CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erra Fazira matang, elegan, bijak – Mr. E

16-3-2025 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25777| Komen: 41|Original author: tatod


PETALING JAYA – Ahli perniagaan yang kini akrab dengan penyanyi dan pelakon Erra Fazira, Ezwan atau Mr. E menyifatkan selebriti itu serba-serbi sempurna.

Pemilik nama sebenar Muhammad Ezwan Muhammad Zain berkata, jelitawan itu juga seorang yang mudah bertolak-ansur.

“Erra wanita yang sangat matang, elegan dan senang dibawa berbincang.

“Malah, saya boleh katakan dia merupakan seorang yang bijak,” katanya dalam wawancara bersama sebuah portal kekeluargaan.

Pengasas Kueh Cafe itu berkongsi pandangan mengenai Erra yang mempromosikan kafenya menerusi sesi siaran langsung media sosial, baru-baru ini.

“Ramai yang bertanya tentang sesi ‘live’ bersama Erra dengan Kueh sebelum ini. Alhamdulillah, saya ada kawan yang sudi membantu.

“Cuma dia bukan setiap hari ada di kafe sebab bukan bekerja di situ. Apa pun saya sangat bersyukur,” ujarnya.

Ditanya berkenaan kuih kegemaran Primadona Filem Melayu Alaf Baru itu, lelaki berusia 44 tahun terbabit mendedahkan Erra menyukai manisan berintikan kelapa.

“Bab kuih pula dia suka kuih berkelapa macam putu mayam dan kuih koci,” kongsinya.

Terdahulu, tular klip video memaparkan pelantun lagu Hanya Di Mata itu muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan.

Biarpun bukan pertama kali mereka muncul bersama, kesudian Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 51, mempromosikan kafe Ezwan seakan membuktikan hubungan mereka sangat istimewa.

Perkara tersebut turut mengundang respons positif ramai yang rata-rata berharap hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin.

Erra kini juga dilihat semakin terbuka berkongsi keakraban dengan lelaki terbabit dengan mengakui situasi tersebut disebabkan faktor kematangan dirinya.

Awal tahun ini kecoh dalam media sosial mendakwa artis berstatus ibu tunggal itu dilamun cinta selepas memuat naik ucapan berbaur romantis yang dipercayai ditujukan kepada seseorang. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 15-3-2025 01:58 PM
Tunggu apa lagi...masing2 dah suka sama suka...duit pun bnyk
Quote Hoola 15-3-2025 02:27 PM
Edited by Hoola at 15-3-2025 02:29 PM

mak2 J mendonia mutakhir yinnih
kisah chenta waibi pikupline ado
kisah chenta damai pun ado

mohon warga F turut doakan achik hoola lama sgt ni menjando.moga doa bln ramdan kali ini ditrima ilahi.aamiin.
Quote scrocth 15-3-2025 03:04 PM
Edited by scrocth at 15-3-2025 05:10 PM

Pg la grooming sikit mr E. Rambut tu turn off sgt lah. Uban tu xpa tp hair cut tu mcm rempit sgt.
Quote Piramida 15-3-2025 04:56 PM
Dah 50 an.... Matang laaa.. Dah dewasa. Dah lebih tua dari ko.
Quote mrsLucky 15-3-2025 05:10 PM
Padan sangat...semoga berjodohan asap...
Quote supernaturalee 16-3-2025 09:28 AM
sape pnh rasa kueh2an die
sedap tak
padan dgn harga tak

Quote makita 16-3-2025 09:33 AM
Edited by makita at 16-3-2025 09:35 AM

Dah puji-puji masuk tv ni cepat2 la hantar rombongan. Kene tunjuk tindakan. Bak kata boss jepun meols yg reti ckp indon 'Aksi! Aksi!'
Quote bambimo 16-3-2025 09:58 AM
Rambut mmg style cmtu ke
Tak perlu d sikat atau d rapikan gf ko sang ratu tau...
Quote dua_chzy 16-3-2025 12:03 PM
You can say the same thing about Sherry Al Hadad.

But you don't.
Quote songket_merah 16-3-2025 05:53 PM
Piramida replied at 15-3-2025 04:56 PM
Dah 50 an.... Matang laaa.. Dah dewasa. Dah lebih tua dari ko.

kan, lain lah kalau umur bawah 30 mesti masih tergedik gedik lagi

aku ingat dulu masa FA kahwin dgn bini dia yang ketua pramugari tak sure nama apa, aku suka
sangat tengok pengantin tak tergedik gedik, calm je, smooth je

bila tengok eh umur dah 38 tahun, patut lah rilex je.
Quote theotherfriend 16-3-2025 06:13 PM
Umur 51 selayaknya dah matang dik
Quote becir 16-3-2025 07:33 PM
Kenapa dua ekor macam carik perhatian tapi takde sapa nak kasi?
Quote dagusengett 16-3-2025 08:24 PM
Kueh ni kedai kat sek 13 shah alam kan
Okayla byk pilihan kuih2 and makanan
Senang self service
Quote Samerosie 16-3-2025 08:54 PM
Kenapa iols tengok rupa cam pengkid?
Quote NonaNaga 16-3-2025 09:22 PM
supernaturalee replied at 16-3-2025 09:28 AM
sape pnh rasa kueh2an die
sedap tak
padan dgn harga tak

sedap.
iols dah pergi lebih 10 tahun. kalu ada kerja di shah ale singgah la...
tapi dulu kuih ko boleh pilih.. tak silap 3 =RM5, 7 =RM10 so ko leh mix apa2 jer..
masa tu kak rud pun bukak Rumah Kueh..style kak Rud ...pack pack..
masa tu si E ni proud sbb dia jenis bukan pack pack lah...
sekali dia pun buat sama mcm si kak Rud buat...masa tu org kan konpius antara KUEH13 ni ngan Rumah Kueh...
tapi kak rud dh terkubur Rumah Kueh tu padahal ok juga kedai kak rud...

Quote JahLupa 16-3-2025 10:27 PM
Mr E nampak lg tua dari kaka ratu.
Quote Carcosa 16-3-2025 10:53 PM
Downgrade nya. Yihhhhhh
Quote bambimbom 16-3-2025 10:59 PM
dua_chzy replied at 16-3-2025 12:03 PM
You can say the same thing about Sherry Al Hadad.

But you don't.

Mr. E kawan dgn Sherry gak ke sebelum dgn ratu?
Quote QueenIsolde 16-3-2025 11:12 PM
Seiras lak muka depa dua dlm gambar kt atas tu..semoga berjodohan harapnya laki ni bukan sekadar coverina acik ratu

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.224440 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top