CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Edisi Pengemis Jalanan Kaya, Berhentilah Kasi Wang!

18-1-2016 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 9347| Komen: 20

-Pengemis Jalanan, Orang Ramai diminta henti beri wang-


Oleh: Fyruz Hanna

Harini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Terengganu mempergiat operasi membanteras pengemis, gelandangan yang berkeliaran di Kuala Terengganu.

“Cuma kita minta kerjasama daripada orang ramai sendiri, berhentilah memberi (sedekah), sebab 95 peratus kalangan mereka ini sudah menerima bantuan sama ada daripada JKM sendiri atau melalui zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).


Jika kita masih menghulur (memberi sedekah), ibaratkan kita menggalakkan aktiviti tidak sihat ini berlaku.  Masih terdapat cara lain untuk kita membantu golongan seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada Julai 2014, Menteri Wilayah Persekutuan pernah mencadangkan supaya mengenakan kompaun kepada pemberi dan penerima sedekah untuk langkah pengurangan pengemis dan elakkan budaya meminta sedekah yang mencemarkan imej negara khususnya di ibu negara.

Jelas Menteri itu, kebanyakan peminta sedekah juga bukan rakyat tempatan.

telah banyak cerita yang dibentangkan di media mengenai kelicikan pengemis yang banyaknya mencari jalan mudah untuk tidak bekerja.

Antara daripada kisah yang pernah dulu popular adalah:

1. Taktik pengemis, ucap fisabilillah minta derma (SINAR HARIAN 17 SEPTEMBER 2012)



4. Pengemis 'buta' bawa kereta KIA (MalaysianInsider, 1 March 2014)

Oleh kerana pendapatan yang 'lumayan' hasil daripada mengemis, ramai pengemis jalanan yang menjadikannya sebagai satu profesion tetap dengan menyasarkan tempat tumpuan seperti masjid, surau, pusat membeli-belah dan sebagaiya.

Namun tahukah anda:

Sedekah dapat menjadi haram hukumnya, jika diketahui pengemis itu akan menggunakan sedekah itu untuk kemaksiatan. (Wahbah Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adilatuhu, 3/390).

Misalnya, digunakan untuk berjudi, berzina, atau minum khamr. Hukum sedekah dalam kondisi ini menjadi haram, karena telah menjadi perantaraan (wasilah) pada yang haram. 


Kaidah fikih menyebutkan,”Al-Wasilah ila al-haram haram.” (Segala perantaraan menuju yang haram, haram hukumnya). (M. Shidqi al-Burnu, Mausu’ah Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah, 12/200).

Sedekah kepada pengemis juga menjadi haram, jika diketahui pengemis itu tidak termasuk orang yang boleh mengemis (meminta-minta), misalnya bukan orang miskin. 

Dalam masalah ini ada dalil khusus yang mengharamkan meminta-minta, kecuali untuk tiga golongan tertentu. 

Sabda Nabi SAW,”Meminta-minta tidaklah halal kecuali untuk tiga golongan : orang fakir yang sangat sengsara (dzi faqr mudqi’), orang yang terlilit utang (dzi ghurm mufzhi’), dan orang yang berkewajiban membayar diyat (dzi damm muuji’).” (HR Abu Dawud no 1398; Tirmidzi no 590; Ibnu Majah no 2198). (Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah al-Khilafah, hal. 194).


Jadi kalau seorang pengemis sebenarnya bukan orang miskin, haram baginya meminta-meminta. Demikian pula pemberi sedekah, haram memberikan sedekah kepadanya, jika dia mengetahuinya.

Dalam kondisi ini pemberi sedekah turut melakukan keharaman, karena dianggap membantu pengemis tersebut berbuat haram. Kaidah fikih menyebutkan : “Man a’ana ‘ala ma’shiyyatin fahuwa syariik fi al itsmi” (Barangsiapa membantu suatu kemaksiatan, maka dia telah bersekutu dalam dosa akibat kemaksiatan itu.). (Syarah Ibnu Bathal, 17/207).


