CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Novel Pantai Kasih, Sastera Tingkatan 4 Didik Pelajar Berfantasi Cinta?

12-1-2016 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 23543| Komen: 50




Oleh : Fyruz Hanna

Novel komponen sastera (KOMSAS) dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan 4 memilih novel "Pantai Kasih" sebagai  novel pilihan. Namun apa yang dikesalkan oleh lelaki yang memuatnaik kisah ini Faiez Ali, didalam Facebook adalah bagaimana ia mendedahkan kisah cinta yang tak sepatutnya dijadikan nilai-nilai murni novel itu.  Ini adalah sinopsis cerita tersebut.


Sinopsis Novel Pantai Kasih:
SINOPSIS:

" Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya,  dia akhirnya  menerima pelawaan   mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan  dan menyayat hati.   Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan. 

Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya.  Biar apa pun, ketika itu,  selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa  aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya,  sebagai seorang doktor yang profesional,  Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri.  Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana. "

(Sumber: bmspm.my
 
------

Dalam cerita ini, ada doktor naik Porsche. Ada doktor naik Volvo 960. Ada doktor tinggal di kondominium yang macam hotel. Ada doktor miang suka menggetis dengan jururawat. Ada doktor psycho dan angkuh. Ada doktor yang sakit jiwa dan delusional. Ada doktor bercinta dengan doktor. Ada doktor nak bercinta dengan nurse.

------

Penulis juga membandingkan silibus novel Bahasa Inggeris Tingkatan 5 - Catch Us If You Can (CUIYC) (tahun lepas) dan Sing To The Dawn (STTD) (tahun ini) yang disifatkan sangat berbeza nilai yang disampaikan.

CUIYC mengajar anak-anak untuk jadi tabah walaupun yatim disamping berdikari menjaga orang tuanya.

STTD pula mengajar anak-anak supaya menghormati kelebihan kaum wanita disamping membawa suara kaum tani yang sering diperah pemodal kapitalis dan elitis nan tamak haloba.

Jika ada pun pengajaran yang berbaloi dipelajari dalam novel Pantai Kasih ini adalah tentang bagaimana manusia jangan bergantung kepada manusia sebaliknya berserah kepada Tuhan sepenuhnya.

Bagi mereka yang telah membaca novel ini, ramai yang kesal kerana terlalu banyak nilai tak baik yang terkandung didalam novel ini iaitu 

1. Seorang doktor yang merogol, kerana umumnya tahu doktor seorang yang dihormati.
2. Seorang wanita muda yang minat akan lelaki tua (nilai cinta yang tak seharusnya didedahkan didalam sukatan pelajaran).




Ada juga yang mempertahankan novel ini  dengan mengetengahkan ketabahan wanita.


Apa kata anda mengenai pilihan novel ini sebagai sukatan pelajaran tingkatan 4? Kongsikan bersama kami . -CARI Infonet.

sumber: FaiezAliFB
7

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saladin780 12-1-2016 01:10 PM
Najis gila novel ni.. Tgk cover pun dh tau
Quote revolusi_30 12-1-2016 01:13 PM
Ok lah.  Bersesuaian dgn zaman la buku komsas ne.  Takkan asyik nk cerita cerita pasca merdeka.  So yesterday
Quote idadzira 12-1-2016 01:14 PM
pergh gila la lepas tu dok sibuk kes rogol budak sekolah banyak.

dalam lif tu.......
Quote azimodin 12-1-2016 01:40 PM
Terlucut sel kedalam badan???? Giler kentang... ibarat novel soft**rn masa kini.
Quote sapp73 12-1-2016 01:43 PM
haha...bagi kebanyakan budak sekarang mungkin ni cuma soft po** aje...diaorang ada yg lebih hardcore lagi...punyalah banyak novel ilmiah yang ada, ini yang dipilih panel
Quote bluehedgehog 12-1-2016 01:45 PM
ok la tu..skg kn 13thun pun da pandai ngeseks
elok la ajar apa itu cinta dan apa itu seks
Quote khairulazuan 12-1-2016 01:48 PM
hahahaha


Quote wannoorazlina 12-1-2016 01:56 PM
ok la tu
depa nak pupuk minat membaca
novel soft p**n cm gini semua lapisan umur suka baca
tok nek pak mak abg kakak pakcik makcik akan join baca sekali
silap haribulan boleh discuss sama2
lahaiiii...amik la novel yg ok sikit
ka panel yg memilih tu semua otak biru? tgh sangap masa tu?
Quote zameyla 12-1-2016 01:57 PM
Mukasurat 57...
Quote barfi 12-1-2016 01:58 PM
Nak tiru english series yg pasal doctor2 la tu kot. Apa dah nama series tu. Femes sgt 5,6 years back
Quote izwan_izi 12-1-2016 02:01 PM
Ambil la novel HUJAN PAGI karya A.Samad Said sebagai bacaan pelajar sekolqh menengah.
Sekurang2 nya pelajar dpt memahami situasi ygdialami oleh pesakit bipolar.

Yg KPM gigih pilih novel kayangan khayalan macam ni kenapa ?

Quote Peterpan17 12-1-2016 02:06 PM
Inilah buku sampah utk generasi kini. Zaman aku dulu buku kami hasil nukilan A. Samad Said dan Usman Awang.
Quote kumen2 12-1-2016 02:48 PM
novel ni mcm drama juge.. cume kene bace je dan berkertas /// ok bai
Quote rosasen 12-1-2016 02:56 PM
zaman skrg sume benda nk komen...
Quote Kittie 12-1-2016 02:57 PM
Punya la banyak buku kat bumi mesia ni.






Quote lasagnaklcc 12-1-2016 03:11 PM
Seronok dibaca kot novel mcm ni... nak menarik minat pelajar. To be honest, saya tak pernah abis baca novel Terminal 3 zaman saya dulu.
Quote chinta89 12-1-2016 03:12 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=944170

aku harap x perlu la bukak thread sama wahai tt. sekian.
Quote LolaLoly 12-1-2016 03:24 PM
tak patut la ajar budak2 cinta-cinta mcm ni...budak2 tak akan cari jalan nk bercinta... ape pengajarannye bercinta ng org tua..eeewww
Quote Abangspek 12-1-2016 03:39 PM
konserto terakhir gak best. Macam-macam liku kehidupan pasal seorang pemuzik. Memang indah. First novel yang aku habiskan. Yang English, The Pearl ke hape, aku baca sinopsis jek sejam sebelum exam sebab tak menarik, hahahaha

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.052473 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top