CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Wendy Williams campak nota melalui tingkap, lambai tangan minta bantuan

12-3-2025 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5847| Komen: 0

 


PENGACARA sensasi Wendy Williams terpaksa dikejarkan ke di Hospital Lenox Hill, New York City selepas mengalami situasi cemas yang tidak dapat dipastikan puncanya.

Memetik laporan TMZ, Wendy, 60, menulis nota meminta bantuan ketika sedang dirawat seorang pakar psikiatri di kediamannya.

Dia kemudian menjatuhkan nota berkenaan melalui tingkap sebelum melambai-lambai tangan meminta bantuan orang ramai di jalanan.

"Tolong Wendy!" tulisnya di nota berkenaan.

Tidak lama selepas itu, Wendy dibawa keluar oleh pihak polis daripada bangunan itu dan terus menaiki ambulans.

Katanya, Wendy tidak berpuas hati dengan keputusan ujian kesihatan yang dipercayai semakin merosot sehingga memerlukan dia mendapat penjagaan ketat.

 


Difahamkan dia sudah terkurung di bilik rawatan sejak tahun 2022 lalu bagi merawat penyakit dementia.

Pada 2024 lalu,  Wendy mendedahkan dirinya menghidap penyakit dementia atau nyanyuk disebabkan mengalami kemerosotan fungsi otak.

Dia juga menderita penyakit afasia yang menyebabkan kelancaran atau kebolehan berkomunikasi terjejas.

 
SUMBER: mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.034408 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top