Seorang lelaki sanggup menempuh perjalanan sejauh 200 kilometer dengan motosikal, semata-mata mahu bersemuka dengan isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih gelap.
Lelaki yang dikenali sebagai Piti, 37, menunggang motosikal dari Samut Prakan ke daerah Pak Chong, Nakhon Ratchasima, Thailand, bertujuan untuk membawa isterinya, Duangkamol, pulang ke rumah mereka.
Difahamkan, pasangan berkenaan yang sudah empat tahun berkahwin, sering bergaduh menyebabkan Duangkamol meninggalkan rumah.
Piti menemui lokasi isterinya selepas melihat gambar yang dimuat naik oleh wanita itu di Facebook, memaparkan gambarnya bersama pasangan baharunya.
Ketika bertemu dengan isterinya, berlaku pertengkaran yang didorong oleh rasa cemburu menyebabkan Piti menikam kekasih baru wanita tersebut sehingga mati menggunakan pisau yang dibawa bersama.
Penduduk kampung berjaya menahan Piti sehingga polis tiba.
Piti berdepan dengan dakwaan menggunakan senjata untuk menyebabkan kematian orang lain.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|