CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji RM3,500 tidak jamin hidup selesa, kata Ketua Penerangan PAS Selangor

13-3-2025 11:47 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21730| Komen: 24|Original author: pengecattaik

IMG_5035.jpeg


SHAH ALAM - Kos sara hidup di Selangor kini berada pada tahap membimbangkan apabila gaji RM3,500 sebulan tidak lagi menjamin kehidupan yang selesa bagi penduduknya.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Zurk Ahmad berkata, angka yang disebut dalam khutbah Jumaat bertajuk ‘Sentuhan Ramadan dalam Zakat Fitrah’ pada 7 Mac lalu adalah isyarat jelas bahawa kos sara hidup di Selangor telah melepasi tahap kritikal.


“Bayangkan, dalam negeri dikatakan paling maju di Malaysia, masih ada keluarga yang bergelut untuk menampung keperluan asas. Bukan kerana mereka malas tetapi kos sara hidup meningkat jauh lebih cepat berbanding kenaikan gaji.

“Realitinya dengan gaji sebanyak RM3,500 sebulan, ramai isi rumah di Selangor terpaksa hidup dalam keadaan cukup-cukup makan kerana separuh pendapatan habis untuk sewa rumah dan harga makanan terus melambung.

“Perbelanjaan sekolah anak semakin menekan dan bil utiliti serta kos pengangkutan menjadi beban tambahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

“Jika hal ini berterusan, apakah masa depan untuk generasi akan datang? Gaji yang dahulu mencukupi kini tidak lagi memberi jaminan kehidupan stabil.

“Bantuan kewangan yang diberikan hanyalah penyelesaian sementara sedangkan rakyat memerlukan solusi jangka panjang untuk keluar daripada belenggu kemiskinan moden ini.

Sinar Harian




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 13-3-2025 02:17 AM
BNPL kan ada.
Quote sayawifenikmie 13-3-2025 02:21 AM
RM3500/m manalah nak selesa
boleh lah cukup2 makan kot
Quote airfilterkotor 13-3-2025 03:44 AM
Dia ni memang tak penah amik tahu kaa.... RM5000 adalah kategori miskin bandar.(dalam konteks negeri maju)
Quote kakikuDibibirmu 13-3-2025 05:42 AM
airfilterkotor replied at 13-3-2025 03:44 AM
Dia ni memang tak penah amik tahu kaa.... RM5000 adalah kategori miskin bandar.(dalam konteks negeri ...

Miskin bandar memakai baju baru warna-warni;
Mengunjungi sanak kaum famili...

Quote syamzana 13-3-2025 06:17 AM
lorrrr baru keluar gua ke?
rakyat dah lama berkicau, dia ni lagging teruk sgt
Quote Radzor 13-3-2025 06:53 AM
ada yang dulu senyap slrg berbunyi.
ada yang dulu berbunyi skrg senyap.
pi mai pi mai depa jgk yg senangg.
oi ya hai. no dap no anuar no umno
Quote cm_vungtau 13-3-2025 07:18 AM
Oklah cukup makan. Kalau tak cukup makan baru la tak ok. Think positif yall.
Quote green~tea 13-3-2025 10:05 AM
Selesa tu subjective...

Selesa duk bawah jambatan ka, dalam city ka, dalam hutan ka, dalam condo ka, dalam landed house ka....
Quote green~tea 13-3-2025 10:05 AM
syamzana replied at 13-3-2025 06:17 AM
lorrrr baru keluar gua ke?
rakyat dah lama berkicau, dia ni lagging teruk sgt

Dia "selesa" duk dalam gua

Quote pengecattaik 13-3-2025 10:33 AM

[twitter]https://twitter.com/wallaun_cyber/status/1327963540238393350?s=61[/twitter]
Quote wirazam 13-3-2025 02:00 PM
kakikuDibibirmu replied at 13-3-2025 05:42 AM
Miskin bandar memakai baju baru warna-warni;
Mengunjungi sanak kaum famili...


Alamak ternyanyi la pulak...
Hampas tul..
Quote cikpah27 13-3-2025 02:50 PM
suami isteri dua dua kena kerja.. kalau x, kena berpada pada la..
Quote kakikuDibibirmu 13-3-2025 08:47 PM
Mu nok selesa ko mu nok isle?
Quote Minami2013 13-3-2025 09:00 PM
RM3,500 tu sorang pun tak cukup Maksud nya nak ada saving tu unlikely la. Just cukup2 utk keperluan sendiri, bagi mak pak kat kampung sikit.
Quote vespa_oren 13-3-2025 09:52 PM
Aku rasa lifestyle kot buat kos hidup tinggi, semalam lepak kt selangor sbb ank aku appoiment hospital, mlm kitaorg sampai berbuka kt mamak, pastu berbuka gie bazar mcm2 beli, moreh smbg kt mamak lgi
Hri ini flight ke sabah, tdi berbuka mkn nasi dgn ikan bakar cicah kicap kongsi dgn org rumah aku, anak aku mkn nasi kukus
Quote Apoo 13-3-2025 10:00 PM
Radzor replied at 13-3-2025 06:53 AM
ada yang dulu senyap slrg berbunyi.
ada yang dulu berbunyi skrg senyap.
pi mai pi mai depa jgk yg s ...

Ada yg dulu dituduh kapir, lepas tu jadi kawan hingga malaikat kat langit bertakbir, bila berpisah kawan tu dituduh kapir balik.
Ada yg dulu kawan baik hingga wajib diundi, tapi la ni dituduh musuh ketat agama.
Semua benda ikut tekak depa saja. Hanya depa pemegang kunci syurga
Quote Apoo 13-3-2025 10:04 PM
airfilterkotor replied at 13-3-2025 03:44 AM
Dia ni memang tak penah amik tahu kaa.... RM5000 adalah kategori miskin bandar.(dalam konteks negeri ...

Sebelum ni dia koma. Sekrg baru sedar. Harap2 lepas ni dia boleh cadangkan kat pucuk pimpinan parti dia utk naikkan gaji cikgu2 pasti mereka.

Kesian. Rm600 sebulan dengan x dak kwsp. Tahap2 puak gisb dah pengikut2 parti tersebut.
Quote airfilterkotor 13-3-2025 11:43 PM
Apoo replied at 13-3-2025 10:04 PM
Sebelum ni dia koma. Sekrg baru sedar. Harap2 lepas ni dia boleh cadangkan kat pucuk pimpinan part ...

Tetapi jika Selangor jatuh ke tangan PAS, isu gaji RM3500 ni takkan timbul... as usual.
Quote gigahertz 14-3-2025 12:53 AM
airfilterkotor replied at 13-3-2025 03:43 PM
Tetapi jika Selangor jatuh ke tangan PAS, isu gaji RM3500 ni takkan timbul... as usual.

kalau PAS memerintah pastu laksanakn kompaun tak solat jumaat.macam di terengganu & kelantan. sure juta-juta collection.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.053894 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top