CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nabi 'amal kronisme' dan nepotisme : Jakim akan panggil penerbit

16-3-2025 10:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31703| Komen: 35|Original author: FOTHER-MUCKER





PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil individu yang mengaitkan Nabi Muhammad S.A.W dengan amalan kronisme dan nepotisme dalam satu hantaran di media sosial bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu.

Jakim dalam hantaran di aplikasi Facebook memaklumkan, pihaknya mengambil perhatian terhadap isu berkenaan.

“Jakim mengambil perhatian serius terhadap hantaran status berkaitan isu kronisme dan nepotisme dan akan memanggil pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Terdahulu, pengguna Facebook yang menggunakan nama Ainon Mohd mencetuskan kontroversi selepas memuat naik hantaran mendakwa bahawa demokrasi Barat tidak mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Beliau turut menyatakan bahawa sebagai ketua negara Islam Madinah, Nabi Muhammad S.A.W mengamalkan nepotisme dan kronisme dengan merujuk hubungan keluarga baginda dengan para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali.

Hantaran itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial termasuk kecaman dan gesaan agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu berkenaan. – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 16-3-2025 01:43 PM
Masa tu, takda istilah2 tu.
Quote dua_chzy 16-3-2025 01:49 PM
Meols google, she salah seorang penulis buku PTS (kalau tu dia tapi nampak gambar macam sama ja)? PTS ni banyak kuar buku2 Islamik juga. Hapa yang mendorong she post sebegini? :

1000028722.jpg
Quote dua_chzy 16-3-2025 01:53 PM
Edited by dua_chzy at 16-3-2025 05:54 AM

You are a Melayu and a Muslim. Please refrain your fingers from expressing your honest thoughts about Islam and its people on socmed because you know you do not have the rightful right to do so - unless you masuk forom anonymously then maybe la can rant out your thoughts like a bullet train, but remember to not cross the line too far, otherwise you can be reported as kapir Keling menyamar Melayu hina Islam.
Quote Decaffeinated 16-3-2025 03:01 PM
Panggil untuk dapat penjelasan ka nak bagi penjelasan (I am right you are wrong)?

Memang tak kemana lah.
Quote pocongkiutss 16-3-2025 03:09 PM
dua_chzy replied at 16-3-2025 01:49 PM
Meols google, she salah seorang penulis buku PTS (kalau tu dia tapi nampak gambar macam sama ja)? PT ...

Acik ni selalu bg tips mengarut .antara yg paling iols benci ialah suh jantan2 kawin dgn andartu ke..sapa2 yg keje gomen utk senang buat loan..barbie sgt eh
Quote liyamariska 16-3-2025 03:35 PM
kronism dan nepotism...

hmmm....  
Quote Orix 16-3-2025 03:53 PM
Pd iols xde istilah kronisme ke nepotisme ke apa. If someone qualified be it dia mertua kau ka apa ka dia deserve it. Melainkan kalau ada calon lain yg lg qualified tp tetap pilih anak sendiri sbg cth lantik anak dia yg tah hapa2 jd penasihat kewangan sedangkan ramai lg yg qualified, bru betul nepotisme kronisme bagai.

Anyway, ainon ni dia ni penyokong kuat bangnon. Iols rs dia pun confuse dia sokong siapa sebenarnya. Hahahahahahaha
Quote NazRysha 16-3-2025 04:18 PM
sampai sekarang tak tahu siapa makcik ni
Quote kelapaparut 16-3-2025 06:21 PM
Lobainita salah komen mkn diri le ni..
Quote pocongkiutss 16-3-2025 07:00 PM
kelapaparut replied at 16-3-2025 06:21 PM
Lobainita salah komen mkn diri le ni..

Dia walanon meh.. hahaha
Quote kakikuDibibirmu 16-3-2025 08:23 PM
Ahlul Bait tersenyum sinis
Quote plywood 16-3-2025 08:43 PM
Berfikir secara logik dan kritis: Panduan meningkatkan ketajaman analisis dan membuat keputusan.


aku ingat perna baca buku tulisan dia..
Quote BlackpingU 16-3-2025 08:59 PM
dua_chzy replied at 16-3-2025 01:49 PM
Meols google, she salah seorang penulis buku PTS (kalau tu dia tapi nampak gambar macam sama ja)? PT ...

Rasanya PTS tu makcik enon punya
Quote dua_chzy 16-3-2025 10:03 PM
BlackpingU replied at 16-3-2025 12:59 PM
Rasanya PTS tu makcik enon punya

Laaa ghupanya. Kuih raya deme sedap tapi dah lama deol tak jual.
Quote lostnfaun 16-3-2025 10:16 PM
Ainon nie byk post & jual buku berkaitan bisnes tapi rasanya byk bisnes francais dia dulu lingkup. Tak silap yg guna nama ABS tue.
Quote lostnfaun 16-3-2025 10:19 PM
dua_chzy replied at 16-3-2025 01:49 PM
Meols google, she salah seorang penulis buku PTS (kalau tu dia tapi nampak gambar macam sama ja)? PT ...

Kalau baca fb ustaz hasrizal, ainon nie dari dulu tulisan & buku yg dia terbitkan 'lain' sikit pemikiran tentang islam.

Ada terbaca dia nie isteri kpd prof yg jadi dekan dlm cerita ali setan.
Quote Decaffeinated 17-3-2025 07:42 AM
NazRysha replied at 16-3-2025 04:18 PM
sampai sekarang tak tahu siapa makcik ni

Aku pun tak tau. Tak penting pun.
Quote s@s@ 17-3-2025 08:16 AM
geng2 non
Quote Prickford 17-3-2025 08:29 AM
Tapi acik tu duduk dekat negara barat ke? Cuba acik duduk sana dalam 20-30 tahun. Nnt nampak la nepo & kroni tu.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.198816 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top