![]()
![]()
![]() Ketika itu, Mikio yang berada di bawah terdengar bunyi bising di tingkat atas dan segera naik. Ketika itu dia bertembung dengan pembunuh dan berlaku pergelutan. Pembunuh sempat menikam Mikio menggunakan pisau pemotong sashimi. Mayat Mikio ditemui terbaring di atas anak tangga paling bawah. Selesai membunuh bapa dan anak lelaki, pembunuh itu pergi mengambil pisau di dapur dan kemudian pergi ke loteng untuk mencari si ibu dan anak perempuannya pula. Yasuko dan Niina turut mati ditikam. Setelah membunuh kesemua ahli keluarga ini, dikatakan pembunuh itu tidak segera keluar, namun sempat duduk di rumah mangsa beberapa ketika sebelum melarikan diri. Bahkan, pembunuh juga turut menggunakan tandas, merawat lukanya kesan daripada pergelutan ketika mahu membunuh mangsa, makan makanan di rumah mangsa selain cuba melayari Internet dengan komputer mangsa. ![]() Pada malam kejadian itu, kakak Yasuko yang tinggal bersebelahan ada mendengar bunyi bising dari rumah adiknya itu. Namun, dia tidak mengesyaki apa-apa. Keesokan harinya, dia menelefon rumah Yasuko namun tidak berjawab. Kakak Yasuko bersama ibunya datang ke rumah. Setelah menekan loceng berkali-kali, mereka rasa curiga kerana tiada sesiapa yang menyahut atau membuka pintu. Menggunakan kunci pendua, kakak Yasuko membuka pintu rumah itu dan terkejut melihat mayat keluarga adiknya lalu segera menghubungi polis. Apa Motifnya? Kurang jelas apa motif pembunuh membunuh keluarga ini. Cuma ada beberapa teori dikaitkan berdasarkan beberapa kejadian tersebut berlaku. Ada saksi menyatakan pernah melihat Mikio bertengkar dengan pemain papan luncur yang menimbulkan bunyi bising berdekatan rumah mereka. Ada juga yang mengatakan Mikio pernah bergaduh dengan Kumpulan penunggang motosikal. Beberapa hari sebelum tragedi itu berlaku, Yasuko dikatakan ada mengadu kepada bapa mertuanya tentang kehadiran seorang lelaki asing yang kerap memakir kereta di depan rumah mereka. Juga kehadiran lelaki yang tidak dikenali berkeliaran di kawasan rumah mereka. Tidak pasti apakah kesemua kejadian di atas ada kaitan dengan pembunuh keluarga ini. ![]() Kes ini antara pembunuhan terbesar dalam sejarah Jepun apabila melibatkan lebih 246 ribu orang penyiasat dengan hampir 13 ribu bahan bukti. Melalui DNA dan cap jari yang ditemui, polis menganggarkan pembunuhnya berketinggian 170 sentimeter dengan fizikal yang kurus. Pembunuh juga dianggarkan berusia sekitar pertengahan 30-an, bertangan kanan dengan darah jenis A. Dan suspek juga berkemungkinan mempunyai darah campuran keturunan Eropah dan Asia Timur. Walau pelbagai siasatan dijalankan, sehingga kini polis masih gagal menangkap suspek. Disebabkan statue of limitions, kes ini telah digugurkan pada tahun 2010. Pun begitu, dilaporkan seramai 35 orang penyiasat masih mengendalikan kes ini pada tahun 2019. ![]() ![]() ![]() Barang bukti yang ditinggalkan pembunuh Sumber: Utusan TV |