Oleh : Dean BZ
Setiap kehidupan manusia adalah berbeza-beza, ada yang dilahirkan dalam kehidupan serba mewah dan ada juga yang dilahirkan dalam kemiskinan. Lebih menyedihkan lagi buat kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan negara porak peranda akibat perperangan. Akibat ketamakan dan keegoan manusia, kanak-kanak kecil dan orang yang tidak bersalah turut menjadi mangsa. Menjadi viral di internet video yang memaparkan nyanyian seorang kanak-kanak Syria yang berjudul A'tuna At- Thofulah (Berikan Kami Zaman Kanak-Kanak).
Lagu tersebut dinyanyikan oleh Ghana Bo Hamdan ketika sesi uji bakat rancangan The Voice Kids Arab yang baru sahaja bermula minggu lalu. Loading FB Video... Ghana tidak dapat menahan sebak dan terpaksa menghentikan nyanyiannya ketika memasuki rangkap kedua lagu itu. Lantas salah seorang juri naik ke pentas untuk menenangkan Ghana yang kesedihan. Dua lagi juri dan penonton berdiri dan memberi tepukan gemuruh kepadanya. Cuba bayangkan bagaimanakah kesedihan yang dialaminya, tidak sempat merasai zaman kanak-kanak seperti anak-anak di negara lain. Siapakah yang akan membela nasib kanak-kanak seperti ini? - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
4
Bagus |
10
Marah |
7
Terkejut |
11
Sedih |
8
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Jerambut replied at 15-1-2016 12:43 AM
Jangan guna gambar budak tidur antara 'kubur' tu boleh tak?
Tu art work tukang gambar bernama Al-O ...
cucuq replied at 18-1-2016 11:58 AM
sedihnya..kita tak melalui apa yg diorang rasa... kadang2 orang yg x lalui kesusahan dan penderitaan ...
ADVERTISEMENT