CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sherry Ibrahim peluk adik Fattah Amin bikin netizen sebak

17-3-2025 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33947| Komen: 118|Original author: tatod

WhatsApp-Image-2025-03-16-at-10.57.35-AM-585x351.jpeg


Pernah menjalin hubungan cinta suatu ketika dulu dengan Fattah Amin membuatkan perkongsian pelakon Sherry Ibrahim yang memeluk adik aktor berkenaan iaitu Raihan Amin viral sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dalam media sosial.

Sherry atau nama penuhnya Syarizad Ibrahim, 41, menerusi perkongsian tersebut dilihat gembira bertemu Raihan selain mendoakan yang terbaik buat adik perempuan Fattah.

“Semoga semua yang baik-baik dan indah untuk Raihan Amin serta keluarga.

“Sayang dia, air mata gembira,” katanya ringkas.

Sementara Raihan yang mengulang siar perkongsian tersebut juga gembira dengan pertemuannya dengan Sherry selain turut sama mendoakan terbaik buat aktres berkenaan.

“Kita cepat sebak bila orang tanya ‘awak okay tak’, lamaa sangat tidak berjumpa masya-Allah.

“Semoga yang baik baik buat akak juga,” ujarnya.

Hantaran tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian netizen selain memuju sikap profesional Sherry yang tidak bermusuh dengan keluarga Fattah walaupun hubungan antara mereka sudah terlerai.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen berseloroh Amira Othman yang kini hangat dikaitkan dengan Fattah mempunyai pesaing baharu.

“Raihan macam lepaskan rindu peluk Sherry. Mesti mereka pernah rapat sebelum ini, sebak pula.

“Orang suka tuduh Sherry macam-macam cakap terhegeh-hegeh dengan Fattah sebelum ini tetapi semua itu salah lepas tengok hubungan baik dengan Raihan.

“Wah, Amira ada pencabar baharu. Apa pun doakan terbaik untuk semua,” kata netizen.

Terdahulu, Sherry dan Fattah pernah menjalin hubungan cinta sebelum putus pada tahun 2016.

Sherry juga sebelum ini menerima kecaman apabila menitipkan ucapan dan kata-kata semangat buat bekas kekasihnya dalam Instagram selepas sah bercerai dengan Fazura pada Oktober tahun lalu. – HIBGLAM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 16-3-2025 02:56 PM
Last2 2-2 melepas.

Tiberrrr FA dgn SA
Quote pocongkiutss 16-3-2025 03:07 PM
Eeeeeeeeeeeeee
Quote aina_shaira 16-3-2025 03:13 PM
ezacbee replied at 16-3-2025 02:56 PM
Last2 2-2 melepas.

Tiberrrr FA dgn SA

SA sape? Barakbah ke, ingatkan dgn Mira Osman tu
Quote aina_shaira 16-3-2025 03:14 PM
Suatu ketika masa aku sekolah dulu, Ada member minat dekat budak lelaki ni siap ambil adik perempuan lelaki ni sebagai adik angkatn
Quote aina_shaira 16-3-2025 03:15 PM
Curious nak tahu hubungan faz dgn family Abdul macam mana, masih berhubungan bertanya khabar lagi ke
Quote Nozot 16-3-2025 03:25 PM
ezacbee replied at 16-3-2025 02:56 PM
Last2 2-2 melepas.

Tiberrrr FA dgn SA

drama terbaru sa n Attah, Sheila rusli pun ada.. Ada tertengok kat ig Sheila rusli yang lalu lalang.
Quote noor2 16-3-2025 03:45 PM
Subhanallah..cantik adik Fatah
Quote boudinniA 16-3-2025 03:45 PM
Fattah taknak dengan sheols ni ke? Theyols dah memang kenal lama lagi senang. Nanti boleh tayang pada fazura.
Quote September14 16-3-2025 04:36 PM
Kuat perasan dia kt patah… mesti patah hati btul masa clash dlu.
Quote princessmiang 16-3-2025 04:39 PM
Ceri vs migha

#SheFat vs #RaTah

Good luck both ladies  ada Attahkayu yang perlu dinafkahi dan ditanggungi.. dan jugak adik2 attahkayu yang perlu ditanggungi
Quote doubleA 16-3-2025 04:47 PM
Siapa sebak tu keledek ke
Quote lolipopmanish 16-3-2025 05:18 PM
Bini pertama ceri, bini kedua AO
Baru lah netizen tepuk tgn setujuk n kasi restu
Tak gitu??
Bamtah gak huntong 2-2 dapat aummmm
Quote bambimo 16-3-2025 06:05 PM
Cherry ???? sailang tang corner kah
TV
Quote exclusive_vvip 16-3-2025 06:20 PM
masa patah kapel dgn sheols, sheols dah ada nama kan? Napa i rasa patah ni mcm opportunist, pilih pompuan2 yg dah ada nama..matilanakkkk kang acik2 tuduh iols kipas pajura plak
Quote shalalat 16-3-2025 06:25 PM
Ceri tak jadi kawin ke? Dulu katanya nak kawin this year. Apa2 pon, semoga ceri bertemu jodoh yang baik2. Btw, Mira ok tak tu?
Quote princessmiang 16-3-2025 06:28 PM
Yang mana satu
Yang kayu mahuu

Ceri di tangan kananmu
Miwa di tangan kirimu

Ayuhhh Ceri dan Miwa ada Attah untuk dinafkahi dan ditanggungi
Quote syabee 16-3-2025 06:32 PM
neTizen ni mmg skit2 sebak ek...pelik aku
Quote immaryjane 16-3-2025 07:17 PM
Budak mulut jahat, tak padan dgn tudung labuh, keje nak menyindir bekas kakak ipar je dr dulu.
Tak sedar, mase tgh berbaik, kau dgn laki kau tu jgk la kakak ipar tu sponsor bercuti. Anak kau yg sakit tu jgk la ade kakak ipar contribute.
Mak pulak menjaja cerita hal kisah dlm bilik tidur kt orang sne sini. Sbb tu la puak2 kemaruk fattah kt dlm ni confidence lain mcm, ghope nye mak bertudung labuh bg info.

Ingat mak cik, ade anak dara ade anak teruna belum kwen lg, aniaya anak orang, kite malam2 tk thu ape mak org tu brsujud mlm2 mngadu mnta kt Allah.
Quote apedehal 16-3-2025 07:21 PM
Aloloh netizen nk menyebak pun xbertempat...long lost sisturs ke deme ni?

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.038930 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top