CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Parlimen terima elaun tetap RM25,700 sebulan, tidak termasuk tuntutan lain – PM

12-3-2025 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6198| Komen: 25

 


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri memperincikan jumlah elaun tetap yang diterima seorang setiap ahli Parlimen bagi menyangkal dakwaan segelintir mereka yang mendakwa gaji sangat rendah dan terpaksa berhutang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seorang ahli Parlimen adalah layak untuk dibayar elaun tetap sebanyak RM25,700 sebulan.

Ahli Parlimen juga layak menerima elaun-elaun dan tuntutan lain bagi tugas-tugas rasmi dalam negara.

Elaun dan tuntutan itu ialah elaun hadir persidangan RM400 sehari; elaun mesyuarat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)/Jawatankuasa Pilihan Khas RM300 sehari (semasa Parlimen tidak bersidang) dan elaun mesyuarat Ahli PAC RM250 sehari (semasa Parlimen bersidang).

Elaun mesyuarat RM300 sehari sekiranya hadir ke sesi taklimat rasmi dan elaun hidup harian RM100 sehari (elaun dibayar mengikut kehadiran ke Dewan atau perjalanan melebihi 32 km bagi tugas rasmi selain urusan Dewan).


Selain itu, tuntutan perjalanan (memandu sendiri, menggunakan pengangkutan awam dan udara); dan tuntutan penginapan (hotel, lojing dan dobi).

Untuk elaun dan tuntutan tugas rasmi luar negara pula setiap ahli Parlimen menerima elaun makan RM340 semalam; elaun hidup harian RM170 sehari; tuntutan penginapan (hotel dan dobi); tuntutan pengangkutan (pengangkutan darat dan udara); kerugian pertukaran mata wang asing; dan tips 25% daripada elaun makan.

“Sehubungan itu, apabila dicampurkan jumlah ini terdapat ahli Parlimen yang menerima pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM40,000 seperti yang Perdana Menteri maklumkan sebelum ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

Oleh itu, katanya, Perdana Menteri sekali lagi menasihatkan setiap ahli Parlimen untuk bijak mengurus soal kewangan selain sentiasa memikir dan mengutamakan rakyat yang menerima pendapatan jauh lebih rendah daripada mereka. 

SUMBER – MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 12-3-2025 12:36 PM
sialah, elaun tinggi, tapi kerja mcm babi
Quote ajinomotonosuga 12-3-2025 12:45 PM
Andyscenes replied at 12-3-2025 12:36 PM
sialah, elaun tinggi, tapi kerja mcm babi

rakyat yang menternak babi babi tu sme !

tengok babi babi tu sme senyum ketawa kegumbiraan kekenyangan!

berbaloi dulu baring atas jalan tar .masuk kuo jel..last last konyang sekoge 10 keturunan

Sayaaa lagi relaaa makan babi dengan Guan Eng dari makan ayam dengan Najib!!!

sapa cakap tu? masihkah kao ingat?
Quote Andyscenes 12-3-2025 12:50 PM
ajinomotonosuga replied at 12-3-2025 12:45 PM
rakyat yang menternak babi babi tu sme !

tengok babi babi tu sme senyum ketawa kegumbiraan kekeny ...

betul la tu, rakyat yang menternak dorg. skrg rakyat yg rasa
Quote pengecatbintang 12-3-2025 01:01 PM
dah banyak elaun pon masih nak menyakau

tapi

rekyat jugak yg undi depa yg sakau tu

sapa bodo?

rekyat yg undi pemimpin sakau
atau

penyakau yg diundi tu?

bodo mcm lombu


Quote Radzor 12-3-2025 01:02 PM
3 tahun dapat pencen
Quote sapeka 12-3-2025 01:05 PM
Wow elaun shj
Fuh
Quote Decaffeinated 12-3-2025 02:10 PM
Apa sahaja lah yang YB ni buat dapat gaji tetap macam ni. Sidang parlimen yang boleh claim tu pun ada yang tuang.
Quote annehuda 12-3-2025 02:13 PM
lepas tu MP-MP ni ada pulak suruh kecikkan penjawat awam. gaji diorg sebulan leh menggajikan lg ramai penguatkuasa kot
Quote copy_paste 12-3-2025 02:23 PM
pastu lepas habis penggal dpt pencen ,
patut pencen diorg pun mansuh jugak mcm penjawat awam,
Quote kakikuDibibirmu 12-3-2025 02:30 PM
Decaffeinated replied at 12-3-2025 02:10 PM
Apa sahaja lah yang YB ni buat dapat gaji tetap macam ni. Sidang parlimen yang boleh claim tu pun ad ...

[youtube]4Fpi89t9v04[/youtube]
Quote Skuau 12-3-2025 04:00 PM
yg budak 7E kena keja lebih drp 15 bulan.
Quote mikasa 12-3-2025 08:02 PM
annehuda: lepas tu MP-MP ni ada pulak suruh kecikkan penjawat awam. gaji diorg sebulan leh menggajikan lg ramai penguatkuasa kot


paling mudah,,minta netizen report salah laku org awam di jalan raya,,kurang beban penguatkuasa berkaitan,duduk diofis mengadap pc je

Quote mikasa 12-3-2025 08:03 PM
copy_paste replied at 12-3-2025 02:23 PM
pastu lepas habis penggal dpt pencen ,
patut pencen diorg pun mansuh jugak mcm penjawat awam,

sapa nak tutup periuk nasi sendiri
Quote kakikuDibibirmu 12-3-2025 08:18 PM
Makan gaji buto!
Quote Firenzza 12-3-2025 09:04 PM
Nuart dpt elaun piem, gji mp+ elaun, dpt gaji & elaun menkew lg ...elaun chairman,  bla bla bla...mmg cirit la
Quote miss_white 12-3-2025 09:59 PM
Staff MP pun dpt elaun.semua masyuk




Quote AbukRokok 12-3-2025 10:29 PM
mereka masih dpt pencen
tiada tanda2 utk dibincang dlm parlimen
Quote cicicumel 12-3-2025 11:11 PM
Thn lps kata nk kaji pencen, skrg dh senyap....
Quote Decaffeinated 13-3-2025 12:08 AM
mikasa replied at 12-3-2025 08:02 PM
paling mudah,,minta netizen report salah laku org awam di jalan raya,,kurang beban penguatkuasa be ...

Bertindak atas aduan itu normal otherwise we'll have penguatkuasa at every corner, prying through every window. Nobody wants that, not to mention the cost.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.045166 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top