CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga tembikai jatuh, pekebun risau tidak pulang modal

16-3-2025 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31394| Komen: 30|Original author: tatod



Marang: Harga tembikai jatuh menjunam kepada RM1 sekilogram menyebabkan pekebun, Azahar Zakaria, 54, bimbang tidak mendapat pulangan modal selepas mengeluarkan RM10,000 untuk tanaman itu.

Azahar yang sebelum ini bergelar nelayan selama lebih 30 tahun, mengambil inisiatif menanam tembikai boci di Kampung Alor Ketitir, Merchang, seluas 0.8 hektar bagi mencari sumber pendapatan ketika musim tengkujuh.

Namun, Azahar berkata, kejatuhan harga pasaran menyebabkan dia berharap pemborong dapat membeli hasil tanamannya bagi menampung kos dan memastikan kesinambungan usahanya dalam bidang pertanian.

"Harga terkini di kebun jatuh kepada RM1 berbanding RM2 sebelum ini bagi setiap kilogram, jika ada pemborong yang sudi membantu saya membeli dengan harga sekurang-kurangnya RM1.30 sekilogram, saya begitu berterima kasih.

"Sekurang-kurangnya, modal yang sudah saya keluarkan dapat kembali selain sebagai modal untuk menanam kembali tembikai selepas ini," katanya ketika ditemui.

Azahar yang pertama kali menceburi bidang pertanian dibantu seorang lagi nelayan, Mohd Fauzi Ismail, 49, mengusahakan tembikai boci.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 16-3-2025 08:16 PM
Memang murah.. biasa beli separuh belas2 ringgit tapi tadi beli separuh tak sampai rm8

Murahdahni
Quote kakikuDibibirmu 16-3-2025 08:18 PM
Edited by seribulan at 17-3-2025 05:30 AM

Akak memang suka buah temikai besar-besar


Quote Skuau 16-3-2025 08:19 PM
kakikuDibibirmu replied at 16-3-2025 08:18 PM
Akak memang suka buah temikai besar-besar

harga tembikai dh jatuh..takkan tak puji kerajaan..
Quote kakikuDibibirmu 16-3-2025 08:20 PM
Skuau replied at 16-3-2025 08:19 PM
harga tembikai dh jatuh..takkan tak puji kerajaan..

marang kerapu kepunden marang sekepperrrrrr...
Quote Belibis 16-3-2025 08:27 PM
Skuau replied at 16-3-2025 08:19 PM
harga tembikai dh jatuh..takkan tak puji kerajaan..

Berkat formula rapiji la ni..hang tau makan jee.
Quote Buritan 16-3-2025 08:44 PM
kakikuDibibirmu replied at 16-3-2025 08:18 PM
Akak memang suka buah temikai besar-besar

Ini buah tembikai ke
Quote ninja boy 16-3-2025 09:12 PM
Tetek tiruan
Quote purplelilac 16-3-2025 09:21 PM
Yeay! Blh beli selalu. Kalau tidak mhl btl harganya. Suku buah je pon dh RM8-RM9
Quote Jitu 16-3-2025 09:58 PM
bln posa tak sempat nak mkn buah
harap rega masih murah lg masa raya nnt
Quote mrsLucky 16-3-2025 10:27 PM
patut lah sejak dua menjak... my hubby serve tembikai...sedap juicy lagi...
Quote Decaffeinated 17-3-2025 07:28 AM
Harga mahal masalah, harga jatuh pun masalah. Korang nak apa sebenarnya?
Quote adawiyah_hakim 17-3-2025 08:02 AM
ooo.. patut la. semalam beli sebijik kat Hero RM7.39. salu berbelas ringgit.
mujur dpt yg manis, puas hati!
Quote naina 17-3-2025 09:26 AM
Xpatut pun harga tembikai dalam kilo. Tembikai tu Dahla berat. Sekilo rm4 sebelum ni mahal sgt. Buah tempatan pun mahal. Padan la muka jadi lambakan. Sapa nak beli sekilo rm4. Sbji dekat rm30.
Quote zehra2 17-3-2025 09:43 AM
cari yg kulit nipis dan tkde biji.
Quote Kitty_catz 17-3-2025 10:03 AM
Decaffeinated replied at 16-3-2025 11:28 PM
Harga mahal masalah, harga jatuh pun masalah. Korang nak apa sebenarnya?

nak bantuan raya

barang mahai pun nak bantuan

jualan tak pulang modai pun nak bantuan

aagichewwww
Quote gigahertz 17-3-2025 10:21 AM
Kitty_catz: nak bantuan rayabarang mahai pun nak bantuanjualan tak pulang modai pun nak bantuanaagichewwww

i ada tanah pun i mmg tak terpikir nak tanam membela tumbuhan apa pun.
sakit hati dah keluar puluh2 ribu hasil takde.
Quote dekmieDandy 17-3-2025 11:33 AM
lama dah tak beli/tengok rege tembikai ni

sebab dari jauh pun dah tahu mahal
Quote nw111 17-3-2025 12:42 PM
Ok..ptg ni nk beli tembikai
Quote drivethru 17-3-2025 12:47 PM
Puas hati beli dekat lotus. Sekilo 89sen. Semalam beli 2 biji. Esok last day promo. nak restok lagi. Hari2 boleh buat tembikai laici, tembikai soda, tembikai asam boi.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.239798 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top