CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Setiap tahun tolak tawaran GV sampai produksi segan -Imran Ajmain

17-3-2025 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28898| Komen: 9|Original author: tatod

IMRAN-AJMAIN-1.jpg


LUMPUR: Penyanyi, Imran Ajmain, tidak berganjak daripada prinsip enggan menyertai program pertandingan nyanyian Gegar Vaganza (GV) walaupun menerima tawaran daripada pihak produksi setiap tahun.

Jelas Imran atau Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain, 43, keputusan itu diambil melihat kepada dirinya yang kurang berpengalaman beraksi di pentas besar.

“Semua orang tanya bila saya mahu masuk pertandingan. Setiap tahun produksi tawarkan sertai GV sampai tahun lepas mereka pun segan mahu ajak lagi.

“Saya faham, sebagai senior dan penyanyi dari Singapura, keberadaan saya sangat bagus untuk program itu.

“Terus terang saya katakan, saya tidak layak. Rakan sebaya saya semua datang daripada program realiti, mereka ada pengalaman untuk pentas televisyen yang saya tiada.

“Sampai hari ini saya hanya berbekalkan dua lagu popular sahaja. Itupun sudah diaggap magis,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Sudu House, baru-baru ini.


Tambah penyanyi Seribu Tahun Lagi itu, dia lebih selesa menghasilkan lagu baru dan bernyanyi untuk peminat di showcase secara intim.

“Bila buat showcase dan bernyanyi selama dua jam, peminat akan bersorak dan sayang saya walaupun kadang saya lupa lirik atau ternyanyi sumbang. Mereka tetap sayang.

“Kalau masuk GV, tekanannya hebat. Saya tak rasa ada keyakinan. Saya hormat pilihan mereka yang lain contohnya penyanyi rock dulu berkumpulan kini tinggal seorang atau diva yang pernah popular suatu masa dulu kembali untuk bertanding.

“Tambahan pula saya tidak yakin boleh bernyanyi genre dangdut atau rock dalam program itu,” ceritanya.

Ditanya apakah impian terbesar penyanyi asal Singapura itu, Imran mahu lagunya tercalon dalam carta Muzik Muzik yang tidak pernah diperolehnya sebelum ini.

“Sekarang saya cuba mahu layak sahaja ke Anugerah Juara Lagu (AJL). Tak mengapalah jika tidak membolosi pentas utama.

“Baru-baru ini saya ada ke AJL juga tengok kawan-kawan bernyanyi. Seram juga. Tapi kalau ada rezeki ke AJL, insyaAllah saya boleh lakukan dengan menjadi diri sendiri.

“Siapa tahu saya boleh jadi seperti Marsha yang cipta keajaiban selepas 20 tahun,” jelasnya.


Terdahulu, timbul beberapa kali khabar angin kononnya Imran Ajmain bakal menyertai program nyanyian Gegar Vaganza.

Bagaimanapun, Imran tampil menafikan prerkara itu dan menegaskan tidak akan menyertai pertandingan nyanyian seperti kenyataan yang tular. -UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 16-3-2025 03:09 PM
Tau. Masuk kejap pastu terkeluar.

Quote akuHavocczz 16-3-2025 06:02 PM
Kalau masuk pun confirm tersingkir awal. Literally takde charisma, dan membosankan. Sorry lah for me lagu dia semua meleweh leweh sesuai untuk orang nak tidur je.
Quote exclusive_vvip 16-3-2025 06:14 PM
dia ni i jumpa depan2 (berbelas tahun dulu), sopan orangnya..tapi iols rasa, kat muka bumi ni i sorang je kot yg rasa suara dia sumbang, masa memula dengar lagi Seribu Tahun dulu i terkejut..rasa mcm sumbangnya suara dia ni..camne leh jadi penyanyi..ha gituuu..rupa2nya bila i baca komen2 kat TT @ YT skrg, rata2 org dok puji suara dia sedap especially bila nyanyi lagu Seribu Tahun..
Quote sleepandream 16-3-2025 07:06 PM
suara sedap vokal power dah melambak dalam market...
yang kureng sekarang lagu tak sedappp... lirik tak puitis....
Quote asfaz 16-3-2025 07:11 PM
tkyah la masuk,nti berdarah mata acikpor tgk siperasan hensem misainkontot senyum tersepit tu kat kerusi depan. Takyh la masuk .
Quote Shayang 17-3-2025 06:02 AM
Dia ni ok tak sombong
Lama dah jadi artis
Antara artis yg laju je follow back masa aku mula2 ada twitter dedulu
Ok je takyah masuk pertandingan realiti
Nnti elok2 imej ok tau2 jd tak ok pastu asik kena kecam je ngn acik forum
Ramai dh gitu, cth tok Nora, kak Ani kebudayaan emm sapatah lagi ramai laa
Atleast dia ni sedar diri takde laa mcm yg lelain nak gak coba sekali emmmmh
Quote Shayang 17-3-2025 06:06 AM
akuHavocczz replied at 16-3-2025 06:02 PM
Kalau masuk pun confirm tersingkir awal. Literally takde charisma, dan membosankan. Sorry lah for me ...

Lagu2 dia sesuai utk ost drama dan event2 mcm mjlis resepsi bagai tu
Penyanyi SG rata2 genre soul gini
Mana ada penyanyi dorang suara nada tinggi mcm penyanyi kat sini
Sama gak kat indon sana tu
Quote Hoola 17-3-2025 06:24 AM
masuklah
achik suka suaranya n muzik rnbnya
Quote prince_marhaen 17-3-2025 03:32 PM
asfaz replied at 16-3-2025 07:11 PM
tkyah la masuk,nti berdarah mata acikpor tgk siperasan hensem misainkontot senyum tersepit tu kat ke ...

hahahahahaha kakak misai mastercheppp pergi gym pakai hot pants anak dara tu keee..... masih lagi ke ngan heols?
i tot dedua vottom forever.....pillow talk je lah nyah sampai ke pagi.. hihihi!

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.083057 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top