Ada yang berpendapat sedekah di masjid lebih afdal berbanding sedekah pada mereka ditepi jalan yang diragui. Adapun, Ustaz Azhar Idrus pernah berkata, sedekah untuk keadaan seperti ini akan mendapat 2 pahala, satu pahala sedekah manakala satu lagi pahala ditipu. Demi membasmi masalah pengemis jalanan yang mencacatkan keindahan bumi Malaysia serta mewujudkan kesedaran kepentingan duit halal, ada baiknya kita berfikir saluran terbaik derma anda dan berhenti memberi wang kepada pengemis jalanan.
-CARI Infonet.

Sumber: sinarharian,harianmetro,carigold,Astroawani



21

Bagus
20

Marah
21

Terkejut
16

Sedih
15

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zeed 18-1-2016 06:16 PM
Dah lama praktik sedekah pada orang yg genuine memerlukan.. ada orang pegang prinsip kita dah sedekah..orang tu nak belanja kat mana tu hal dia.. kalau ko sedekah kat gerakan terorrist cmno dik? Tak pon sindiket yang tak semenggah yang menyokong rumah pelacuran ke apa ke..byk je yg berpakaian mcm ummah yg syumul non muslim sebenarnya..org2 burma contohnya..suruh mengucap tersengih2.. sekian 2 sen habang..
Quote cik_chili 18-1-2016 06:27 PM
klu perasan...diorg yg mintak sedekah berpakej baby nih..anaknya mesti tido...

ada one time,aku perati sorg mintak sedekah lt pasar mlm nih,persis bangla...dan aku perati anak dia lama...lepas tu muka dia cuak,mcm takut ...dlm ati nih,anak sapa laa diorg nih amik n bg ubat tido...syahdu sungguh rasa...lepas tuh,pompuan tu dah xde dah kt pasar mlm tuhh...
Quote MeghanK 18-1-2016 06:28 PM
Edited by MeghanK at 18-1-2016 06:32 PM
Harini


the eff is this
Quote cherub 18-1-2016 06:30 PM
Akak pun keraskan hati xbagi kat traffic light. Safety reasons for semua org. Tapi kdg2 xsampai hati. Balik teringat2. Dan berdoa supaya dijauhkan satu hari kita jadi camtu dan org pulak xnak tolong.
Quote jay_07 18-1-2016 06:30 PM
zeed: Dah lama praktik sedekah pada orang yg genuine memerlukan.. ada orang pegang prinsip kita dah sedekah..orang tu nak belanja kat mana tu hal dia.. kala ...


aku setuju ckp kau ni.. tu la salah orang kita. malas nk usaha skit nkkasi derma pun main lepas mcm tu. last2 sbnrnye sbb dasar ignorancenya Malaysian ni.. tu yang time puasa je.. tetibe mcm tsunami je
Quote jay_07 18-1-2016 06:31 PM
MeghanK replied at 18-1-2016 06:28 PM
[quote]Harini[\quote]

the eff is this

kau tak paham ke? ke bajet urban?
Quote mayaBB 18-1-2016 06:35 PM
pengemis buta bawak KIA... maya bawak kancil je pun.. tpi takpela.. bahagian die.. biar la Allah yang balas.. tp memang semak sebb ramai sgt pemalas nk kje
Quote MeghanK 18-1-2016 06:35 PM
jay_07 replied at 18-1-2016 06:31 PM
kau tak paham ke? ke bajet urban?

hello, sebagai seorang wartwan cari yang menulis artikel, tak boleh ke tulis guna bahasa melayu standard? kata berada di kelas tersendiri kan

