CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

El-Nino Terburuk Bakal Melanda Malaysia, Apa Anda Perlu Tahu!

19-1-2016 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 12209| Komen: 59



Oleh:  Fyruz Hanna

Jika anda perasan, sejak sebulan ini, kita seakan terasa bahang dan panas yang melampau. Malam-malam juga tiada angin. Tahukah anda sebenarnya Malaysia dalam frasa perubahan cuaca iaitu keadaan panas kering atau lebih dikenali dengan nama El-Nino. El- Nino merupakan bahasa Sepanyol yang membawa maksud : keadaan panas.

Apa itu EL-Nino?

 ✔ El-nino adalah satu fenomena permukaan laut menjadi lebih panas terutamanya di tengah dan timur Laut Pasifik. 

 ✔ Lebih dikenali dengan frasa pemanasan laut.

 ✔ Fenomena ini berlaku tidak menentu dan berlaku sekali dalam dua ke tujuh tahun dan boleh berpanjangan sehingga setengah tahun.

Bila kali terakhir Malaysia diserang El-Nino?

 ✔ Direkodkan kali terakhir El-Nino berlaku pada Jun, 2009 dan Mei, 2010.

 ✔ Rekod terburuk El-Nino seluruh dunia adalah pada tahun 1982-1983 dan 1997-1998 yang mana kebakaran hutan yang berlaku hampir di seluruh negara dan menyumbang kepada keadaan jerebu yang teruk.

 ✔ Ramai yang terbunuh dan juga kehilangan tempat tinggal akibat bencana ini.

 ✔ Sebanyak 8 hingga 10 juta hektar hutan musnah dan 40,000 mangsa terkesan akibat daripada pembakaran hutan di sempadan Malaysia dan Indonesia. 
Malaysia dalam pada itu menjalankan operasi cegah jerebu yang menghantar pasukan penyelamat Malaysia ke Indonesia untuk membantu menangangi krisi jerebu terburuk yang melanda dua negara itu.

Adakah Malaysia sedang mengalami El-Nino?

 ✔ Jangkaan Jabatan Metereologi Malaysia mendapati fenomena El-Nino akan melanda Malaysia pada November 2015 dan Januari 2016. Pakar turut meramalkan kesannya sama buruk seperti yang penah berlaku pada lewat tahun 1997.

 Untuk rekod, Malaysia mencatatkan suhu terpanas iaitu 40.1°C pada April,1998.

Apa yang bakal berlaku?


 ✔ Seperti yang sedia maklum, negeri seperti Kedah yang mempunyai kawasan bendang padi yang luas akan terjejas daripada segi hasil, dan Malaysia akan mula kekurangan bekalan beras tempatan dan memaksa untuk mengimport makanan asas itu yang mengakibatkan kenaikan harga barangan itu.

 ✔ Perkara yang sama berlaku pada industri soya di India, dimana disebabkan El-Nino, India terpaksa mengimport barangan tersebut dari Malaysia dan Indonesia.

Kesan kepada Malaysia?

 ✔ Menurut Dr Dzeaman Dzulkifli, Pengarah Eksekutif,  Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC), bakal mengalami keadaan terburuk sama seperti yang pernah dilalui pada tahun 1997.



 ✔ Menurut Dr Thomas Smith, Pensyarah, Fakulti Fizikal & Geografi Persekitaran dari King's College London fenomena yang berlaku kali ini sangat unik. Kerana jika dulu EL-Nino berlaku sekitar 2 hingga 7 tahun namun kini fenomena ini lebih kerap


Malaysia boleh ikut langkah Australia dalam menangani masalah air

Kenapa Australia: Mudah. kerana Australia mempunyai padang pasir yang luas.

Oleh kerana Australia merupakan negara kering jadi rakyatnya sudah terdidik dengan langkah penjimatan penggunaan air.


Kerajaan Australia juga mewajibkan semua rumah untuk membina sistem tadahan air hujan. 

Manakala di Jerman, mereka mengambil langkah lebih kehadapan dengan mengenakan cukai hujan! Dengan bahasa mudah mereka akan mengurangkan cukai jika setiap rumah menggunakan lebih banyak air hujan.

