CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Macaron Pandan Gula Melaka

18-1-2016 07:12 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 4260| Komen: 5


Oleh : Fyruz Hanna

Siapa peminat Macaron pastinya tahu perisa yang terkenal seperti Rose, Vanilla, Lavender, Aprikot atau Hazelnut pastinya adalah antara perisa yang terkenal dan sedap dimakan dalam bentuk Macaron.

Tapi jika anda campurkan dengan ramuan tempatan seperti gula melaka bagaimana?

Jom cuba
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A

65g gula castor

80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna


Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan

Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.

Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.

Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.

Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.

Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar

Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. 

Gula Melaka Filling
1 biji telur
250g marjerin
125g gula melaka
1 daun panda

Cara-cara (kaedah double boiling)
1. Masukkan telur, gula melaka. Kacau sehingga ia menajdi fluffy mousse.
2. Ketika sebatian sedang menyejuk, teruskan pukul dan campurkan margerin yang sudah dicairkan.
3. Biarkan sejuk.
4. Paipkan ke dalam macaroon anda.

-CARI Infonet.

Sumber: macaron-fetish, azlitamasammanis

35

Bagus
23

Marah
18

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladybird_ 19-1-2016 11:50 AM
sedapnya... tau x kat mana ada jual?
Quote khairulazuan 19-1-2016 02:57 PM
sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeee
Quote ladybird_ 19-1-2016 04:23 PM
sis, baru teringatlah..i panggil maracon tau cookies ni.. ke sama je??

Quote jojoe00 26-1-2016 11:28 PM
sedap wehh
Quote mie07 27-1-2016 03:11 PM
sedap ke rasa

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049148 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top