PELAKON Michael B. Jordan dan Taylor Russel sekali lagi mencetuskan spekulasi sedang bercinta selepas dilihat bersama di London.
Dalam sebuah klip video yang dikongsi oleh Instagram peminat, Jordan, 38, dan Russel, 30, dilihat berjalan bersama di sepanjang Oxford Street pada 9 Mac lalu.
Kemunculan pelakon Black Panther dan Taylor ini menarik perhatian ramai memandangkan mereka baru sahaja menamatkan hubungan percintaan.
Namun tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak mengenai status sebenar hubungan mereka.
Sebelum ini, Jordan pernah menjalinkan hubungan dengan model Lori Harvey sebelum berpisah pada 2022.
Sementara itu, Taylor dilaporkan telah berpisah dengan penyanyi Harry Styles pada tahun lalu.
Interaksi mesra antara Jordan dan Russel menimbulkan tanda tanya sama ada hubungan mereka hanya sekadar rakan sekerja atau lebih daripada itu.
"Benarkah mereka kembali bercinta? Kalau betul, saya sangat menyokong hubungan mereka!
"Mereka bercinta atau hanya gimik untuk filem baharu? Mereka kan bakal berlakon bersama," komen peminat.
Sekadar info, kedua-dua pelakon itu bakal membintangi filem The Thomas Crown Affair dengan Jordan turut bertindak sebagai pengarah.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|