Namun, harga untuk pemasangan setiap alat ini bukannya murah kerana menelan belanja daripada RM1500 hingga RM10,000.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) hari ini mengaktifkan serta merta kumpulan kerja bagi menangani situasi panas dan kering yang berpotensi mewujudkan kesan kebakaran hutan, penurunan paras air empangan dan juga jerebu.

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, mula lakukan penjimatan dan bersama-sama bantu cegah perkara yang boleh memberi impak kepada fenomena El-Nino untuk terus berlaku.-CARI Infonet.

Sumber: poskod.my, wikipedia, kosmo, Sinarharian, trcrc, cilisos, CNN, Bernama.
  

3

Bagus
8

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ResellerMaxis 19-1-2016 01:57 PM
boleh jer wat pembenihan awan hari hari kan..
Quote scorpionkiki 19-1-2016 02:00 PM
di kedah ni tiap tiap hari hujan lebat...
Quote uori 19-1-2016 02:00 PM
baca pun dah rasa kepanasannya ..



Quote chinta89 19-1-2016 02:07 PM
uori replied at 19-1-2016 02:00 PM
baca pun dah rasa kepanasannya ..

kepanasan tang lain tuh.. part cukai..
Quote khairulazuan 19-1-2016 02:09 PM
baca pun jadi panas..hehehe
Quote mokcikKSKB 19-1-2016 02:10 PM
Kt tpt aku dh stat kemarau dah.kena berjaga2 dan penjimatan bkalan air.smg hujan dtg
Quote uori 19-1-2016 02:15 PM
chinta89 replied at 19-1-2016 02:07 PM
kepanasan tang lain tuh.. part cukai..

jangan bikin panas lagi, okayyy



Quote blackwidowbae 19-1-2016 02:16 PM
El nino buat makcik sesak nafas

#walauponkutakmerinduikautetapkembali
Quote lurve82 19-1-2016 02:17 PM
kat seremban selalu hujan...tp ble panas tu panas sgt la pulak...
Quote honeybee1802 19-1-2016 02:17 PM
Aku terpikir kalo water catchment tank tu ada kat opis2 malaya ni ok jgk kan...
Quote jetrofa 19-1-2016 02:18 PM

El-Nino ni kerap muncul bila ekonomi dunia merundum...motip coincident sangat?
Quote Munah_Sparta 19-1-2016 02:22 PM
padan muka lah..kat tempat i 2-3 hari ni redup jah..ada lah jugak hujan..
Quote bluehedgehog 19-1-2016 02:36 PM
mesia ni bencana terbesar ialah El-bijan
Quote zulka 19-1-2016 02:41 PM
tak caya aku dgn ramalan2 ni...menipu je..
aku hanya percaya pada kuasa Allah SWT..
banjir kat pantai timur tu paling dashyat..takde ramalanpun..
gempa kat gunung kinabalu tu, takdepun dorang ramal...
Quote harimau76 19-1-2016 02:45 PM
kat Kl ni at times mendung/hujan 2 hari, panas terik sehari.. tp kalau panas mmg sgt panas..
Quote Simunggu 19-1-2016 02:53 PM
tak apa...nanti turun pula salji lepas ini.....

boleh lah main salji pula....
Quote Simunggu 19-1-2016 02:56 PM
sebab utama e-nino adalah:

1. 1MDB
2. Najib
3. Rosmah
4. BN
5. UMNO
6. 2.6bil
7. GST
8. Tppa
9. BRIM


berita ringkas dari bilik berita reporter otak DAP & PKR....
Quote prettyuglybabe 19-1-2016 02:58 PM
nak kena cuci bekas buat simpan air.. mana la tau
Quote Changa 19-1-2016 03:04 PM
kenapa di tanah air kita tak galakkan tadahan/proses air hujan di rumah iya?

rasa akak memang ada kan tangki yang tesedia untuk tadahan air hujan,,, heshe ada filter kat dalam ke acaner tak tahu la pulak

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.165103 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top