CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tiket konsert terlalu mahal, peminat anggap Beyonce tamak dan tak berhati perut

14-3-2025 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6224| Komen: 5|Original author: Raline


Screenshot 2025-03-14 075344.png


PENYANYI Beyonce dituduh bersikap tamak dan tidak berhati perut apabila mengenakan harga tiket tidak masuk akal untuk konsert jelajahnya iaitu ‘Cowboy Carter Tour’ di London.

Bakal mengadakan enam konsert di Stadium Tottenham Hotspur, London bermula 5 hingga 16 Jun depan, harga tiket bermula £71.60 (RM400) hingga £950 (RM5,400) termasuk caj setiap pembelian sebanyak £2.75 (RM15).

Difahamkan, selepas seminggu penjualan tiket, pihak penganjur menghadapi kesukaran menjual dan dipercayai hanya tiga daripada enam persembahan berjaya dihabiskan.

"Turunkan harga, kami akan datang (konsert). Kami miskin tiket terlalu mahal.

"Saya rasa masa kurang sesuai kerana dia (Beyonce) tamak. Peminat kehabisan wang kerana tiket konsert yang mahal," tulis netizen.

Bagaimanapun, masih ada peminat Beyonce mempertahankannya dan menjelaskan harga tiket konsert tersebut bukan ditentukan oleh penyanyi lagu Listen ini.

"Bukan Beyonce yang menetapkan harga tiket. Dia tidak tamak, pihak penganjur yang tamak.

"Harga tiket melambung tinggi, terima kasih kepada Ticketmaster (penganjur) kerana ramai orang yang tidak mampu," luah peminat.

Selain London, Beyonce akan mengadakan konsert jelajah di beberapa negara di Eropah dan Amerika Syarikat.

SUMBER: mSTar

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 14-3-2025 08:11 PM
Dollar for dollar, 71 pound tu ibarat macam berapa kita?
Quote matbad 15-3-2025 05:34 AM
wikedsaikel: Dollar for dollar, 71 pound tu ...

Kan ada tulis dlm kurungan tu
Quote cyber_mania 15-3-2025 11:34 AM
Eleh ye ye

"Bukan Beyonce yang menetapkan harga tiket. Dia tidak tamak, pihak penganjur yang tamak."

Dia Beyonce kut? Kan orang kata queen B la apa la. Kalau dia nak bagi free pun dia mampu. Tapi takkkkk. Mmg dia tamak la tu. Hahaha
Quote _kelly 15-3-2025 01:18 PM
konsert bukan untuk orang miskin
Quote Prickford 15-3-2025 01:18 PM
Utk yg paling murah harga kita RM400 tu mmg mahal la. Standard tiket konsert artis international paling murah dalam Rm200-300. Masuk Rm400-500 tu next tier plak.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.213794 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top