CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadia Brian tak mahu terlepas solat Tarawih - "Alhamdulillah, saya sangat seronok dan teruja setiap kali tiba Ramadan"

13-3-2025 07:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21330| Komen: 1|Original author: Raline



Screenshot 2025-03-12 224431.png


Pelakon, Nadia Brian, 34, bersedia meluangkan masanya sepanjang Ramadan ini untuk terbabit dalam apa saja program amal dan kebajikan kerana tidak terlalu sibuk dengan aktiviti lakonan.

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkata, dia memang mengehadkan kerja-kerja penggambaran ketika Ramadan setiap tahun kerana mahu memberi tumpuan melakukan ibadah.


"Saya memang tak nak banyak sangat 'shooting' (penggambaran) ketika Ramadan kerana kita nak buat lebih banyak amal ibadat. Malah, saya pula memang menunggu bulan puasa setiap tahun.

"Alhamdulillah, saya sangat seronok dan teruja setiap kali tiba Ramadan sebab ketika inilah boleh berkumpul dengan seluruh ahli keluarga, dapat bersahur dan berbuka.

"Kemudian, di bulan puasa ini juga kita dapat buat solat Tarawih dan kurangkan aktiviti 'shooting' sebab, dalam setahun bekerja itu, memang bulan puasa saja saya kurang 'shooting'. Kalau tidak, jadual saya sangat padat," katanya.


Menurut Nadia, untuk projek lakonannya dia baru saja selesai penggambaran filem Pukau arahan

Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen bersama barisan pelakon seperti Datuk Yusry Abdul Halim, Diana Danielle, Fikry Ibrahim dan Mustaqim Bahadon.

Nadia berkata, dia sebenarnya berhasrat agar dapat mengerjakan solat Tarawih penuh pada Ramadan kali ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Saya teringin nak buat lebih banyak solat Tarawih pada tahun ini. Harap ibadah solat Tarawih itu lebih banyak dapat saya buat tahun kali ini berbanding tahun sebelumnya. Sebab, tahun lalu saya agak banyak tertinggal.

"Memang terasa rugi sangat. Jadi, Ramadan kali ini saya tekad memang hadkan kerja untuk dapat buat solat Tarawih lebih banyak," katanya.

Nadia berkata, dia turut merancang solat Tarawih di masjid yang berbeza pada setiap malam, selain mahu melaksanakan hasratnya untuk berbuka puasa di masjid yang dikunjungi itu.

Nadia berkata, dia juga pada tahun ini kurang membeli juadah berbuka di bazar Ramadan kerana meluangkan juga masa memasak sendiri di rumah berikutan menjaga pengambilan makanan hariannya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 13-3-2025 08:02 AM
Seram la ko bertudung2. Terus nampak macam rupa the nun

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.099333 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top