM
pulis tangkap pulis
Quote Dalcott 10-3-2025 01:08 PM
mato2 ke atau saja cr penyakit
Quote Dalcott 10-3-2025 01:08 PM
mato2 ke atau saja cari penyakit
Quote Decaffeinated 10-3-2025 02:48 PM
55 ditangkap = 49 positif + 9 negatif ???

49 positif = 25 lelaki + 17 wanita ???

apa punya math ni...
Quote Decaffeinated 10-3-2025 02:52 PM
Terganggu dengan nombor sampai lupa nak komen

Recreational drug ni bahaya ka, if not reclass ja tak boleh ka? Polis pun manusia asal jangan kacau orang, salah guna kuasa yang itu memang kita perangilah.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.028628 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top