CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Australia jadi individu pertama dibenar keluar hospital dengan jantung titanium

16-3-2025 10:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25169| Komen: 11|Original author: FOTHER-MUCKER


 

Implan BiVACOR menggunakan teknologi levitasi magnetik, prinsip yang sama digunakan dalam kereta api berkelajuan tinggi untuk mengepam darah ke peredaran pulmonari dan sistemik. - Foto AGENSI



SYDNEY: Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital selepas dipasang dengan jantung tiruan sepenuhnya, menurut hospital Sydney tempat pembedahan itu dilakukan pada Rabu.

Lelaki itu, yang menderita kegagalan jantung yang teruk, hidup menggunakan BiVACOR Total Artificial Heart (TAH) iaitu pam darah yang diperbuat daripada titanium, selama lebih dari 100 hari sebelum menerima pemindahan jantung pada Mac, lapor agensi berita Jerman dpa.


Pada November, lelaki itu dipasang dengan jantung tiruan di Hospital St Vincent's Sydney sebagai langkah sementara sementara menunggu jantung penderma, pembedahan pertama seumpamanya dilakukan di Australia.

Dia dibenarkan keluar dengan alat itu pada Februari sebelum menerima jantung penderma pada Mac.

Pesakit ini memegang rekod untuk tempoh paling lama bagi seorang pesakit BiVACOR yang menjalani implan hingga pemindahan yang juga satu langkah besar ke arah masa depan teknologi jantung tiruan," menurut St Vincent's dalam satu kenyataan.

"Dengan inovasi ini, matlamat jangka panjang adalah supaya pesakit dapat hidup dengan alat ini tanpa perlu pemindahan jantung.

Dr Paul Jansz, pakar bedah kardiotorasik dan pemindahan jantung yang memasang jantung mekanikal itu berkata alat ini adalah "perubahan besar dalam bidang ini.

Lima pesakit di Amerika Syarikat menerima alat BiVACOR antara Julai dan November 2024 sebagai sebahagian daripada Kajian Kebolehlaksanaan Awal FDA, namun tiada seorang pun yang dibenarkan keluar dengan implan itu.

Semua lima pesakit dibenarkan keluar selepas menerima pemindahan jantung.

Implan BiVACOR menggunakan teknologi levitasi magnetik, prinsip yang sama digunakan dalam kereta api berkelajuan tinggi, untuk mengepam darah ke peredaran pulmonari dan sistemik.

Menurut penciptanya, alat itu sesuai untuk kebanyakan lelaki dan wanita dan memastikan jantung seorang lelaki yang dewasa yang sedang bersenam sihat.









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 16-3-2025 06:05 AM


[youtube]TpcEg66mzGc[/youtube]
Quote supernaturalee 16-3-2025 07:54 AM
lagu titanium by Sia satu!!!
Quote mejaputih 16-3-2025 10:26 AM
Ala2 ironman?
Quote fattymah 16-3-2025 11:31 AM
Dia tak ghasa ngilu² ke time sejuk.. seriau pulak mikio
Quote bebulu 16-3-2025 07:58 PM
supernaturalee replied at 16-3-2025 07:54 AM
lagu titanium by Sia satu!!!

You shoot me down but I wont fall
I am titanium
Quote kakikuDibibirmu 16-3-2025 08:16 PM
supernaturalee replied at 16-3-2025 07:54 AM
lagu titanium by Sia satu!!!

[youtube]JRfuAukYTKg[/youtube]
Quote missnina 16-3-2025 10:44 PM
Lalu metal detector nenong nenong la berbunyi
Quote kaedahnya 17-3-2025 12:35 AM
Aku rasa alat ni macam mesin dialysis la kot, pakai sementara tunggu dapat organ gantian
Quote supernaturalee 17-3-2025 08:10 AM
bebulu replied at 16-3-2025 07:58 PM
You shoot me down but I wont fall
I am titanium

yeahhhh



Quote supernaturalee 17-3-2025 08:10 AM

yeahhh



Quote makiting 17-3-2025 02:50 PM
Okeh...

Kalau jantung akak problem lagik pasni

Ada alternatif utk akak terus hidup

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.148298 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top