CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuduhan kompaun berat sebelah, itu fitnah berniat jahat - Fahmi

12-3-2025 11:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14641| Komen: 5|Original author: tatod

IMG_8220.jpg


Putrajaya: Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata tuduhan terbabit nyata tersasar jauh dari realiti dan fakta sebenar.

Katanya, masih ada pihak cuba memutar belitkan fakta berkenaan kompaun berkenaan yang diizinkan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

"Saya sudah jelaskan yang dikenakan kompaun adalah syarikat pemegang lesen, yang mengendalikan stesen radio Era FM iaitu Maestra Broadcast Sdn Bhd dan bukannya era FM ITU sendiri atau ketiga-tiga penyampai radio.

"(Tuduhan) kononnya hukuman yang dikenakan berat sebelah hingga menyebabkan agama Islam ditindas, ini fitnah yang memang berniat jahat dan lari daripada realiti ataupun fakta," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Semalam, MCMC mengenakan kompaun RM250,000 kepada Maestra Broadcast Sdn Bhd kerana muat naik kandungan jelik melampau di TikTok Era FM.

Kompaun itu dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (yang dipinda pada 11 Februari 2025).

Denda itu dikeluarkan dengan kelulusan Jabatan Peguam Negara.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menjelaskan, kes membabitkan stesen radio, dua individu termasuk pelawak serta sebuah syarikat pengendali kedai serbaneka adalah tiga kategori berbeza.

"Kalau disebutkan isu berkaitan KK Mart, siasatan di bawah Kanun Keseksaan dan denda dikenakan adalah sebanyak RM60,000, melalui keputusan mahkamah manakala bagi kes (pelawak) Harith Iskander dan Cecelia Yap, kes di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) dan mereka ada kategori individu, bukan syarikat.

"Timbalan Pendakwa Raya bersetuju untuk mengenakan kompaun sebanyak RM10,000 dan isu ini tidak dibawa ke mahkamah tapi diputuskan, diizinkan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk mengenakan kompaun.

"Ingin saya ingatkan juga kesalahan ini berlaku sebelum pindaan AKM yang berkuat kuasa pada 11 Februari lalu yang mana sebelum tarikh itu, kesalahan boleh dikenakan denda di mahkamah sehingga RM 50,000 manakala selepas tarikh itu, denda dinaikkan sehingga RM500,000," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 13-3-2025 09:49 AM
Sukati ekau laa
Quote qistiena 13-3-2025 04:18 PM
Apa2 ajalah
Quote pejol 13-3-2025 04:26 PM
this is punaiiii
Quote honam 13-3-2025 04:28 PM
betul jugak apa yg dia cakap, saya sokonggggg
Quote Decaffeinated 13-3-2025 05:17 PM
Sila lah masuk cari forum. Sini ramai acik2 tak puas hati. Boleh tanya kenapa.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.082920 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top