CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Masa depan saya ditentukan ahli, bukan orang luar DAP' - Guan Eng hormati keputusan CEC

17-3-2025 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8722| Komen: 0

 


SHAH ALAM: Lim Guan Eng menghormati keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu DAP tidak memilihnya untuk menggalas semula jawatan Pengerusi Kebangsaan yang disandangnya sebelum ini.

Guan Eng yang juga bekas Setiausaha Agung DAP menjelaskan, beliau menerima keputusan itu kerana ia ditentukan oleh ahli parti sendiri dan bukannya orang luar.

"Saya menghormati keputusan dibuat oleh CEC tadi. Masa depan saya ditentukan oleh ahli dan bukan orang luar DAP.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengundi saya.

"Sekarang, kita harus bersatu bawah kepimpinan Anthony Loke sebagai Setiausaha Agung," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman barisan kepimpinan CEC baharu DAP pada Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC), di sini, hari ini.

Sementara itu pada sidang media sama, Loke berkata, pemilihan kali ini menyaksikan beberapa perubahan dalam struktur jawatankuasa tertinggi DAP.


Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada pemimpin baharu untuk menggalas tugas dan menonjolkan bakat serta kualiti kepimpinan mereka dalam usaha memperkukuhkan parti.

Pada mesyuarat pertama CEC baharu yang diadakan sebaik saja selesai pemilihan, Guan Eng gagal mempertahankan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP yang disandangnya walaupun berada dalam senarai 30 ahli CEC yang dipilih.

Ahli Parlimen Bagan itu sebaliknya dilantik sebagai Penasihat DAP bagi menggantikan penyandangnya, Tan Kok Wai yang mengumumkan tarik diri sebelum ini.

Jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP kini dipegang oleh Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo, manakala Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban pula kekal menerajui parti sebagai Setiausaha Agung bagi penggal kedua berturut-turut.

Sumber: BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.036319 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top