yang ko sentap sangat dah kenapa
Quote dewimalam78 18-1-2016 06:36 PM
Pernah dgr dlm ikim dan jg ceramah ust zaharudin psl sedekah. First, dahulukan famili dan sanak saudara kita yg susah dulu, jiran tetangga, sahabat handai, kemudian org miskin yg kita tak kenal dan akhir sekali umat islam di luar sana spt gaza, syiria.
Quote Jerambut 18-1-2016 07:29 PM
itu la pasal. Itu hari aku ada komen pasal jangan percaya sangat, ada yg berguling tak boleh terima.
Sedekah je la.. Niat bayek, sudehhhh...
alaaahai. Ni la pasal ada sindiket mintak sedekah. Gila kau.... punya masyuukk, sampai berbaloi buat sindiket.
Tu tak kira dari luar negara lagi tu.. pergghh ... sampai dari luar pun, sungguh2 boleh mintak kat sini?
Bukan la kita suruh jadi jahat. Tapi berpada la. Kalau ko kenal orang miskin tu, mmg miskin takper la.
Ahh.... payyyah ah. Nanti ada la, nak ulang "niat bayek,sudeeh"
Quote Skuau 18-1-2016 09:59 PM
Aku klo tgk muka org luor. .takat senyuman(itu 1 sedekah) jer aku blh bg....
Quote wanitajelita 18-1-2016 10:02 PM
memang tak perlu kasi pun. kalau nak bersedekah byk lagi tempat yg perlukan duit sedekah kita mcm sekolah pondok, asnaf, anak yatim, orang berpenyakit kritikal, mangsa banjir dll bukan pd pendatang asing ni semua. Tak payah dengar cakap ustad2 yg konon tak payah fikir ke mana duit sedekah korang pergi, sebab golongan ustad ni ni bukan pernah mentadbir negara pun. menyusahkan org & merosakkan imej negara tahu tak... bertambah plak kerja PZN, JKM, polis dll ni utk buat serbuan /siasatan


Quote wanitajelita 18-1-2016 10:04 PM
patutnya polis & PBT boleh gunakan masa / tenaga diorang utk memantau keselamatan sekitar KL dr kegiatan letup diri or terrorist, tapi tak dapat fokus sebab dok sibuk nak uruskan kebanjiran pendatang asing yg mintak sedekah
kalau korang prihatin soal keselamatan, ubah lah sikap tu. kalau nak bersedekah byk je iklan org penyakit kritikal di TV pergi lah transfer



Quote jay_07 19-1-2016 03:44 PM
MeghanK replied at 18-1-2016 06:35 PM
hello, sebagai seorang wartwan cari yang menulis artikel, tak boleh ke tulis guna bahasa melayu st ...

oh ko ckp pasal ejaan die ke?? aku ingt ko cte pasal tajuk neh...

Ala ko pun, online media... ko bukan x paham kan.. kau cek sgt ni.. editor eh??  

oi repoter riput kau pun eja la betul2.. kan kak @MeghanK kau dah marah
Quote Aliaskotonggo 19-1-2016 03:54 PM
nak cerita pengemis warga asing ni. Pernah aku naik kereta kat Jalan Tar ada India/pakistan/Bangla lelaki ni, pakai spek,  leher berbalut macam Anwar Ibrahim jalan terhencot2 minta sedekah. Aku nengok je orang bukak cermin kasi duit. Aku mmg tak kasi sebab aku tahu depa ni menipu. Seminggu lepas tu aku jumpa lelaki ni lagi tapi kali ni dekat USJ, kali ni leher dah tak berbalut tapi kaki pulak berbungkus dan pakai tongkat.  
Quote MeghanK 19-1-2016 03:59 PM
jay_07 replied at 19-1-2016 03:44 PM
oh ko ckp pasal ejaan die ke?? aku ingt ko cte pasal tajuk neh...

Ala ko pun, online media... k ...

ye kak..kata nya nak jadi macam portal berita tapi menulis macam budak baru habis spm..camne tu
Quote mrseller 19-1-2016 04:02 PM
Aku banyak bergantung pada niat hati kalau nk sedekah mcm ni, kalau lintasan hati ckp sedekah aku sedekah jer walaupun yang datang pakai tie, muka bersih bagai sbb Dia lebih mengerti laluan hidup setiap Insan di dunia nih.
Quote Aliaskotonggo 19-1-2016 04:10 PM
mrseller replied at 19-1-2016 04:02 PM
Aku banyak bergantung pada niat hati kalau nk sedekah mcm ni, kalau lintasan hati ckp sedekah aku se ...

berdasarkan pemerhatian aku, aku rasa tak lama lagi kau akan jadi Wali

Quote mrseller 19-1-2016 04:33 PM
Aliaskotonggo replied at 19-1-2016 04:10 PM
berdasarkan pemerhatian aku, aku rasa tak lama lagi kau akan jadi Wali

Ko dah kenapa? Hehehe takde laaa
I live in a sin life la bro. Everyday I try to buy my way to heaven t..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.165576 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top