CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Kesihatan Lihat artikel

Jangan suka-suka telan kahak lepas bersin atau batuk, boleh batal puasa!

17-3-2025 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7616| Komen: 0|Original author: tatod

batuk-batuk.png


BATUK atau bersin kebiasaannya boleh mengakibatkan keluarnya lendir kahak pada kerongkong, dan tanpa sedar ada yang lebih rela menelannya kerana enggan meludah di khalayak ramai.

Namun tahukah anda, perkara yang dianggap remeh seperti menelan kahak sebenarnya memberi kesan kepada ibadah puasa seseorang.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, hukum puasa seseorang akan terbatal sekiranya menelan lendir kahak yang berada pada zahir mulut atau ruangan mulut akibat batuk dan bersih.

Namun, jika kahak ditelan ketika kedudukannya berada di bahagian dalam (batin) seperti bahagian halkum dan ke dalam, maka puasa tidak akan terbatal.

Ini kerana kita dibenarkan untuk menelan lendir tersebut sekiranya ia sukar dikeluarkan dan melekat pada bahagian kerongkong.

Secara umumnya mengikut mazhab Imam Syafie, hukum mengeluarkan kahak daripada otak atau dada tidak membatalkan puasa, namun hukumnya berbeza bergantung kepada kedudukannya.

Had zahir bagi rongga mulut ialah mengikut makhraj huruf (خ) dan (ح), manakala had batin pula berdasarkan makhraj (ه) dan (ء).

Menurut Imam al-Syirbini, sekiranya kahak tersebut berada pada had zahir atau kawasan mulut dan boleh diludah keluar maka puasa seseorang terbatal jika ditelan kahak itu.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.206678 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top