2. Mi kicap di Mee Daud Mak Jasak Warung ini sangat terkenal dengan mi kicap dan kari laksa mereka yang dihasilkan dengan resipi turun temurun sejak 1970. Masih mengekalkan rasa yang sama, mi kicap ini lebih enak dimakan bersama yong tau fu manakala mi karinya pula disajikan dengan bebola ikan lembut di dalam kuah kari yang berlemak. 3. Sarapan ala kopitiam di Salmah Kopitiam Buat mereka yang mencari sarapan pagi ala kopitiam halal, Salmah Kopitiam merupakan pilihan terbaik kerana ia menawarkan pengalaman setanding kopitiam lain. Pengunjung dapat menikmati beraneka jenis hidangan seperti nasi lemak, roti bakar, char kuey teow, mi kari dan nasi kerabu dengan rasa yang mengasyikkan. 4. Kari kepala ikan di Restoran M. Salim Siapa tidak kenal kari kepala ikan yang menjadi dambaan rata-rata warga Ipoh sehingga ada yang sanggup memandu jauh semata-mata mahu merasainya. Bukan sahaja pupolar dengan hidangan kari pekat, restoran ini juga menyajikan nasi briyani ayam anarkali yang cukup istimewa dan dimasak dengan bahan-bahan berkualiti tinggi. 5. Canning Dim Sum Tidak dinafikan Dim Sum sememangnya menjadi hidangan kegemaran mereka yang berkunjung ke Ipoh. Malah untuk mencari restoran menyajikan hidangan cina yang halal juga sangatlah mudah. Canning Dim Sum antara lokasi yang menjadi tumpuan kerana ia menawarkan beraneka jenis makanan seperti pau kukus, ladu siew mai dengan bermacam inti, tart telur, kulit tauhu goreng dan roti BBQ. 6. Tau fu fah di Funny Mountain Soya Beancurd Apalah erti jalan-jalan cari makan di Ipoh kalau tidak mencuba tau fu fah istimewa yang sesuai dinikmati pada cuaca panas terik. Menariknya, kedai ini mengamalkan konsep pandu lalu atau drive-thru untuk memudahkan pelanggan mencuba hidangan pencuci mulut itu di mana-mana sahaja yang mereka mahu. 7. Nasi ayam tauge di Ipoh Hainan Chicken Rice Nasi ayam taugeh merupakan hidangan ikonik yang berasal dari bandar tersebut. Sajian yang menampilkan ayam lembut dihidangkan dengan tauge Ipoh rangup, sos cili halia, sup dan nasi ayam sudah tentunya mempunyai kombinasi luar biasa. 8. Laksa telur goreng bersarang di Kafe Setinggan Buat penggemar laksa, sekiranya anda mahukan kelainan bolehlah cuba laksa telur goreng bersarang yang sangat terkenal di Ipoh. Rasa kuah laksa yang pekat dan cukup rasa digandingkan pula dengan topping telur dadar digoreng sehingga garing dan kenyal memang boleh bikin ‘terangkat’ bila makan. 9. Cendol di Deen CT Corner Kurang lengkap rasanya kalau tidak masukkan cendol ke dalam senarai lebih-lebih lagi dari warung kegemaran warga Ipoh iaitu Deen CT Corner. Beroperasi lebih 20 tahun, ia menyajikan cendol dengan campuran pelbagai jenis topping seperti jagung, kacang merah dan pulut serta ramuan gula merah istimewa yang menambah lagi kemanisannya. 10. Pastri tradisional di Noor Jahan Bakery Sesiapa yang menonton filem ‘Doh’ lakonan pelakon Syafiq Kyle pasti tertanya-tanya tentang lokasi kedai roti tersebut. Untuk pengetahuan semua, kedai itu benar-benar wujud bahkan ia merupakan bakeri tertua di Ipoh sejak dibangunkan pada 1902. Antara pastri yang menarik dijual di sini donat, biskut kelapa, roti kismis, roti kelapa dan kek buah bakar. Sumber: mStar |